Khamis, 29 Januari 2015

...Serangan ' Khadam '..

Untuk  memusnahkan  tangkal  atau barang-barang
berkhadam...biasanya berisiko mendapat serangan
balas...atau serangan mempertahankan diri.

Maka  untuk  memusnahkannya....sebaik-baiknya
biarlah anda atau seseorang yang ada persediaan.

Al maklum saja khadam ini adalah jin-jin berilmu
dan tentu saja ' samseng ' jinnya.

Khadam ini tak akan peduli ia ada guna atau tak
ada  guna  pada  anda  malah kalau ia menyakiti
anda  atau  keluarga anda pun..jin ini tetap akan
rasa  tak  sepatutnya  ia di  buang dan sedia ber-
tindak kasar tanpa batasan apabila cuba dipisah-
kan atau di buang.

Memang  inilah  hakikat  namanya makhluk jin 
yang  kita  gelar  khadam  ini...walaupun  lebih
sesuai kita panggil  ia  syaitan...seperti  syaitan
keris...syaitan tangkal...syaitan cincin...syaitan
tongkat...syaitan  batu...dan   macam-macam 
syaitan lagilah supaya mudah kita faham kalau
kita ini sebenarnya simpan atau pelihara syaitan
barang-barang.

Kalau bukan anda...anak bini anda jadi mangsa
dan malah mungkin anda serta keturunan anda
maka sesuai mana kita gelar ia khadam...kalau
anda panggil ia syaitan...anda betul !

Walaupun  pada  'praktikal  sulung'  saya me-
musnahkan  9  barang 'berkhadam' itu tak ada
serangan...iaitu  pada  waktu  petang...namun
sebenarnya serangan sudah bermula sejak baru
beberapa minit saya menerima benda-benda 
tersebut pada paginya.

Saya berpendapat ianya serangan dengan angin 
bisa  serta ' senjata  jarak  jauh '  jin...dan ber-
terusan  hingga  sejam  lamanya...mungkin jin-
jin tersebut cuba mengambil kesempatan kerana
saya  berada   di   pekan  dan   'sibuk' berbual 
dengan  makcik  tuan  punya   benda- benda  
tersebut.

Biasanya  serangan  sulung jin adalah serangan
berhabis-habisan......tapi   kalau   serangan  itu 
patah atau apalagi mendapat tentangan...maka
jin  akan  merasa  berputus  asa dan  rasa tak
berdaya...maka   tidak   ada   lagi  sebarang 
serangan selepas itu...dengan izin Tuhan.

Ada  juga  orang memandang mudah benda-
benda    ' berkhadam'  ini.....di sebabkan  ia 
menyangka  kalau   tak  percaya maka tidak
akan  ada  gangguan...atau   memang  benda
itu  tidak ada ' khadam' ...atau syaitannya...
namun   sudah  beberapa  kes   saya  dapati  
jin benda-benda yang di  sangka kosong itu  
sedang  pun  mengganggu   atau  menyakiti  
' tuan ' atau keluarganya.

Malah  ada  juga benda terutama tangkal
yang  dibuang  begitu  saja sejak belasan
tahun lalu...sedangkan' khadam' ( iaitu
syaitan } benda itu sebenarnya terus 'ber-
semayam' dalam badan ' tuannya' . ( saya 
nak kata 'tuannya' pun segan pula...kalau 
tuan taklah kena makan...kalau sebut ma-
kanan...maaf...macam betul pula...)

Sebaik-baiknya  anda  dan   kita   semua
perlu mengambil perhatian  tentang perkara
berkaitan dengan benda-benda bersyaitan
ini...

Wallohu a'lam

10 ulasan:

  1. Salam'alaik Ustaz Junied, moga Allah swt kurniakan limpahan keberkatan kepada ustaz sekeluarga.
    Saya ingin bertanya, semenjak isteri saya mengandung lagi ni, isteri saya selalu diganggu jin yang menyerupai muka saya, adakah itu qarin saya..?

    Dan gangguan semakin kuat apabila saya berada jauh daripada isteri saya seperti ketika saya outstation. Isteri juga beberapa kali lebam di kaki dan sering mimpikan saya buat jahat terhadapnya. Mohon nasihat ustaz dan panduan untuk melawannya. Jazakallahu khoiyr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...Amiin...dan untuk
      saudara juga...

      1. Ia biasanya adalah jin saka...atau boleh jadi pula
      jin yang tak ada kena mengena dengan kita hanya
      mempergunakan wajah kita untuk memperdaya...
      tapi sama sekali tak ada mengena dengan Qorin.

      2. Pastikan tak ada benda berkhadam dalam
      rumah...seperti barang antik...senjata lama...
      apalagi tangkal...

      Renjis air doa dalam bilik tidur...sebaiknya isteri
      amal seperti pada malam scan dirimu catitan
      januari 2015...selalu berwuduk ketika akan tidur
      ...amal ayat Kursi 11 kali pagi malam...dan
      kalau boleh...amal ayat Manzil...dan sebagainya

      Maaf ya...sudah lama saya tak onlline itnt ni....
      agak terhad masa kebelakangan ini...

      Wallohu a'lam.

      Padam
    2. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt. Terima kasih banyak Ustaz. Jazakallahu khoiyr. Moga kami direzekikan istiqamah dalam beramal soleh. Juga kepada ustaz sekeluarga.

      Padam
    3. Amiin...lebih kuat pergantungan hati kita kepada
      Allah...maka akan semakin terasa lemah musuh-
      musuh yang tak tercapai oleh pandangan mata
      kita ini....Insha Allah...

      Padam
  2. Ustaz boleh tak buat satu entri pssal org yg gelisah dan takut brtntang mata dgn orang.. Adakah ' mslh ' tu berpunca drpd org tu atau org yg takut bertentang Mata tu ?? Dan sy ada stu soklan nk tnya .. Satu klbihan ke klau org tu jenis yg slalu slat malam lpastu dia kdg2 boleh nmpk bnde halus sbb kwn mak sy dia pnah nmpk bende tu ikut je Mak sy berjalan .. Mak sy ni kne buatan org masa tu .. So nk tnye tu stu klbihan ke? Kwn Mak sy tu pun pnah org 'buat' kat dia n kadang2 kne rasuk bagai .. So lpas slalu solat malam .. Jd pulih la sikit .. Tp dia nmpk bnde halus . kdg2 jela . harap ustaz bantu sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam RM20...

      1. Gelisah itu kerana jin yang ada dalam dirinya
      yang takut kepada manusia...dan orang ter-
      sebut turut merasa takut kerana jin itu sudah
      menguasai sebahagian daripada perasaan atau
      fikirannya.

      Jin ini pada umumnya lemah...dan jin itu hanya
      akan menguasai orang merasa ...atau
      menyerahkan diri berdamping dengan jin...atau
      jin itu ditolak masuk badan...atau jin itu men-
      umpang kekuatan manusia untuk masuk badan
      orang lain...atau jin itu berjaya mambuka laluan
      yang biasanya di buat secara senyap-senyap
      sehinggalah membolehkan jin itu muat masuk
      melaluinya ke dalam badan.

      Padam
    2. 2. Kita nampak jin dari antara dua sebab...iaitu
      ada jin dalam badan..atau mata kita....atau
      jin itu sengaja memperlihatkan diri.

      Selalu sunat malam tak akan buat kita jadi
      nampak jin...kecuali bagi orang yang tajam
      atau bersih mata hatinya...maka ia boleh
      merasa kehadiran jin dan dapat mengetahui
      perihal jin itu jelas seolah-olah ia dapat
      melihatnya.

      Kadang-kadang mungkin bererti jin keluar masuk
      badan...atau ada dalam badan tapi kadang-kadang pengaruhnya kuat...kadang-kadang pula lemah...Wallohu a'lam

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Salam..
    tuan, satu pertanyaan.. boleh tak pesakit tak terkesan dengan rawatan. Contoh nya tidak berasa kesakitan, panas bahang dan sebagai nya. Sebab ada komen dari rakan. Kalau buat rawatan terasa lebih sakit.. lebih baik x buat..

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth...

    Tak semestinya...bergantung kepada kaedah rawatan
    dan sebati mana jin dalam badan.

    Untuk rawatan rukyah...bolehlah anda minum air
    yang dibaca sendiri salawat selepas rawatan...
    mudah-mudahan kalau ada tindakbalasnya
    pun...akan menjadi lebih ringan.

    Kalau ada gangguan atau jin dalam badan kita
    biarkan...ia umpama ada luka atau kanser yang
    kita biarkan dan akan terus melarat...

    ...dan sakitnya boleh jadi akan keluar sekaligus
    iaitu...iaitu tiba-tiba kita rasa sakit yang agak kuat.

    Maka rawatan awal...samada sakit atau tak sakit...
    Insha Allah....lebih baik dan kurang tindakbalas-
    nya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam