Lewat tengah malam...baru saja Az duduk
mencangkung dalam tandas ( anda faham-
faham sajalah ya )...
...tiba-tiba ia terdengar bunyi langkah-lang-
kah kaki berlari-lari...berulang alik di depan
pintu tandas.
Serta merta Az merasa seram...ia tahu benar
cuma ia seorang saja yang berada dalam
rumah ketika itu.
Namun 'benda' di luar pintu tandas itu seperti
sengaja mempermainkan Az...'ia' terus ber-
ulang-alik...dan dalam kesunyian malam itu...
bunyi langkah-langkah sangat jelas kedengar-
an...
Az yang semakin dikuasai perasaan seram itu
tiba-tiba mendapat 'idea bagus'...
Ia sudah tahu teorinya...dan kali ini ia akan
praktikkan teori tersebut....
Az menarik nafasnya melalui hidung perlahan-
lahan...tahan nafas...kemudian lepaskan sekali
gus dengan cepat ke dalam dada...sambil
membayangkan ia menyepak 'benda' di luar
tandas dengan kaki kanannya...
Dengan izin Tuhan...dan di luar dugaan Az
sendiri...lantai papan di luar berdentum
seperti ada benda yang jatuh terhempas
ke lantai.
Serentak itu...bunyi langkah 'orang' berlari-
lari tadi terhenti...
Selepas bunyi jatuh ...Az mendengar bunyi
benda itu berguling di atas lantai lalu meng-
hilang di bahagian dinding rumah yang
bertentangan dengan sepohon pokok mangga
( pernah di lihat oleh sesorang lain ada sebuah
' istana besar ' di situ )
Nota
1. Sambil hentakkan nafas ke dalam dada...
anda buat gerak sepak...
Caranya...bayangkan ada sebiji bola di depan
anda...
...tendang bola itu dengan kaki kanan...tapi
anda cuma buat sedikit gerakannya saja...
selebihnya...bayangkan kaki anda terus meng-
hayun dan menyepak atau menendang bola
tersebut.
2. Hentakan nafas ke dalam dada akan mem-
bentuk aura atau gelombang kuat secara
mengejut...dan pindahkan aura itu kepada
bayangan fikiran anda.
3. Tak gerak pun...anda boleh buat sepakan
atau tendangan...cuma perlu hentak nafas
dan bayangan fikiran sahaja...
Bagi anda yang masih berlatih...sedikit gerakan
itu akan membantu membentuk serangan...
Dan seperti biasa...saya hanya dapat beri anda
teorinya sahaja...selebihnya terpulang pada
persediaan anda sendiri...atas izin Tuhan...
Wallohu a'lam
Salam, memang teknik seperti ini banyak applikasinya bukan setakat sepak sahaja. Memang manusia berkeupayaan untuk membuat impak fizikal di dimensi makhluk ghaib dengan niat dan dimakrifatkan dengan hati.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya...dan kalau
ada teknik ke...maklumat ke....amalan atau
sebagainya...harap-harapnya sudilah tuan
kongsikan di sini ya...
Wallohu a'lam