Isnin, 14 November 2011

Angin Bisa (02)...Laluan Moden Jin...

Iaitu jin boleh sampai ke sesuatu tempat yang
dekat atau jauh di seberang laut melalui alat
moden...seperti...

TELEFON...

Samada telefon rumah atau telefon bimbit...
dan samada dengan perbuatan menelefon atau
menghantar mesej (sms)...

Kalau anda bercakap dengan seseorang yang berada
jauh di seberang laut contohnya...dan ia ada jin
pendamping samada kerana menuntut ilmu...saka...
sedang sakit disihir...atau sebagainya...

Maka jin padanya boleh sampai...atau malah masuk
ke dalam badan anda dengan hanya beberapa saat
atau minit...

Atau ia menghantar sms...maka jin itu boleh sampai
pada anda bersamaan sampainya sms rakan tadi...

INTERNET...

Iaitu jin juga boleh pergi ke sesuatu tempat mela-
lui siaran internet...

Maka anda boleh menghadapi serangan jin semasa
berhubungan dengan seseorang contohnya sedang be-
remail...

Begitu pula...jin boleh dikirim kepada anda...me-
lalui gambar anda...nama anda dan sebagainya pada
internet...contohnya melalui gambar 'facebook'...
dan sebagainya...

Iaitu anda boleh terkena sihir melalui pendedahan
nama dan gambar anda dalam internet...

Biasanya pergerakan jin melalui telefon dan juga
internet adalah dari sebab keinginan jin itu sen-
diri atas sesuatu maksud buruk...iaitu tanpa niat
jahat...malah tanpa diketahui oleh rakan anda ter-
sebut...tapi anda akan menanggung akibatnya sepe-
rti sakit...atau terkena gangguan lainnya...

Lebih bahaya lagi kalau anda sedang sakit...kera-
na gangguan jin...maka pendedahan atau hubungan
yang lebih banyak...memungkinkan anda megalami
kedatangan jin dari mana-mana orang atau rakan...

SERANGAN MELALUI INTERNET...

Ada rakan pembaca blog yang menghantar email...
menceritakan gangguan jin saka yang menyebabkan
ada antara ahli keluarganya yang mengalami sakit
dan bengkak jantung...juga muntah lipan hidup...

Ada perawat menyifatkan jin saka keluarganya itu
jin kelas satu...kerana sukar ditundukkan...dan
kuat gangguannya...

Kurang seminit saya menaip untuk membalas email
rakan tersebut...tiba-tiba bau getah terbakar
memenuhi ruang bilik...

Saya cuba mencari punca bau tersebut dari luar...
namun ternyata ia dari dalam bilik...iaitu dari
arah monitor komputer...tapi bau itu seolah-
olah telah keluar dan berada di luar 'badan'
monitor...

Saya menunggu beberapa minit monitor itu rosak
atau terbakar...namun sehingga bau getah terba-
kar itu hilang...tak ada sebarang masalah pada
monitor.

Saya jangkakan ia adalah cubaan serangan melalui
internet...tanpa diketahui oleh rakan tadi...

Pada kali kedua...sebaik sahaja saya selesai me-
ngirim email untuk rakan tersebut...tiba-tiba
burung hantu berbunyi di luar jendela...sedang-
kan ketika itu jam sudah menunjukkan 5 pagi...
iaitu masuk waktu Subuh...ia tak pernah berlaku
sebelum ini...

Sekadar pendapat saya...bunyi burung hantu tak
membawa sebarang alamat baik atau buruk...tapi
sekadar isyarat burung tersebut mungkin nampak
sesuatu (jin) di luar rumah...

Untuk beberapa malam kemudiannya...saya selalu
mendengar bunyi burung hantu di luar rumah...
dari pokok yang betul-betul terletak di luar
jendela bilik...

Kalau anda pula mengalami sebarang tindakbalas
sakit...pening atau sebagainya setiap kali mene-
lefon seseorang...

...ia mungkin kerana anda dan rakan tersebut ma-
sing-masing ada gangguan...

Atau cuma anda ada gangguan..dan anda terkena ama-
lan pagar rakan tersebut...dan ini penting untuk
menghalang serangan jin pengganggu anda menyerang-
nya melalui laluan telefon...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. jin dijadikan drpd unsur hujung api, dgn ini ianya lbh halus dari manusia,dgn itu kelebihannya yg halus itu dpt b,gerak dgn laju dan bebas tdk sprt manusia.

    BalasPadam
  2. ...jin biasanya suka mengambil kesem-
    patan dengan kelebihannya ini...kerana-
    nya...kalau anda percayakan jin untuk
    melindungi anda atau keluarga anda...
    kalau tak bererti masuk mulut buaya...
    maka ia bererti anda masuk mulut hari-
    mau...

    Terima kasih atas ulasannya...dan banyak
    perkara yang telah saya pelajari dari
    saudara Iran ni...seorang ahli tenaga
    dalam yang banyak pengalaman...Alhamdu-
    lillah...dan terima kasih...semoga bermanafaat untuk kita semua Dunia Akh-
    irat...dan diharap akan terus dapat men-
    gongsikan pengetahuannya...Insya Allah...

    BalasPadam