Jumaat, 2 Disember 2011

Di Ufuk Timur (20)...Kubur 'Perahu'...?



Reka bentuk kubur ini dikatakan berasal dari Bandung
dan dibawakan ke Ranau oleh seorang rakan...

Bentuk kubur ini untuk memudahkan mengenal kubur be-
kas pelajar-pelajar Mandur Sharif yang berperanan agak
penting dalam pengembangan dan penerimaan Agama Islam
di kalangan penduduk Dusun Ranau pada sekitar tahun
lima puluhan...atau mungkin lebih awal iaitu sekitar
tahun empat puluhan...

Saya pernah bertanya pada seorang pakcik yang pernah
berguru juga memeluk Islam di tangan Mandur Sharif...
apa yang sebenarnya menyebabkan kalangan bangsa Dusun
ini ramai yang memeluk Islam...jawabnya...kerana da-
lam Islam ada perubatan berkaitan gangguan...di mana
sebelumnya biasanya guna jin...iaitu sebelum ada
agama...

Apabila ia memeluk agama lain...cuma setahun...ia ke-
mudiannya memeluk Agama Islam kerana agamanya sebelum
itu tak ada perkara berkaitan...dan rasa tak lengkap.

Mandur Sharif adalah mandur dalam estet getah British
di lobou ( Menggatal )...dan pernah mengalami beberapa
cubaan bunuh oleh tentera Jepun...

Beliau berasal dari Bandung...dan sempat tinggal bebe-
rapa tahun di kampung halamannya sebelum meninggal
dunia kerana sakit tua...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan