Jumaat, 30 Disember 2011

Angin Bisa (17)...Ulah Jiran..

Perawat yang baik dan dikatakan dapat melihat aura tapi
apabila ia menolak untuk merawat seorang budak lelaki
kerana bependapat ia tak ada gangguan melalui penilaian
seimbas pandang...rasanya saya kurang puas hati...

Pada satu ruang lain...saya meletakkan hujung jari telunjuk
ke ubun-ubunnya...dan budak itu memberitahu seluruh
tubuhnya terasa sejuk...menandakan ada angin bisa jin.

Kedua-dua buku lalinya sakit dan bengkak...dan apabila
di'scan'...budak tersebut yang sebenarnya juga adalah
anak buah saya memberitahu..ada dua biji batu merah
pada setiap kedua-dua buku lalinya...

Apabila batu-batu ditarik keluar...ia nampak satu lembaga
berambut panjang berpakaian serba putih bertahan di-
didalamnya...

Semakin ditarik dengan kaedah cubit cabut...semakin kuat
ia mencengkam...tentu ada bendanya yang tak kena...

Apabila anak buah saya itu menumpukan perhatian...ia
memberitahu ia cuma satu tapi ' membahagikan' tubuhnya
dan mencengkam kedua-dua belah buku lalinya...maka
saya menariknya sekali gus...

Dengan izin Tuhan...cengkamannya terlepas...dan anak bu-
ah saya memberitahu...makhluk itu sudah pulang ke rumah-
nya...iaitu di sebatang pokok besar yang tumbuh di tepi
sebuah batu besar pula...

La...'jiran' rupanya...pokok itu cuma terletak lebih kurang
lima puluh meter jauhnya dari situ...dan saya selalu ke sa-
na untuk melihat kolam ikan seorang anak buah lain yang
juga dekat dengan batu besar itu...

Seorang sepupu pernah melihat satu lembaga seperti lelaki
berbadan besar dan tegap...bertocang rambut keluar dari
batu besar tersebut pada tahun 70 an...dan pokok itu
pula tumbuh di tepi batu terebut...

Makhluk itu agaknya memang tinggal di situ...dan saya
tak berminat nak 'gaduh-gaduh'...cukuplah ia dah lepaskan
anak buah tadi...

Wallohu a'lam



4 ulasan:

  1. salam..

    sy ada masalah berkaitan saka..bolehkah sy ingin meminta pendapat tuan.sy benar benar inginkan pendapat..

    minta email sy di bidadariana@gmail.com

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Nana...

    Insya Allah...saya akan hubungi Nana
    pada masa yang saya rasakan sesuai
    ya...

    BalasPadam
  3. As salam Tuan, bagaimanakah latihan memantapkan pancaran aura selain dari berzikir dan amalan bacaan ayat-ayat AQ (latihan tambahan selain dari pernafasan).

    Saya dapati ada dikalangan rakan yang bukan beragama islam dapat memancarkan aura dengan beberapa latihan tanpa berzikir dan mengamalkan ayat-ayat AQ kerana bukan beragama islam. Rakan ini, dapat menyalurkan tenaga dalam kepada individu yang mempunyai gangguan Jin dan penyakit-penyakit fizikal. Mohon tuan memberi pencerahan.
    Terima Kasih.

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth sauadara...

    Caranya...apa yang kita amalkan walau sedikit
    itu biarlah istiqomah atau secara berterusan...
    Insha Allah ia sangat berkesan untuk memantap-
    kan lagi aura...

    Oleh kerana kita manusia sama2 ada roh...maka
    kekuatan tenaga dalam itu tak pilih agama...
    cuma bezanya...kalau harap tenaga semata-mata
    maka kemungkinan penglibatan jin secara sedar
    atau tidak akan lebih besar...

    ...juga auranya kurang berbisa pada jin sebagaimana
    amalan-amalan kita orang Islam...

    Disiplin hidup adalah latihan terbaik..iaitu kita buat
    apa yang Tuhan perintah...dan tinggalkan apa yang
    Tuhan larang...dan sebaik-baiknya..tinggalkan
    juga benda yang tidak berfaedah sia-sia walau tak
    haram...

    Sementara...melanggar larangan-larangan Tuhan...
    juga akan melemahkan 'roh'...dan mengurangkan
    kekuatan tenaga dalam...

    Disamping itu..pergantungan hati yang kukuh
    kepada Tuhan disamping ikhlas melakukan sesuatu
    demi mencari keredhaan Tuhan...juga akan mem-
    beri kesan yang sangat besar kepada kekuatan
    tenaga dalam...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam