Ahad, 18 Disember 2011

Angin Bisa (12)... Pindah Ilmu?

" Saya tidak pernah belajar sebarang ilmu...
cuma saya sekadar minta buat pengisian pada
Ir saja agar tangan saya boleh mengubat..."
kata makcik itu tak puas hati bila saya
mengatakan ada jin ilmu dalam tangannya.

Makcik itu terus memerhatikan kedua belah
tangannya dari jari ke paras siku menggele-
tar dengan kuat...setelah saya membuat
pengisian aura 'scan'...

Selepas Ir mengisi ilmu perubatan ke tangan-
nya Ustaz Hs pula telah mengijazahkan amalan
Bismillah 5 juga kepada tangan yang sama...
maka makcik menyangka pengisian pertama tadi
dah 'batal'...(pengijazahan dengan memasukkan
ayat ke dalam tangan juga biasanya perlu di-
elakkan...)

Sebaliknya keputusan 'scan' menunjukkan sekura-
ng-kurangnya ada beratus ekor jin pada kedua
belah tangan makcik tersebut...

Bisanya telah meresap ke bahagian dada menyebab-
kan dadanya terasa berat dan jantung berdegup
kuat dengan tiba-tiba...

Perkara ini perlu anda ambil perhatian...bahawa
biasanya kalau dengan sekadar 'pemindahan' atau
pengisian sudah boleh buat anda tiba-tiba pandai
ilmu kebatinan...maka sangat besar kemungkinan-
nya anda telah menerima jin masuk ke dalam
anggota atau tubuh anda...

Maka janganlah keghairahan kepada ilmu pelik at-
au sebarang kelebihan menjadikan anda lalai...
hingga anda melakukan sesuatu yang anda sendiri
tak memahaminya...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. as salam.setuju dgn kenyataan ni biasanya sesuatu ilmu itu atas usaha belajar dan pengamalan sendiri atas kemampuan sendiri.lain pula cerita nya jika ingin mengisi kekuatan(energi) keatas benda atau org dimana kekuatan(pendinding) bersifat sementara melainkan org itu tahu amalan itu dan mengamalkan pula maka kekuatan atau pendinding dirinya berterusan mengikut kerajinan mengamalnya.jika sprt diisi terus pndi mengubat atau terus boleh membuat perkara pelik2 dan berterusan maka itu kemungkinan ada cmpurtangan jin dan bukan keupayaan sendiri.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Imran...

    Terima kasih atas ulasannya...biasanya
    bagi orang baru agak ghairah dengan
    ilmu-ilmu pelik lagi mudah didapati...
    maka agak kurang memerhatikan bahaya
    atau baik buruknya ilmu yan g diterima
    atau dituntutnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. hai saudara junied,ayah saya telefon saya and katanya dia berubat dengan seorang jiran yang pandai berubut...and dia suruh cari ayam kampung,then dia sembelih then dia ambik organ dalaman ayam tu kecuali hempedu rasanya then dia suruh bini dia buat gulai and kasi ayah ana makan sampai habis...so persoalannya :

    saudara rasa kenapa macam tu ya?
    saya tak pernah dengar lagi berubat macam tu ish3...risau plak saya rasa

    pernah ke saudara encounter dengan perawat2 macam ni?

    reply ASAP :D

    BalasPadam
  4. Salam Hafiz...

    Maaf ya...setakat maklumat yang ada...
    rasanya ia sama sekali di luar kajian
    juga pengetahuan saya...pendek kata 'nak
    rasa-rasa' pun...tak boleh rasa...

    Kecuali kalau ianya dikatakan sebagai
    rawatan penyakit berkaitan gangguan jin
    maka ia sangat meragukan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam