Sudah setahun lebih...leher kiri makcik itu mem-
bengkak tanpa sebarang punca yang dapat dikesan
oleh hospital...
Bahu kirinya juga sakit...malah tangan kirinya
jadi lemah...rawatan hospital ternyata kurang
berkesan...
Ketika makcik itu menutup mata...saya membuat
satu set pernafasan...dan makcik itu merasakan
semut-semut memenuhi segenap tubuhnya termasuk
pada bahagian bengkak dan tangan...
Makcik itu melihat semut-semut hitam yang datang
dari satu kawasan berumput berbaris panjang dan
memasuki tubuhnya...
Apabila semut-semut tersebut menggigit urat leher
kirinya...ia menyebabkan lehernya itu membengkak.
Tak lama kemudian...makcik itu melihat sebuah batu
yang terletak di tengah-tengah ladangnya...sedang-
kan ladangnya itu sejauh lebih kurang 70 kilometer
dari pekan Ranau...
Di bawah batu itu ada mata air...apabila saya me-
minta makcik itu melihat apa ada di dalamnya...
makcik memberitahu ada sebuah rumah bambu beratap
nipah di situ...
Dalam rumah itu terdapat ramai orang...lelaki dan
perempuan berpakaian serba hitam...yang memandang
ke arah makcik itu dengan wajah marah...
...dan apabila saya tanyakan...makcik itu berkata
minta maaf banyak-banyak nak...dorang tu orang
Dusun...
Serta merta terlintas pada fikiran saya suatu per-
kara yang saya rasakan pelik...makcik ni bangsa
sungai...saya dan jin itu pula...sama-sama bangsa
Dusun...saya pasti makcik yang sedang menutup mata
itu tak melihat saya senyum...lucu pula rasanya...
Tak lama kemudian...batu itu menghilang dan diga-
nti dengan sebuah busut berhampiran yang telah
makcik itu ratakan...
Semut-semut hitam itu datang dari batu dan busut
dan masuk ke dalam badannya...
Kesimpulannya jin itu marah kerana makcik itu te-
lah mengganggu penempatan mereka tanpa sedar...
maka saya mengambil keputusan untuk meminimakan
kesan rawatan...(makcik itu juga dapat merasakan
sebab itulah ia diganggu).
Saya menarik nafas...dan semasa menahan nafas saya
membaca Ayat Kursi satu kali...lalu membuat isyarat
laluan dari badan makcik ke batu serta busut terse-
but...kemudian menyuruh semut-semut itu keluar dan
pulang ke kawasan asalnya...
Makcik yang sedang menutup mata itu memberitahu...
semut-semut itu sedang keluar dari badannya dan
kembali ke ladang...
Beberapa minit kemudian...tinggal beberapa belas
ekor lagi semut-semut yang menggigit dalam bengkak
...bahu serta tangannya...
Saya terpaksa menarik semut-semut itu keluar dengan
teknik cubit dan cabut...yang dengan izin Tuhan mu-
ngkin boleh mencederakan atau membunuh mereka...
Ketika makcik itu membuka matanya...tangan kirinya
dah lebih ringan dan bertenaga...
Semuanya dengan izin Tuhan...terima kasih pada ra-
kan..Mus yang pernah mengajarkan petua membuat
laluan jin ini...
Wallohu a'lam
Assalam'kum. Sudi kiranya saudara memberi "pandangan" saudara mengenai masalah yang saya hadapi. Tahun lepas, perawat telah mengeluarkan saka yang dikatakan berada di badan saya. Saya pun merasakan perubahan pada diri saya....kurang panas baran/bengang/sedih....terutamanya terhadap suami saya Masalah ini saya hadapi dengan suami saya sahaja. Kadang-kadang saya merasa kasihan dan prihatin terhadapny. Tetapi bila dia mula membuat perangai "baran/panas/kebudakan" nya itu, saya jadi sebenci-bencinya pada dia. Saya merasakan ada sesuatu benda seperti "magnet" dariny yang sengaja membuat saya nak marah. Begitu juga dengan beliau. Bila saya ok, dia yang selalu membuat perangai baran (seolah-olah nak mengeringkan darah saya!).
BalasPadamSudi kiranya saudara Junied memberikan "pandangan".
Terima kasih.
Wa alaikum salam wbkth Pn TC...masih ada
BalasPadamtanda gangguan termasuk pada Pn TC...ia kemungkinannya satu dan saling berpindah antara pn TC dengan pasangan...
Dan boleh jadi kedua-duanya ada gangg-
uan masing-masing...maka gangguan antara
keduanya saling bertindakbalas...
Dari segi perubatan...kedua-dua pasangan
perlu 'scan' dan biasanya memerlukan ra-
watan juga amalan agar benda tersebut tak
dapat atau tak mudah mengganggu...
Kita perlu mengambil perhatian ya...keluar
bukan bererti tak dapat masuk semula...
atau ia boleh mengganggu dari luar...atau
gangguan mungkin lebih dari satu...atau
tak keluar habis maka ia cuba meresap
semula...dan sebagainya..
Rawatan saka biasanya selain sebaiknya
beramal pendinding diri...juga perlu ra-
watan susulan...atau 'scan' dari masa
ke masa apabila rasa ada bendanya yang
tak kena...
Wallohu a'lam
Assalam'kum. Terima kasih di atas penerangan/ulasan tempoh hari. Saya pun ada "guess" yang saka yang telah dikeluarkan mungkin kembali dan suami saya juga mempunyai saka.
BalasPadamSaya ada juga mengamalkan Ayat Kursi dengan membaca sebanyak 7 kali dan berdoa akan fadilat kursi itu (semasa bacaan) untuk perlindungan di atas, di bawah, di depan ,de belakang
Saya pun bercadang berjumapa rakan suami yang mengeluarkan saka yang dahulunya untuk rawatan susulan dan membuat rawatan untuk suami juga.
Sudi kiranya saudara memberi ayat perlindungan. Atau sudi kiranya saudara "mengeluarkan" saka yang masih ada pada saya? Boleh kah ianya dilakukan melalui jarak jauh?
Wa alaikum salam Pn TC...
BalasPadamJuga baik amalkan Ayat Kursi 11 kali
sehari...dan boleh juga bacakan pada
tapak tangan dan sapu seluruh badan
agar kesannya lebih cepat pada diri.
Amalkan Alam Nashroh 3 kali setiap
lepas solat...baca pada tapak tangan
sapu muka sambil tarik nafas dalam-
dalam dan telan liur...ia petua me-
lemahkan jika ada jin dalam badan...
Rasanya sesuailah Pn dan suami ber-
jumpa dengan perawat tersebut...
memandangkan biasanya ia memerlukan
rawatan atau pantauan ulangan.
Amal Tahajjud 4 rakaat dua salam...
selepas fatihah...
Rakaat 1 baca Al Kafirun 3 x...
Rakaat 2 baca Al Ikhlas 3 x...
Rakaat 3 baca Al Falaq 3 x..
Rakaat 4 baca an Naas 3 x...
Pada setiap sujud rakaat kedua...
berdoa dalam hati akan hajatnya...
Ada juga amalan lain dalam blog
rahsia nampak jin...Insya Allah...
harapnya dapat di rujuk padanya ya.
Pada jarak jauh...saya percaya kalau
betul caranya...serasi dengan bentuk
gangguannya...ia boleh...cuma pada
saya ianya masih dalam kajian ya...
Bagi saya berdepan itu lebih baik...
Wallohu a'lam
Assalam'kum.
BalasPadamTerima kasih kerana sudi meluangkan masa saudara untuk saya di sini. Saya doakan saudara Junied diberkati Allah akan niat dan usaha saudara yang mulia itu. Amin.
Akan saya usaha dan amalkan. Insyallah. Saya yakin Allah akan membantu usaha saya.
Wa alaikum salam wbkth Pn TC...
BalasPadamSama-sama...Insya Allah...
Semoga Tuhan sentiasa merahmatimu
dan memberikan kepadamu kesabaran.
...yang dengannya...IA akan membe-
rikan engkau tempat yang lebih
baik disisiNYA...
Itulah hakikat tujuan ujian untuk
orang yang beriman kepada Tuhannya.
Wallohu a'lam