Rabu, 25 Februari 2015

Rahsia ' Gelisah Tanpa Sebab '...

Anak buah lelaki saya Fn ( tingkatan 4 ) mengadu
ia  sering  merasa resah gelisah tanpa sebab...ter-
utamanya di waktu siang.

Apabila  ia  fikir-fikirkan...tidak   ada  sebarang
masalah...tapi  Fn  sentiasa  merasa  ada sahaja
bendanya yang tak kena.

Saya meletakkan hujung jari telunjuk ke tengah-
tengah tapak tangan kirinya dan membuat satu 
set pernafasan.

Tangan kirinya mula menggeletar...begitu juga
kedua-dua belah kakinya.

Apabila Fn yang sedang menutup mata itu terus
menumpukan  perhatian.......ia  melihat  dengan 
jelas...seorang perempuan tua berpakaian dan 
berambut mengurai serba putih...

...dan ada satu lagi lembaga tapi kurang jelas
cuma  yang  kelihatan  adalah  bahagian atas
kepalanya yang bertanduk

" Jin itu dimana ?" saya bertanya...Fn meng-
isyaratkan ke bahagian perutnya.

Apabila Fn menumpukan perhatian dan dan
mengancam  dalam  hati  bahawa  jin itu ter-
bakar  kalau  tidak  mahu keluar....ternyata
jin  itu lari  bersembunyi di belakang sebuah 
batu besar.

Batu  besar   seumpama  itu  terletak  ber-
hampiran kolam ikan abangnya...iaitu dari
situlah datangnya jin tersebut.

Saya  terus  meletakkan  hujung telunjuk
ke  tengah-tengah  tapak  tangan kirinya
dan membaca fatihah...Ayat Kursi dan 3 
Qul.

Kemudian saya buat kaedah cubit cabut
pada tapak tersebut.

Untuk mengetahui kegelisahan dari sebab
gangguan jin...maka   setiap  sesuatu  ke-
gelisahan  seumpama  itu  biasanya tanpa
sebarang sebab yang kita ketahui...malah 
mungkin kita sendiri akan merasa hairan...
maka sebaiknya minta 'scan'.

Wallohu a'lam

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam ustaz . mcm mana kalau dengan saya ni? Saya rasa masalah sy ni smkin mnjadi2. Sy slalu blur .susah nk fokus. Masa belajar, studygroup .. Masa sy berckp sndri pun sy bleh lost .. Tiba2 lupa nk ckp apa..Mcm tu jgak klau kawan sy berckp dgn sy, awal2 bpleh fokus, tp lama2 sy jdi dgr je suara dia.tp x faham pun sbb sy khayal ( tanpa fikir apa2) .. Kdg2 sy x boleh fokus wlaupun sy x fkir apa2 ( khayal) termenungg jeee.. Tp ada mse tu sy akn mmbygkan sutuasi sy brckp dgn seseorg .. X kira lah sape pun.. Klau bayangan yg sy buat tu klakar.. Sy akan trsenyum sorg2 tanpa sedar .. Dan prnh skli tu sy mmg fokus betul2 masa bljar .. Tiba2 sy x thu mcm mna .. Sy x sedar pun yg sy berkhayal .. Lpastu mulalahh tak fham apa yg ckgu ajar .. Teacher skolah sy lah kata klau x boleh fokus tu bnyak lemak sgt dlm otak... Betul ke? Ke ade sbb lain ni? Lpastu igtan sy pun lmah .. Klau dulu sy ade tgok video makcik tua yg x jumpa spek mata dia sdgkan spek tu ade je atas kepala.. First time tgok ni glak hbis kot.. Klakar sgt rasa.. Tp skrg benda tu jdi kat sy sndri..umur sy baru 17 thun .. Jadi nyanyuk dah .. Kdg2 sy kna niatkan dlm hati dlm kepala yg sy ltak barang tu kat situu.. Baru boleh igt.. Tu pun prnh gak lupa hmmm .. Ustaz ade apa2 nasihat x?

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth st...

    Memang antara sebabnya adalah seperti yang cikgu
    katakan...selain daripada makanan dan minuman kita
    yang kurang sesuai untuk otak...namun pada kes st
    sebaiknya minta 'scan' bagi kehadiran gangguan.

    Apalagi sebenarmya st hilang fokus disebabkan ada
    suatu tumpuan kepada sesuatu yang tidak ada di alam nyata....terutama kalau st sering merasa sedih
    atau gembira tanpa sebarang sebab...suka bersendiri
    tanpa sebab munasabah.

    St boleh cuba kaedah pada tajuk 'scan' diri sendiri
    catitan januari 2015...dan tanda-tanda ada gangguan
    adalah apabila kita terasa pening...atau mungkin
    rasa berat...mengantuk atau sakit kepala...

    ...atau terasa apabila hendak atau dalam solat...atau
    ketika membaca atau mendengar bacaan Qur'an.

    Saya syorkan 'scan' gangguan terlebih dahulu kerana
    gejala sedemikian juga boleh berpunca dari sebab
    ada gangguan...malah kadang-kadang tanda ada
    saka.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam