Selasa, 15 April 2014

Tenaga Dalam Jin...

Beberapa hari lalu...tiba-tiba saja Tono
mengalami sakit sebelah kepala yang
agak kuat...kepalanya terasa seperti
ditikam-tikam benda tajam.

Setelah pergi ke klinik dan minum air
doa...sakitnya berkurang...tapi ia masih
dapat merasakan seperti ada benda
tajam menyucuk pipi serta bahagian
kanan kepalanya.

Apabila Tono menutup mata dan me-
numpukan perhatian...ia melihat se-
botol kaca berisi beberapa helai
rambut dan kuku kepunyaannya.

Turut sama berada dalam botol ter-
sebut satu lembaga yang agak kabur
...tapi Tono penuh yakin menyatakan
benda itu adalah jin.

Seorang lelaki yang dikenalinya duduk
depan botol itu...dan Tono beritahu
lelaki itu yang sebangsa dengan bapa-
nya iaitu bangsa Timur ( Indonesia )
mengamalkan tenaga dalam...dan
dialah yang memerintahkan jin itu pada
bila-bila masa menyakiti Tono.

Apabila saya cuba menyentap helaian
rambut dan kuku di dalam botol itu...
tiba-tiba saja botol itu hilang dari
pandangan Tono...tapi Tono dapat
merasakan benda sihir itu masih
'hidup'.

Agaknya benda itu dapat mengelak
dari disentap.

Tono terus menumpukan perhatian...
tiba-tiba botol itu muncul semula.

Kali ini saya gunakan peletup jin
dengan menggunakan ayat 1 hingga
11 As Soffat.

Dengan izin Tuhan botol dan benda-
benda didalamnya hilang...tapi Tono
beritahu alat-alat sihir itu sudah
musnah...

Lelaki itu merenung tajam dengan 
muka masam...tapi Tono beritahu 
ia tidak melawan atau cuba men-
yerang...

Saya kemudian gunakan cubit cabut
dan sentap untuk mencabut benda
tajam di pipi dan kepala kanannya.

Nota

1. Tenaga dalam guna jin biasanya
lebih mudah digunakan untuk meng-
aniaya orang lain...namun ia termasuk
sihir.

2. Maklumat yang Tono berikan...
mungkin sebahagiannya dari per-
gaulan denga lelaki tersebut ( yang
berumur 26 tahun )...

...dan sebahagiannya dari gerak hati
semasa di 'scan' yang biasanya akan
memberikan 'maklumat' yang jarang
tersilap...

...malah biasanya pesakit juga dapat
merasakan tujuan si penyihir.

Wallohu a'lam


19 ulasan:

  1. Asalamualaikum Tuan Blog,
    Mcm mana kita nk tau org itu guna tenaga dalam dalam rawatan? Klu sy nak belajar ilmu tenaga dalam ni, bagaimana caranya?perlukah apa-apa sebarang syarat, cth puasa.
    Reiki dn Qi gong tu kategori tenaga dalam ker?
    terima kaseh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...

      Tandanya ia guna pernafasan...seperti
      tahan nafas...

      Terpulang pada pergfuruan...saya tidak
      tahu apa itu Qi gong...atau banyak
      perkara tentang Reiki...bagaimana
      pun...keduanya itu tenaga dalam.

      Iman Theraphy pula gabungan rukyah
      dengan pernafasan...tiada puasa...
      hanya amal ilmu yang diberi...lebih
      berkesan untuk menghadapi gangguan
      jin...atau sebagai pagar diri serta
      keluarga...

      Wallohu a'lam

      Padam
    2. As salam..

      Banyak org yg mempelajari Qi Gong & reiki diserapi angin bisa jin. Tenaga dalam yg disangka murni dari latihan pernafasan rupanya tenaga dari makhluk halus. Kalo sekadar untuk kesihatan tiada masalah. Tapi jika melibatkan hasil kepada keupayaan metafizik tertentu itu akan jadi masalah. Walau apa pun penerangan saitifik yg diberikan. Sama ada oksigen dpt mengaktifkan neuron atau dapat membuka cakra tenaga dalam.

      Jika tanpa dilandaskan pegangan tauhid pasti jin ilmu akan mengintai peluang.

      Waulahualam

      Padam
  2. Slm Tuan Junied,
    Saya ingin minta nasihat.
    Sudah 5-6 hari straight saya tak mengerjakan solat sunat tahajud. Saya rase sedih.


    Tolong berikan nasihat pada saya.
    TQ.

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth zuan nauz...

    Apabila kita rasa sedih atas amal walaupun
    yang sunat yang kita tinggalkan...tandanya
    Tuhan ambil berat dan rindu pada kita...

    Amal2 sunat itu akan mendekatkan diri kita
    kepada Tuhan sedekat-dekatnya pada suatu kedudukan yang tidak akan kita capai dengan amalan wajib...

    Seutama-utama solat sesuadah yang wajib
    adalah tahajjud...dan padanya ada kebaikan
    yang sangat banyak dalam kehidupan dunia
    dan akhirat...maka usahakanlah...walau dalam
    keadaan bersusah payah sekalipun...kerana
    Tuhan akan menilai kita dalam segala
    kesukaran serta perjuangan kita untuk men-
    dekatiNYA...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam..

      Saudara sila muhasabah diri. kadang2 yg akan melemahkan roh dan terhalangnya ibadah disebabkan dosa2 yg kita lakukan. Perbanyakkan istigfar dan sedekah Insyallah dipermudahkan kita taat kepadaNya.

      Padam
    2. Wa alaikum salam wbkth...

      Terima kasih tuan atas perkongsian-
      nya...

      Selain daripada penat siangnya...
      makan minum banyak pada waktu
      malamnya...dan sebab-sebab biasa
      lain...memang benar...dosa-dosa
      akan memberatkan kita untuk be-
      tahajjud..atau kita sudah merancang
      untuk melakukan sesuatu dosa
      esok harinya...

      Namun dengan beristiqomah....mudah-
      mudahan bukan sahaja penyakit...
      malah segala kebiasaan yang ditegah
      akan Tuhan lepas dan bersihkan dari
      hati dan diri kita...dan menguatkan
      kita dalam perjuangan mencari kered-
      haanNYA...

      Wallohu a'lam

      Padam
  4. Salam tuan,
    Empat hari lepas,saya hampir berlanggar dgn kereta yg dipandu cuai oleh sesorg sewaktu mgambil pembantu rumah di kediamannya dipinggir bandar.Bila pembantu rumah masuk kedalam kereta ternyata dia sgt kpanasan wlp dgn aircond yg sejuk dlm kereta.Pembantu rumah juga bdebar2 dgn jantung bdgup kencang.Smkin lama smakin kpanasan dgn peluh menitik dari dahi.
    Baru saya teringat dgn nasihat tuan,kena berhati-hati bercakap sbrgan jika suda mpelajari tenaga dalam. Sblm pmbantu rumah msuk dlm kereta,saya agak marah dgn tindakan pmandu cuai tsbt dan mgatakn sesuatu utk mlepasakn amarah dan tnyata aura tenaga dlm berkmungkinan tkumpul padat dlm kereta.
    Tenaga dlm ini bole dipengaruhi oleh perasaan sesorg terutama bila dlm keadaan marah?apa pendapat tuan.
    Wallahualam.

    BalasPadam
  5. Tuan,
    Saya pernah berbual dgn salah seorg ahli tenaga dalam daripada perguruan lain.Beliau mberitahu ada satu kaedah/amalan utk meguatkn serta mperbanyakkan aliran gelombang swaktu mgalirkn tenaga dalam..wlpbgamanapn beliau tdk ulas dgn lbh lanjut,mohon tuan atau rakan2 lain beri pcerahan.

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Memang aura kita akan serta merta menjadi
    lebih aktif apabila kita terasa sesuatu jenis
    tekanan dalam perasaan kita termasuk rasa
    marah...atau kita dalam keadaan tenang tapi
    ada sesuatu lain yang berniat jahat terhadap
    kita...atau tiada tekanan tapi tiba-tiba kita
    menghadapi sesuatu situasi cemas atau mem-
    bahayakan...dan sebagainya...

    ...iaitu perasaan boleh mempengaruhi aura kita.

    Namun sepatutnya pembantu saudara itu tidak
    merasakan kesan aura tersebut...tapi yang
    nyata...ia rasa kerana ada jin dan angin bisa
    yang agak padat dalam badannya.

    Berpeluh itu tandanya angin bisa keluar me-
    lalui peluhnya...iaitu tanpa niat saudara...
    aura saudara merawatnya...dengan izin
    Tuhan.

    Sebaliknya kesan aura saudara itu dari satu
    segi...mungkin telah menghalang jin yang ada
    dalam badannya melakukan serangan pada
    saudara...dengan izin Tuhan...

    Seorang rakan bertanya...mana lebih perlu
    kita dahulukan...antara belajar silat atau
    ambil amalan Iman Theraphy...maka saya
    jawab...silat gunanya untuk mematikan
    serangan musuh...tapi amalan IT ini guna-
    nya lebih kepada mematikan niat jahat
    musuh...dengan izin Tuhan..maka dahulu-
    kan IT...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Caranya banyak...tapi sebaiknya minta
    pencerahan lanjut daripada rakan tersebut.

    Salah satu caranya...ketika mengalirkan
    gelombang...contohnya melalui tapak
    tangan maka pastikan semua sendi tubuh
    kita rasa tenang...kecuali tapak tangan.

    ...kerana...

    ...tenaga atau gelombang kita akan mengalir
    ke setiap sendi atau otot yang tegang...
    maka kekuatannya pecah dan terbahagi.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. As Salam

    Benar sungguh tentang perbincangan saudara2 sekelian mengenai solat sunat Tahajjud. Walaupun ianya hanya sunat, malah fadhilat dan perasaan kita setelah "berjaya" mengerjakannya amat la berbeza dengan sembahyang fardhu.

    Diharap saudara2 sekelian sudi memberikan komen/penjelasan mengenai pengalaman saya sendiri mengenai sunat Tahajjud.

    1) Selalunya, saya akan melambatkan waktu sembayang Isya saya ke pukol 3.30 pagi supaya saya boleh bangun mengerjakan wsktu Isya tersebut dengan menunaikan solat sunat sekali: Tahajjud, Taubat dan Hajat.

    Saya terasa amat berbeza sekali perasaan/hati saya setelah menunaikan sembahyang wajib dan sunat2 tersebut. Setelah menunaikan Isya, hati saya "lega" sangat kerana telah selamat menunaikan yang fardhu.....lega sangat. Sewaktu menunaikan solat sunat, terutamanya Tahajjud, saya merasa seolah2 Allah sememangnya "memerhatikan" solat dan segala bacaan dan pergerakan saya. Ini membuatkan saya kusyuk sehinnga kadang2 saya mengalirkan air mata dan kadang2 menangis tersedu2 kerana saya dapat "berkomumikasi dan mengluahkan isi hati saya padanya".

    Saya berasa sangat aman dan tenteram dapat menikmati kemanisan mengerjakan solat sunat, tetutamanya Tahajjud. Terasa nak "berdoa dan bercakao" sepanjang malam dengan Allah yang Maha Besar, Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

    2) Saya tidak lah menunaikan solat malam tiap2 hari, tapi kadang2 dapat tunaikannya berterusan 2-3 malam atau berselang seli. Sebagai seorang isteri dan suri tumah, bila Encik suami ada di rumah, saya cuba x mengerjakan sembahyang sunat malam. Kalau nk buat, saya beritahu atau minta kebenaran beliau. (Suami kerja penerbangan.....selalu ke luar negara).

    2) Kadang2 (tak selalu), sekiranya saya telah menunaikan waktu Isya pada waktunya dan saya ingin bertahajjud, kadang2 saya terlepas untuk bangun bertahajjud walauoun saya sudah berniat untuk bangun dan berdoa agar Allah mengejutkan saya. Kadang2 memang saya seperti "dikejutkab" tetapi kadang2 saya rasa seperti tidur "mati". Saya terfikir.....mungkin saya "keletihan" dan sememangnya Allah memberi saya "rehat".

    Perkongsian saya ini bukan untuk "menunjuk2" tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan diberikan penjelasan oleh saudara2 yang berilmu dan berpengalaman.

    Terima kasih pada yang sudi memberkan komen dan penjelasan.











    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth puan...

      1. Apa juga solat fardhu...apalagi Isya'
      hendaklah dibuat sblm tidur...malah kalau
      kita tidur dalam keadaan hati kurang
      pasti akan sempat solat Isya nanti
      maka kita tidur itu dalam keadaan
      melanggar perintah Tuhan.

      Pendapat ulama yang paling biasa
      kita tahu adalah hendaklah ada antara
      Solat Isya' dan sunat Tahajjud itu
      tidur walau hanya sekadar terlelap
      sesaat...

      ...maka apabila ia disambung seperti
      yang puan buat...saya kurang tahu
      kedudukannya...namun sebaiknya
      amal kaedah yang kita sudah tahu.

      Yang paling penting...kita tidur dalam
      keadaan pasang niat untuk solat
      malam..dan kalau kita terlepas tanpa
      sengaja pun...mudah-mudahan kita
      sudah dapat kedudukan seperti orang
      yang benar-benar bangun solat malam.

      Maka niat ini sangat penting...

      Padam
    2. Namun puan benar...hanya orang yang
      dapat mengamalkan Tahajud ini akan
      dapat merasakan sendiri keberkatan-
      nya...

      2. Cara puan itu jauh lebih baik dari-
      pada kita amal waalau seminggu ber-
      turut-turut tapi cuti berbulan baru amal balik...

      Alhamdulillah...Tuhan telah beri puan
      kekuatan...malah mungkin ada kita
      yang tak jangka...ada orang niat nak
      bertahajjud hampir setiap malam...
      tapi sampai bertahun pun...tak pernah
      sempat walau satu malam...cuma mudah-mudahan niatnya itu diterima Tuhan...
      kerana niat baik itu juga termasuk dalam
      kebaikan seseorang disisi Tuhan...

      ...akan bersambung...Insha Allah

      Padam
    3. RAHSIA kelebihan Tahajjud...

      Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa
      selepas Fardhu Isya' dan seperti pendapat
      biasa setelah tidur atau terlelap walau
      sekejap...

      ..namun sebaik-baiknya ia diamal pada
      sepertiga malam iaitu lebihkurang dari
      jam dua pagi hingga sebelum masuk
      masa Fardhu Subuh...kerana ketika ini
      langit terbuka luas...dan apa juga doa
      kita akan terus naik ke atas tanpa
      halangan...

      ...kemudian..ketika ini juga para mala-
      ikat turun ke bumi atas segala urusan
      iaitu berkaitan apa juga yang akan
      berlaku siang esoknya...

      ...masa ini juga rezeki dibawa turun...
      dan dibahagi-bahagikan...dan sesiapa
      yang kebetulan ketika itu berjaga kerana
      beribadah...maka ia akan mendapat
      lebih banyak rezeki...dan salah satu
      yang paling ringan...adalah cahaya
      pada wajahnya...ketenangan...ke-
      kuatan...segala bentuk petolongan
      Tuhan....segala kelebihan seperti
      kecedasan...kesihatan...kesembuhan
      aau mungkin rezeki berupa harta...
      makan minum...kekuatan iman...
      ilmu...dan sebagainya...

      Padam
  9. As Salam


    Di sini pula saya nak berkongsi pengalaman mengenai mimpi pula. Sejak balik menunaikan haji, saya tidak bekerja. Saya cuba tumpukan masa dan waktu saya dengan ibadah, terutamanya yang sunat seperti Dhuha dan Tahajjud. Dan juga mengamalkan zikir dalam hati ketika saya mengemas, memasak, memandu dan lain2 kerja.

    Sejak akhir2 ini, saya merasakan saya "perlu" bekerja semula, walaupun hati dan naluri saya begitu berat sekali untuk mula bekerja semula. Saya terasa "sayang" nak tinggalkan amalan2 waktu malam saya. Kalau da mula kerja office.......koporat pula.. kehidupan saya ditakuti akan tertumpu pada "keduniaan" semula

    1) Tapi, kewangan saya semakin berkurangan. Anak perempuan pula akan menyambungkan pelajaran ke luar negara September ini. Saya merasa yang saya perlu menampung kewangan suami saya.

    Dalam sola wajib, Dhuha dan Hajat, saya selalu berdoa agar dimurahkan rezeki saya.

    Seminggu yang lepas saya telah menerima panggilan untuk interview kerja. Semasa menerima panggilan tersebut, saya sangat teruja dan terus menerima offer interview. Tetapi selepas itu dan hari2 berikutnya, saya berasa "sangat berat dan takut" untuk menghadiri interview tersebut.

    1) Saya buat sembahyang Istiharah dan sentiasa berdioa agarAllah memberi petunjuk dan hidayahnya sekiranya saya perlu bekerja semula. Interview pada 28 April ini. Hati saya "bergolak" memikirkan nak kena bekerja semula......ke dunia koporat dan keduniaan.

    Setelah berdoa mohon petunjuk, hati mula terbuka "sedikit" untuk menimbangkan interview tersebut.

    Petang semalam, pada waktu sekitar 3pm, saya tertidur..... Saya bermimpi dikelilingi saudara/adik dan ada "suareaa" macam ibu saudara yang telah lama meniggal dunia berkata2 memberi nasihat yang baik.....tetapi saya tak ingat betul2 kata2nya. Tapi saya tahu ianya nasihat yang baik. Kemudian ada kolam renang yang agak dalam. Saya takut nak masuk, tapi ada budak kecil yang mandi!!! Kepala budak itu berada di paras air.....selamba saja dia di situ......tak takut!!

    Kemudian saya berada di perkarangan laut yang begitu putih, berkilau......penoh dengan ikan2 yang bersinar! Masyallah....cantik sekali.......ada kapal layar yang cantik bersinar juga. Di pantainya ada banyak ikan2 kecil.....berkilauan.....dan masih hidup.


    Saya bermohon sekiranya saudara2 sekelian sudi memberikan komen dan penjelasan saya mengenai solat Tahajjud saya dan juga mimpi saya.

    Terima kasih saya ucapkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth puan...

      Seperkara yang sebaiknya kita ingat...dunia
      apabila kita mencarinya demi mengharap
      keredhaan Tuhan...seperti untuk membantu
      suami...anak-anak...agar tidak meminta-
      minta kepada orang lain dan sebagainya...
      maka ia bukan keduniaan...tapi amal akhirat
      asalkan ia halal...

      Yang penting jangan ada perkara-perkara
      yang jelas bertentangan dengan perintah
      agama seperti buka aurat...bercampur
      gaul lelaki perempuan tanpa keperluan
      tugas...dalam keadaan bersolek depan
      umum...atau sebagainya...

      ...atau meninggalkan perintah-perintah
      asas...seperti solat...dan sebagainya...

      Selalulah berdoa agar Tuhan memberikan
      yang baik-baik untuk dunia akhirat kita...
      dan kalaulah sesuatu itu kurang elok untuk
      dunia lebih-lebih lagi akhirat kita...mudah-
      mudahan Tuhan hindarkan kita darinya.

      Saya berpendapat puan lebih tahu tentang
      dunia koprat...maka puan lebih bijak untuk
      menilainya...

      Dan semestinya berbincang dengan suami
      mungkin ia ada sesuatu perancangan yang lebih baik...

      Tentang mimpi itu...saya minta maaf banyak-
      banyak...saya kurang tahu...dan saya tidak ada sebarang pendapat atau tafsiran mengenainya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  10. Terima kasih Tuan atas nasihat2 tersebut

    BalasPadam