Selasa, 13 Januari 2015

' Scan ' Diri Sendiri..

Ia adalah petua semata-mata...caranya...

1. Angkat kedua tangan seperti berdoa...rapatkan
antara dua tepi tapak tangan.

2. Dekatkan  ke mulut  hingga hampir-hampir me-
nutup mulut.

3. Baca...

Istighfar...3x

Bismillah...3x

Syahadat...3x

Salawat...3x

Doa...Ya Allah...sekiranya dalam tubuhku ini
ada penyakit...saya mohon padamu ya Allah
...sembuhkan dan hilangkanlah...

Sekiranya dalam tubuhku ini ada bisa-bisa dan
racun..saya mohon kepadamu ya Allah...tawar-
kanlah...dan jadikan ubat untukku...

Sekiranya dalam tubuhku ini ada gangguan atau
jin samada jin saka...jin sihir atau dari mana
juga asal usulnya...saya mohon kepadamu
ya Allah...hancurkanlah sehancur-hancurnya
dan keluarkan ia...

Ya Allah saya memohon kepadamu perlindung-
an untuk diri dan keluargaku dan hartaku dari 
setiap bahaya dan kejahatan samada dari jin...
manusia...binatang atau dari mana juga datang-
nya...

Laa haula wala Quwwata illa billaah...3x

3. Baca 

fatihah 1x

Qul hualloh lengkap 3x...

Al Falaq 1x 

An Naas 1x

4. Tutup muka  dengan dua tapak tangan dan tarik 
nafas perlahan-lahan melalui hidung...rasakan per-
gerakan nafas seolah-olah mula memenuhi bahagian 
kepala....turun ke leher...dada...sambil memenuhi 
ke dua belah tangan...perut...terus ke dua belah 
kaki hingga ke jari-jari kaki.

5. Tahan nafas...

6. Tangan yang menutup muka perlahan-lahan sapu 
ke atas kepala turun melalui belakang  dua  cuping 
telinga....tengkuk....sapu  tangan  ke   mana  juga 
bahagian  tubuh yang  dapat  dicapai...terus turun 
ke hujung jari dua belah kaki.

7. Duduk tenang dan lepaskan nafas perlahan-lahan.

8. Apabila  menutup muka...mula tutup juga mata 
sehingga selesai melepaskan nafas.

Nota

1. Semasa  proses  menyapu  dari   muka
hingga  hujung  jari  kaki...pastikan  tekan
sedikit  tapak  tangan  dan jangan sampai
terangkat  dari  atas kulit ( atau  pakaian )
sebagai  ganti  kerana  tangan  tidak akan
sampai ke bahagian tertentu terutamanya
belakang.

2. Setiap bentuk tindakbalas yang anda
alami tandanya ada  gangguan jin...iaitu
ada  angin  bisa  jin apabil rasa panas... 
atau  jin  apabila  terasa  semut-semut...
cacing..atau ada sesuatu yang bergerak 
bawah atau atas kulit .

3. Peringatan...bagi gangguan padat...
mungkin  tindakbalas  agak  kuat  atau
menyakitkan..atau  rasa  bisa...lenguh-
lenguh....menggeletar....dan  mungkin
perlu  perawat  agar  kesan tindakbalas
itu  lebih  ringan  atau  cepat t erhenti
maka perhatikan kesannya jika anda 
rasa sesuai untuk  mengulanginya
pada suatu masa yang sama.

Dalam perkara ini sebaiknya juga
kalau tuada perawat...maka amal
sambil minum air doa...

4. Sebarang tindakbalas sekiranya ada
perkongsian anda sangat di alu-alukan
dan tindakbalas itu mungkin anda perlu
amalan   pendinding  berterusan   atau
mungkin perlu juga rawatan sama.

5. Kalau terasa ada penyakit biasa...
boleh  kita  buat...dan  kalau  penyakit
biasa  itu  memberi  tinda kbalas maka 
bererti ia bukan penyakit biasa semata-
mata...maka ambilah tindakan sam-
pingan yang sesuai.

6 Kalau untuk pendinding atau rawatan
diri secara berterusan lebih baik 3 Qul
itu dibaca tiga-tiga kali...

...dan lebih baik pula Fatihah itu 7
kali.

Selesai sapu badan maka baca semula
dengan kaedah yang sama Ayat Kursi
sekali tapi ayat akhir mula walaa ya
uduhuu...sampai akhir 11 kali baru
sapu muka semula...

...atau lebih baik pula ayat Kursi
penuh di baca 11 kali.

Namun mulakan amalan ringan...dan
kalau sudah yakin baru tambah per-
lahan-lahan untuk mengelakkan tin-
dakbalas  kuat secara  mengejut...
sila ambil berat peraturan ini.

Wallohu a'lam

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Terima Kasih atas ilmu & pengalaman yg dikongsi di sini. Semoga tuan dan tuan guru sentiasa di rahmati Allah. Mohon izin saya amalkan mana2 amalkan yg disarankan di blog ini. Diharapkan agar tuan dapat menghubungi saya di Emel fm2015.net@gmail.com bagi mendapatkan bantuan & panduan tuan ttg sakit saya. Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. As salam NetCom...Amiin...

    Sama-sama...dan silakan...semua perkongsian dalam blog ini juga blog rnj adalah terbuka
    untuk sesiapa juga mahu memanafaatkannya.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih tuan di atas keizinan amalan. Terima Kasih juga pada UM yg pencerahanya juga banyak membantu. Semoga semua diberkati Allah termasuk para pembaca blog ini. Aamiin..

      Padam