Diceritakan bahawa asal usul cakerawala ini adalah
daripada satu bintang yang sangat besar...
Apabila bintang itu meletup dan berkecai...serpi-
hannya bertaburan ke seluruh angkasa raya...
Maka daripada serpihan yang sains moden sebutkan
sebagai gas..tapi Qur'an menyebutkannya sebagai
wap air ( dan Qur'an itu pasti lebih benar )...
maka wap air itu mula bercantum dan semakin padat
lalu membentuk taburan bintang dan planet yang
sangat banyak...
Adapun bumi ketika telah keras paduan wapnya mem-
bentuk satu planet berwarna putih yang sangat panas.
Sehinggalah warnanya berubah dan menjadi lebih sejuk
maka terciptalah bumi itu dengan permukaannya yang
datar...
Dikatakan ketika itu...bumi ini sentiasa berpusing
dari timur kebarat dan sebaliknya...dan kesemua arah
tanpa keseimbangan...
Maka Tuhan memerintahkan para malaikat agar mene-
tapkan bumi itu hanya ke satu arah sahaja pusingan-
nya...
Turunlah para malaikat dari langit ke permukaan bumi
dan memegang untuk mengawal arah putarannya...namun
bumi terus berputar tanpa arah tertentu...
Maka malaikat itu mengadukannya kepada Tuhan...dan
Tuhan memerintahkan agar lebih ramai malaikat turun
padanya...malah sehingga penuhlah muka bumi ini de-
ngan para malaikat..namun bumi terus berputar dan
berpusing ke merata arah tanpa terkawal...
Maka ketua malaikat mengadukan lagi bahawa telah pe-
nuh meraka pada permukaan bumi...namun mereka tak
mampu mengendalikan arah putarannya...
Maka Tuhan pun mencipta padanya gunung ganang serta
bukit bukau...lalu bumi itu berputar pada satu paksi
yang tetap...
Demikian dkatakan bahawa gunung ganang serta bukit
bukau itu adalah paku bumi...
( Catitan sejarah - kalau ada yang silap harap di-
perbetulkan...)
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan