Sabtu, 5 November 2011

DUNIA MISTERI (21)...Aura Letup...

Pekan Ranau...Restoran India...petang itu bersama
dua orang anak buah...

Baru beberapa minggu selepas mengambil ijazah
tenaga dalam dengan Ustaz...

Seorang pakcik yang duduk selang satu baris meja
di hadapan kelihatan sangat mengantuk...

Sambil duduk..ia tersengguk-sengguk beberapa kali
dan akhirnya ia meletakkan tangannya atas meja
lalu merebahkan pipinya dan tertidur...

Saya yang sejak tadi tertarik memerhatikan telatah
pakcik itu...tiba-tiba terlintas niat jahat dalam
hati...

Setelah mempertimbangkannya..saya yakin ia tak akan
memudaratkan..dan malah saya tak yakin ia akan ber-
kesan...maka saya membuat keputusan untuk mencuba
satu teknik yang terlintas dalam fikiran...

Saya merenung pakcik tadi...tarik nafas...tahan...
kemudian saya melepaskan nafas sekaligus ke dalam
dada sambil membayangkan ada letupan udara dalam
badan pakcik tersebut...

Ternyata tindakbalasnya sangat di luar dugaan saya.

Sepantas kilat pakcik itu bangun dan berpaling ke
belakang merenung tajam ke arah saya...

Tergamam saya dibuatnya...dan kami bertentang mata
secara berdepan...

Matanya merah bercahaya menggerunkan...dan terlin-
tas dalam hati saya...siapalah suruh saya cari
penyakit...

Elok-elok makan roti canai dengan nescafe ping tadi
...macam dah nak kelain sudah ceritanya ni...

Sehingga lapan saat..sembilan saat...mata pakcik
yang merenung garang tadi tiba-tiba mula kelihatan
layu..dan semakin layu...

Akhirnya pakcik itu berpaling ke hadapan semula dan
merebahkan pipi atas meja menyambung tidurnya...

Lega hati saya...dan selepas itu saya tak pernah
mengulanginya lagi...benda ini bukan permainan dan
saya tak izin anda menirunya...ini hanya sekadar
luahan pengalaman...

Tapi kalau anda berminat nak menggunakannya...ini
ada satu pengalaman lain...

Ketika seorang kakak baru selesai di rukyah...ia
kelihatan bingung...

Ia nak bangun...tapi kelihatan seperti ia tak tahu
apa yang nak dibuatnya...

Rakan yang menjadi ketua kumpulan rukyah memberit-
ahu...jin yang sudah keluar tadi sedang cuba masuk
semula ke dalam badannya...

Dan tiba-tiba rakan itu mengeluarkan arahan mengejut
kepada saya...tutup laluan masuk badan kakak ini...

Saya yang terkejut merasa buntu seketika...perkara
ni saya belum sempat belajar lagi...lupa tanya Ustaz
dan lupa tanya rakan-rakan yang lebih tahu...

Ketika itu saya teringat peristiwa di restoran ter-
sebut...rasanya ia lebih sesuai di uji pada waktu
ini...

Saya merenung bahagian kepala kakak itu...tarik
nafas sambil zikir Allah dalam hati 11 kali...
tahan nafas..dan baca Fatihah sekali dalam hati...

...kemudian lepaskan nafas dengan cepat dan sekali-
gus ke dalam dada sambil membayangkan ada letupan
udara atau aura dalam kepala kakak tersebut...

Kakak itu tersentak dan terpinga-pinga seperti or-
ang baru bangun dari tidur...senyum lalu berdiri...

Kalau nak keluarkan secara cepat dan sekali gus jin
yang terasa seperti semut-semut bergerak dalam
badan pesakit...

Baca Ayat 45 dan 46 Suroh Al Isro'...baru buat per-
nafasannya seperti di atas...sambil bayangkan jin
tersebut terpelanting keluar serentak dengan letu-
pan aura...

Kalau nak tambah...semasa melepaskan nafas itu...
tepuk belakang pesakit dengan tapak tangan kanan.

Cara tepuk yang sesuai adalah dengan tepukan lembut
tapi bayangkan tepukan itu sangat kuat apabila sa-
mpai ke belakang pesakit...

Seperkara perlu di ingat...kekuatan sebenar tepukan
itu bukan pada kekuatan tepukan tapak tangan...tapi
pada ma'rifat kita tentang kekuatannya...

Maka lembutkan hayunan...dan sebaik sampai ke bela-
kang pesakit...bengkokkan jari-jari tangan ke be-
lakang agar kulit tapak tangan menjadi tegang...

Jadi tegang itu maksudnya...kita tumpukan kekuatan
aura kepadanya...dan apabila membuat tepukan...
genggam tangan kiri...dan tumpukan perhatian pada
tapak tangan kanan serta kekuatan aura yang masuk
ke dalam badan pesakit...iaitu...

Sebaik sahaja tapak tangan anda sampai ke badan pe-
sakit maka anda membayangkan beberapa perkara se-
serentak seperti di bawah...

1. Pukulan tapak tangan anda itu sangat kuat hingga
sampai ke setluruh bahagian luar dan dalam badan
pesakit...maka ia mengenai semua jin dalam badan
tak kira di mana juga makhluk itu berada atau ber-
sembunyi...

2. Bayangkan semua makhluk itu terpelanting keluar
sekali gus...

3. Bayangkan ia terpelanting keluar itu dalam kead-
aan semua ilmu dan kepandaiannya mengganggu atau
kebolehannya untuk masuk semula musnah tak berdaya.

...dan sebagainya...

Dan yang paling penting hendaklah anda fahami...
kita sekadar berusaha...dan apa sejauh mana kesan
pukulan itu...adalah dengan izin...dan dengan ke-
kuasaan Allah...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. as salam.sya tertarik terbaca dibahagian cerita mengenai ma'rifat ni,khasnya dlm penggunaan rwtn,ma'rifat disini boleh disebut bygn kita dlm kaedah merawat,dgn kosentrasi yg baik,apabila digunakan dlm rawatan,mengikut kreatif kita maka apa yg kita tujukan kpd pesakit atau selainnya membuahkan kesan tertentu mengikut ma'rifat t,sebut.biasanya dlm amalan s,setengah p,guruan tenaga dalam,dlm latihannya ada menekankan sesuatu makrikat diikuti teknik p,nafasan dan pergerakan fizikal (jurus) t,tentu,tujuannya mengguatkan ma'rifat para pelatih tenaga dlm,bg tujuan pertahanan(kesihatan) dan kaedah rawatan. setuju dgn ulasan pengarang yg akhir sekali,kita hanya mampu berusaha hasilnya allah yg tentukan semua.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Iran...

    Alhamdulillah...terima kasih atas perkong-
    sian ilmunya...

    ...dengan penerangan yang sangat jelas mengenai rahsia kekuatan tenaga dalam
    serta tujuan segala latihan pernafasan
    juga gerak jurusnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam