Khamis, 17 November 2011

Dunia Misteri (22)...Pisau Alam Ghoib?

Beberapa orang rakan diminta tolong untuk meng-
halau jin yang mengganggu di sebuah rumah...

Menurut Ms yang juga perawat utamanya...jin itu
datangnya dari sebuah kawasan berdekatan dan
jin itu berpindah apabila tempat asalnya di-
bina sebuah rumah baru...

Ms menggunakan pelepah pisang...dan ia nampak
kelibat putih makhluk itu melarikan diri ke-
sebuah rumah berhampiran...

...tak lama kemudian ada suara budak menangis
seperti dipukul dari arah rumah jiran tersebut

...agaknya jin itu terlanggar semasa lari...

Hari masih awal...lebih kurang jam 3 petang.

Rakan-rakan lain menceritakan...ketika mer-
eka sedang berada di tepi rumah...tiba-tiba
Ms melompat dan membuka langkah silat...

Ms yang pernah belajar Silat Gayong...Gerak
Kilat dan juga mengambil ijazah dengan Ustaz...
juga adalah rakan seperguruan...

Ketika melmopat...Ms seperti menyambar sesu-
atu dari udara...tiba-tiba ada pisau separuh
berkarat berjenama panther di tangannya...

"..Waah bagus ni...saya mau bawa pulang bik-
in potong sayur..." kata Ms...

Tapi baru sahaja di letak di dapur rumah...
pisau itu telah hilang tanpa kesan...

Saya baru berjumpa dengan Ms dan bertanya
dari mana ia dapat pisau itu semasa keja-
dian tersebut...

Ms menceritakan...ketika mereka sedang ber-
kumpul...tiba-tiba ia ternampak satu lemb-
aga hitam berdiri di bahagian sudut luar
rumah...

Lembaga itu melempar sesuatu ke arahnya...
iaitu pada arah dadanya...

Ms yang agak pelik dengan lembaga tersebut
memerhatikan benda yang sedang melayang ke-
arahnya...

Ia tak dapat pastikan apa bendanya...tapi
ia sangkakan puntung kayu...

Serta merta Ms tahu...ia serangan jin...
dan ia terus memerhatikan benda itu yang se-
makin dekat dan sempat menghabiskan 3 kali
Fatihah sebelum menyambar benda tersebut
yang kemudian didapatinya sebilah pisau se-
paruh berkarat...

Ketika itu lembaga tadi sudah menghilangkan
diri...

Kalau ikut lojiknya...apabila kita melempar-
kan pisau pada seseorang...ia biasanya dalam
sekelip mata akan sampai pada sasaran ter-
sebut tanpa sempat menghabiskan walau sekali
membaca Fatihah...

Menurut Ms itu kerana ada perbezaan masa an-
tara alam manusia dan alam jin...

Bagi jin tersebut...lemparan itu adalah sece-
pat kilat...tapi bagi manusia...sepantas
kilat jin itu masanya sangat panjang...

...dan dalam kejadian ini...Ms sempat mengha-
biskan 3 kali Fatihah sebelum pisau itu sampai
kepadanya...iaitu pisau itu bergerak dalam
gerakan yang amat perlahan...kerana itu mudah
saja ditangkapnya...

Saya pernah bertanya ustaz (guru) tentang sen-
jata berkhadam...

Menurut Ustaz...senjata itu kadang-kadang ada-
lah milik seseorang manusia...dan tercicir
di mana-mana...

Apabila ia sudah lama terletak pada sesuatu
tempat...maka ada jin mengambil dan menjaga-
nya...

Dengan izin Tuhan...apabila ustaz berjaya me-
rampas sebilah keris pendek dari seekor kha-
dam...ustaz rasa pelik...kenapa jin itu ber-
ia-ia sangat nak mempertahankan keris terse-
but...kerana setelah di pereksanya...hanya
keris biasa yang tak ada kelebihannya...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. begitulah halnya jin barang manusia t,cicir pun dijadikan miliknya,itu pasal bnyk barang b,khadam dimiliki balik manusia. Sedangkan rumah lama tdk dihuni pun jin akan bertandang.

    BalasPadam
  2. ...saya setuju...malah kalau nasib tak
    baik...kita pulang malam pun jin boleh
    ikut dan mengganggu isi rumah terutama-
    nya kanak-kanak atau orang yang sakit...

    Terima kasih atas ulasan saudara Iran...

    BalasPadam