Sudah berbulan-bulan rakan itu sakit jantung
tapi hasil pemeriksaan hospital mendapati ia
tidak ada sebarang penyakit atau masalah.
Kalau sakitnya datang...jantung terasa seperti
dicucuk sesuatu....kadang-kadang ia terasa
seperti saluran jantungnya dipicit.
Apabila rakan itu menutup mata dan menumpu-
kan perhatian pada jantungnya yang tiba-tiba
saja berdebar kencang...ia melihat satu lembaga
seperti asap hitam..kemudian bertukar menjadi
seorang lelaki tapi dalam suasana samar-samar.
Makhluk itu adalah jin yang duduk dalam jantung-
nya dan menjadi punca kepada sakit tersebut.
Apabila rakan itu terus menumpukan perhatian...
tiba-tiba ia membuka mata dan bingkas berdiri
sambil menyebut perkataan cincin.
Rakan itu pergi ke keretanya...dan apabila ia
kembali...ia membawa sebentuk cincin bermata
batu empat segi berwarna biru.
Jin yang tinggal dalam jantungnya itu adalah
khadam kepada cincin 'ilmu pendekarnya'.
Rakan itu duduk semula...menutup mata dan
menumpukan perhatian...lalu berbisik dalam
hati sambil meniatkan ia bercakap dengan jin
itu bahawa ia sudah memutuskan apa juga
bentuk hubungan antara mereka....dan men-
yuruhnya keluar.
Rakan itu membuka mata...ternyata jin itu tidak
mahu keluar akan terus bertahan tinggal dalam
jantungnya.
Saya dapati ada laluan jin dari tengah tapak
tangan kirinya terus bersambung ke jantung...
maka saya letakkan cincin itu di situ ( tengah
tapak tangan ) kemudian saya letak tapak
tangan kanan saya menekan cincin tersebut.
Saya gunakan zikir berserta pernafasan...dengan
izin Tuhan rakan itu merasa jantungnya lega...
hilang sakit juga debaran kencang tadi apabila
jin dapat ditarik masuk ke cincin.
Hampir setahun lalu rakan itu dimandikan oleh
seorang ahli kebatinan yang dijemput khas ke
Ranau dari negara seberang.
Sebaik saja selesai mandi...rakan itu dihayun
dan dicincang dengan pedang samurai...ternyata
ia tidak mengalami sebarang luka atau kecederaan.
Ketika itulah ia menerima hadiah cincin tersebut
dan kelebihannya...ia juga boleh memandikan
orang yang menerima ilmu kependekaran tersebut.
Sejak itu rakan tersebut sering mimpi berperang
dengan senjata tajam......dan keadaan tersebut
berterusan berbulan-bilan lamanya walaupun ianya
bukan setiap malam.
Paling mengerikannya...apabila ia bermimpi men-
yembelih seekor binatang...namun ketika darah
membuak-buak keluar dari leher yang yang di-
sembelih...tiba-tiba binatang itu bertukar menjadi
seorang perempuan.
Rakan itu sangat terkejut...malah dalam mimpi itu
ia sempat mengangkat perempuan tersebut untuk
mencari pertolongan.
Sejak itu juga rakan itu menjadi panas baran tak
tentu pasal.
Setakat pemerhatian saya...jin jenis pendekar
biasanya pasti menyasarkan jantung....dan boleh
menyebabkan sakit jantung...lemah jantung..sesak
nafas...strok atau lumpuh sebelah badan...lumpuh
dari pinggang ke bawah atau lumpuh penuh...di
samping rasukan dan gangguan perasaan menjadi-
kan seseorang itu bersikap kejam...pendendam...
atau mudah hilang pertimbangan dan sebagainya.
Kalau anda pula tak pernah menuntut ilmu tapi
ada gejala panas baran tak tentu pasal...masalah
jantung dan sebagainya...sila 'jeling-jeling' pada
cincin anda...atau pada senjata lama...atau tangkal
penjaga diri...atau...anda mungkin keturunan
pendekar ( Jin saka ).
Wallohu a'lam

Bismillahirrahmanirrahim....
BalasPadamTuan Guru, saya ada sedikit kemusykilan...keluarga saya 'berubat' dgn seorg ustaz di N.Sembilan..Bermula dgn ibu saya 'ubati' ayah saya yg dikatakan terkena sihir ibu tiri..kemudian adik lelaki saya yg masih remaja,untuk hlg kan kenakalan nya..seterusnya adik perempuan saya yg jrg pulang me rumah,supaya dia pulang..Dan yg terkini,ibu ubatkn saya yg dikatakan disihir oleh suami sendiri..mmg semasa sya berubat dirumah ustaz trsebut,saya ada muntahkan 2 barang,yang disebut oleh ustaz tu ialah air mani gajah dan kulit kemaluan babi tunggal..pada mulanya,saya yakin dgn cra pengubatan ustaz tersebut..memandangkan ustaz tersebut mggunakan ayat2 quran dari surah lazim yang selalu kita dgr..sprti "Tabbatyada.."..beliau menggunakan air zam zam dan air anugerah..tetapi,biler suami saya pula yang suarakan tentang dia yang disihir oleh ibu saya dgn tujuan untuk meruntuhkan rumh tgga saya,saya mula keliru..Dan pndapat yg disuarakan oleh suami saya itu adalah jwpn seorg guru pondok di Kelantan kg ketika suami sya prgi utk mntak air penawar..saya mula teringat yg ibu prnah suruh ustaz tersebut 'tarik sukma' ayh..kesannya..ayh x byk membnth apa yg ibu suruh..hggakn ayh seolh2 dah abaikan ank2 yg tggl brsama ibu tiri..hampir setiap prkra ibu mntk pndpt ustaz tu..klu baik kta ustsz tu,baiklah bg ibu ..klu buruk bgi ustz,buruklah bgi ibu,Dan ibu akn mintak ustz tu 'betulkan'..hgga in tntg jdoh adik sya pun ibu mntk ustaz pshkn mereka..kdgkla,sya rsa, ibu mltkkn pndangan ustaz tu lbh tggi dri pilihn Allah...buat pgtahuan Tuan,ustz trsebut akn hsp rokok dgn byk sblm sesi perubtn..setahu saya,asap itu mknan jin..saya amat berhrap pndangan Tuan Guru..Wassalam..
Ustaz..bgaimana kita nk scan dri sndri sma ada kita disihir atau tak..Dan ada cara tak untuk dptkn bygn siapa yg mnyihir..trbaru sya sring brmimpi tntang ular yg brtaring tjam mematuk and sya..kmudian sya brmimpi saya dn ank2 dignggu lipan Dan kala jgking..terbru,sya brmimpi,sya tumph drah,yg mmbuatkn say risau krn saya skrg sdg mngndung 6 mnggu...
BalasPadamAs salam nurul...
BalasPadam1.Saya berpendapat rawatan itu bercampur antara
kaedah yang betul dengan yang samar-samat....
memandangkan juga nampaknya ustaz itu tak
pakai sangat peraturan hukum.
Hisap rokok banyak-banyak sebelum merawat
kadang-kadang tandanya ada benda nak makan
asap sebelumnya...Wallohu a'lam...kita tak
boleh menuduh tapi...perlu ambil perhatian serta
elakkan diri dari perawat sedemikian.
Sebaiknya cari perawat yang benar-benar me-
yakinkan...dan seperkara lagi berkaitan perkara
di atas...jin bersifat sangat suka mencampuri dan
'menentukan' hidup manusia...maka apabila
seseorang manusia juga bersikap sedemikian
maka ia 'layak' di 'scan'...
2. Mimpi sedemikian boleh jadi sihir..atau diganggu
BalasPadamjin bebas tapi pernah mendampingi manusia pen-
yihir...maka boleh jadi hantaran orang dan boleh
jadi 'aktiviti' jin itu sendiri kerana sudah ada
pengalaman terdahulu.
Insha Allah...dalam masa terdekat ini saya tulis
tajuk utama 'scan' diri sendiri...mungkin dapat
nurul manafaatkan...
Untuk sekarang amal apa nurul tahu dan sentiasa
minum air doa setiap hari serta renjis untuk pagar
bilik tidur.
Wallohu a'lam
Alhamdulillah..t.ksh Tuan Guru atas penjelasan..cuma,klu blh,Tuan Guru dpt jelaskan tntang upacara 'cabut sukma @ tarik sukma' sprti yg dilakukn oleh ibu terhdap ayh saya..adakh ianya sama seperti memperbodohkn suami..?
BalasPadam2. Bolehkah ayat manzil Dan Bismillah 6 diamalkan untuk pndinding diri & pagar rumah,Tuan?
Sama-sama Nurul...
PadamSaya tidak tahu tentang upacara sedemikian
tapi bagi penunduk maka boleh dibuat samad
jin dimasukkan ke dalam badannya...atau
rawannya diganggu...atau dipuja...dan
sebagainya...maka seseorang itu jadi
bingung...buntu atau menjadi sangat lemah
semangatnya.
Insha Allah boleh...baca pada air dan renjis
setiap penjuru ruang dalam rumah...dan jangan lupa untuk diminum dan kalau
mampu campur air mandian sehari-hari.
Wallohu a'lam
salam tuan..
BalasPadambagaimana nak hembus ke dalam dada semasa teknik pernafasan? udara dihembus keluar dari hidung?
Wa alaikum salam wbkth keichi...
BalasPadamIa sebenarnya menghembuskan nafas keluar melalui
hidung perlahan-lahan tapi kita bayangkan nafas
kita buka keluar tapi masuk melalui kerongkong
terus ke dada kerana aura akan bergerak mengikut
apa yang kita bayangkan dan bukan nafas.
Wallohu a'lam
Terima kasih Tuan Guru atas pencerahannya. Tuan, saya sudah mula membaca ayat Manzil Dan Bismillah 6. Saya juga membuka MP3 ayat Manzil pada waktu malam. Ketika membaca ayat Manzil & mendengar MP3 ayat Manzil,dada says berdebar sangat laju hingga saya tak mampu mngawal pernafasan saya..jari2 tangan saya mnggeletar halus dan kepala rasa ringan & kebingungan. Adakah itu menunjukkan ada jin DLM tubuh saya..?Dan,adakah itu tindak balas positif? Minta penjelasan Dan nasihat Tuan Guru.
BalasPadamTuan,bangun shja pagi ini, ada dua kesan lebam di paha sblh kiri saya. salah satu dari kesan lbam itu terdapat dua titik yang jarak nya kira-kira 1cm antara satu titik dgn titik yg satu lagi. Seolah2 titik-titik itu kesan dicucuk jarum,kerana titiknya jelas..Allahua'lam..Mohon pencerahan,Tuan..
BalasPadamSama-sama nurul...
BalasPadam1. Berdebar biasanya ada jin pada jantung...jari-jari
menggeletar boleh jadi ada jin yang sedang menahan
kesakitan...kepala ringan dan kebingungan tanda
ada angin bisa pada bahagian kepala.
Alhamdulillah semuanya tindakbalas positif...dan
harapnya nurul baca juga pada air mineral guna
minum sehari-hari.
2. Saya berpendapat ianya gangguan..mungkin
titl itu bekas gigi...wallohu a'lam.
Silalah nurul amal nanti amalan yang akan saya
tulis pada tajuk 'scan' diri sendiri ya...Insha Allah.
Seperkara kalau boleh...panggilan tuan tu rasa-
rasanya masih boleh saya terima..tapi kalau dah
tuan guru...berat sangat tu...senget pula kerusi
saya nanti...harap nurul faham ya.
Wallohu a'lam