Khamis, 3 November 2011

Di Ufuk Timur (5)...Kisah Kemuliaan Azazil...

Adapun azazil itu adalah daripada bangsa jin yang
dipilih dan dimuliakan Tuhan kedudukannya hingga
ia itu seumpama menteri di kalangan para malaikat.

Maka duduklah ia berdiam pada langit pertama...dan
ia tak melakukan sesuatu selain daripada terus
menerus beribadah kepada Tuhan...

Kemudian ia diangkat ke langit kedua..dan diamlah
ia di sana beberapa lama...dan ia sentiasa beriba-
dah kepada Tuhan...

Dari langit kedua..ia diangkat Tuhan ke langit ke-
tiga...dan demikianlah keadaannya sepanjang masa.

Maka dalam tempoh ribuan tahun...ia sentiasa di-
angkat darjat dan kedudukannya...hinggalah Azazil
itu diam beribadah di langit tertinggi...iaitu
langit ke tujuh...

Setelah lama berdiam padanya...Azazil memohon ke-
pada Tuhan agar ia ditempatkan ke langit ke enam
maka Tuhan memperkenankannya...

Maka berdiamlah Azazil pada langit ke enam dan ia
terus menerus mengerjakan ibadah kepada Tuhan...

Sekian lama ia diam padanya..Azazil berdoa lagi
kepada Tuhan...memohon agar ia ditempatkan ke lan-
git ke lima...

Sebagai hamba yang dikasihi Tuhannya...Tuhan sen-
tiasa menerima dan memperkenankan permohonannya
maka duduklah Azazil beribadah beberapa lama
di langit ke lima...

Begitulah keadaannya...setelah beberapa lama duduk
beribadah...Azazil sentiasa memohon agar di pindah-
kan ke tingkat langit yang lebih rendah...sehingga-
lah Azazil sampai dan beribadah di langit pertama...

Demikian kasihnya Tuhan pada Azazil...ditinggikan
darjatnya..dan Tuhan sentiasa mengabulkan doa
serta permintaannya...

Adapun rahsia kenapa akhirnya Azazil itu menjadi
Iblis terkutuk adalah kerana kesombongannya.

Dan rahsia disebalik kesombongan Iblis itu ialah
kerana ada terselit dalam hatinya perasaan tak be-
syukur dengan kedudukan dan nikmat yang Tuhan ku-
niakan kepadanya...

Maka demikianlah yang tersebut dalam Qur'an itu
bermaksud...kalau engkau bersyukur nescaya Aku
akan tambahkan lagi nikmatku untukmu...tapi
kalau engkau berpaling...sesungguhnya azabku
sangat pedih...semoga kita dapat mengambil pela-
jaran dan peringatan darinya...

Nota

Ada satu kisah...ketika Rasulullah SAW berbicara
dengan malaikat Jibil AS...tiba-tiba Malaikat
Jibril AS menangis...

Maka Rasulullah SAW bertanya padanya bermaksud...
wahai Jibril...dengan kedudukanmu sebegini di sisi
Tuhan...apa lagi yang perlu engkau khuatirkan ?

Maka jawab Malaikat Jibril AS bermaksud...Wahai
kekasih Allah...bagaimana aku tak merasa khuatir
sedangkan Azazil itu sedemikian mulia kedudukan-
nya...akhirnya ia jatuh pada keadaan sekarang...

Seketika mendengar kata-kata Malaikat Jibril AS
maka Rasululah SAW terdiam dan baginda juga turut
menangis bersama Malaikat Jibril AS...

Demikianlah...siapa yang lebih tahu akan peris-
tiwa masa hadapan...selain daripada Tuhan Yang
Maha Perkasa itu sendiri...

Tiba-tiba ada suara ketuhanan yang menyeru ber-
maksud...sesungguhnya Aku telah menjamin kete-
tapan kedudukan kamu berdua disisiku...

Setelah mendengar seruan berkenaan...barulah
Rasulullah SAW dan Malaikat Jibril AS menjadi
tenang semula...

...dan bagaimana pula dengan bakal nasib kita
yang tiada ketetapan dan kedudukan disisi Tuhan

..tapi sebaliknya kita merasa seolah-olah telah
baik...terjamin dan selamat...?

( Huraian Catitan sejarah - Kalau silap harap di-
perbetulkan )

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan