Mula-mula dulu...cuma anak dara...tapi
sejak akhir-akhir ni...bini orang turut
jadi sasarannya.
Di mana-mana juga anak lalaki bujang-
nya st yang berumur 21 tahun itu ber-
keliaran dalam kampung.....tiba-tiba
saja gatal tangannya menarik atau me-
raba anak bini orang.
Bukannya tak ada orang yang menegur
malah memarahinya...namun st memang
'tak makan saman punya orang'...
...sebaliknya st akan ketawa terdekah-
dekah kelucuan...seolah-olah orang
yang marah itu sedang melawak lagak-
nya...
Sudah sebulan lebih st berkelakuan se-
demikian sejak balik dari satu daerah
dan tidur beberapa malam di situ.
Ternyata...ada rahsia di sebaliknya...
Apabila st menutup mata dan menum-
pukan perhatian...ia merasa tubuhnya
terapung-apung dan menjadi orang
lain...iaitu bapanya yang sudah lama
tinggal di suatu daerah lain.
Kemudian ia merasa ada 'seseorang
lain' yang duduk di sebelah kirinya...
St tidak dapat melihat 'orang' tersebut
tapi ia jelas merasakan 'orang' itu
sedang menangis...air matanya jatuh
ke bahu st.
Tumpuannya beralih pula ke sebuah
masjid yang indah tapi agak aneh...
dan ia merasakan masjid itu bukan
berada di dunia biasa.
Saya berpendapat jin itu berasal dari
masjid tersebut...
Tiba-tiba muncul suatu makhluk lain
iaitu berupa pocong...st dapat me-
rasakan benda itulah penghuni bilik
tempat penginapannya ketika berada
di luar daerah tersebut...
...ternyata makhluk itu memilih dan
mengikutnya pulang...
Jin ini yang menghasut dan mendorong-
nya berkelakuan tak senonoh...asyik
nak cari perempuan...malah adik
perempuan st juga dikatakan bininya.
Tiba-tiba st kelihatan gelisah sambil
menggerak-gerakkan kedua belah
tangannya..." jin itu suruh saya buat
kelakuan kurang ajar " kata st.
Ada angin bisa padat pada belakang
telinga kiri st...juga pada otak serta
kedua belah belikatnya...
Iaitu jin itu berbisik kepadanya...
kemudian menggambarkan dengan
jelas tentang apa yang jin itu bisikkan
dalam fikiran...serta menggerakkan
kedua belah tangan st...inilah yang jin
ini lakukan untuk mendorong tangan
st berkelakuan tidak senonoh.
Apabila saya mula merukyah st dengan
manzil...ada sesuatu yang agak mengg-
anggu tumpuan saya...
Tiba-tiba sahaja rakan sekerja ibu st
yang turut datang mula mencari buku
dan mengipas tubuhnya....
"...kenapa ni panas betul...macam kena
panas cahaya matahari....kamu tidak
rasa panas ka?...saya pula yang kena
tempias ni...panas badan saya...orang
kepanasan pun kamu kasi ketawaka ?"
tak segan silu makcik itu mengherdik
adik-adik perempuan st.
Terdiam budak-budak itu dibuatnya.
Saya teruskan saja rukyah...kedua belah
kaki st terutama kaki kirinya meliuk-liuk
seperti ular...st merasakan ada ular ber-
gerak-gerak dan keluar dari kaki kiri-
nya...( st kata ular 'cobra' ).
...mungkin ia ada kaitan dengan gejala
kebas sebelah kiri badan st...
Selesai rukyah...tubuhnya terasa lebih
ringan...tapi tiba-tiba st ketawa terdekah-
dekah lagi...
Setakat 'scan' saya...jin itu berada di-
luar badan st...jin itu berbisik dan meng-
gambarkan sesuatu dalam fikiran st...
sambil menggeletek uluhati st sehingga
ia ketawa tak dapat dikawalnya...
Saya buat cubit cabut pada angin bisa
yang agak pada pada uluhatinya...
malah ada masanya st akan merasa
sakit pada bahagian tersebut...dan
saya yakin ianya kerana jin itu me-
nekannya dari luar...
Nota
1. st ada jin saka dalam badan...dan
mungkin kerana itu jin tinggal di bilik
tersebut suka dan memilih st jadi
sasarannya gangguannya...
...atau dengan kata lain...st jadi alat
jin tersebut untuk mengganggu kaum
wanita dari kalangan manusia...
st berterus terang...katanya ia perlu
beristeri...tapi ia bererti...wanita yang
akan jadi pasangannya itu pasti jadi
sasaran gangguan jin tersebut.
2. Pocong biasanya jin ilmu...mungkin
jin itu di buang atau kehilangan tuan-
nya...atau kebetulan selalu singgah
pada bilik tersebut dan ternampak
st yang boleh menjadi sasaran mudah-
nya.
3. Jin menangis atau sedih tandanya
jin itu sayang pada orang yang di-
dampinginya...dan biasanya jin saka
atau sudah lama mendampingi.
4. Zaman dulu...jin saka biasanya
hanya untuk keturunan tuannya...
tapi zaman sekarang...jin yang sudah
beranak pinak ini akan memilih sesiapa
saja yang dapat dijadikan sasarannya.
Maka tak ada keluarga guna jin...tak
dapat menjamin anda tak akan ada
jin saka...malah ada orang yang dapat
jin saka apabila bertembung dengan
jin yang kelihangan tuan dan ber-
keliaran di jalan-jalan atau merata
tempat.
5. Biasanya tindakbalas seperti pada
rakan sekerja ibu st adalah gejala
ada jin menumpang dan agak sebati
dalam badan.
Wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamZaman sekarang jin terlalu mudah menyelinap masuk ke dalam badan manusia tanpa sebarang halangan. Sebabnya terlalu banyak perkara yg melalaikan manusia. Cukup dengan hpon, laptop & tv. Amal ibadah pula seolah2 tidak berbekas di hati.
Wa alaikum salam wbkth tuan UM...
BalasPadamSaya setuju dengan tuan...dan rasanya jin suka
perkara ini kerana punya lebih banyak pilihan
kalau nak masuk mengganggu.
Seorang rakan bertanya...tentang penggambaran
filem pegalaman sebenar orang korea dan jepun
di mana tahap gangguannya sehingga membunuh
seolah-olah jin itu dapat bertindak penuh seperti
makhluk kasar...contohnya mengangkat dan
melempar..atau mematahkan badan manusia...
mencekik serta sebagainya...
Apa pendapat tuan tentang cerita ini atau
keadaan yang berlaku kalaulah ianya benar ?
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamBoleh ka jin islam mendampingi sesorg kmdian mempengaruhinya ke arah kebaikan?Saya pernah berbual dgn seorg ustaz yg juga merupakn saudara terdekat, apa yang sy tau beliau ini tdk panas baran, rajin beramal dan tdk pernah sy dgr kburukan beliau.Tapi beliau mgatakan teruk diganggu oleh jin saka, sejak dr zaman kanak-kanak hingga skrg.Malah ketika mgerjakn haji,ada seorg ternampak perempuan tua mgikut beliau dr blkng(jin).Apa pndpt tuan?
Baru-baru ini ada seorg (perawat), yg baru sy kenali mgatakan sy didampingi oleh jin kerana bawaan aura sy sngat keras dan panas sehingga mengesyorkn agar cari scanner dan mta scan.beberapa kali beliau nasihatkn. Sy sebenarnya amal ayat manzil pagi,ptg dan mlm smjak akhir2 ini. Sy sebenarnya tkejut sdikit bila beliau mgatakn sy didampingi jin.Walaubagaimanapun sy rasakn sgt tenang dan lapang dada bila amal ayat manzil ini.Mohon pcerahan dr tuan.
Wasalam
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadam1. Boleh...tapi biasanya hanya untuk sementara.
Biasanya yang berlaku...jin itu jadi angkuh dan
mula cuba menguasai...atau jin itu rosak akhlak
dan bawa manusianya rosak sekali...atau
ia sekadar jadi strategi...dorong pada kebaikan
tapi dari segi lain...dorong kepada kejahatan
atau kesesatan...atau...jin itu merosakkan...
atau 'makan' orang itu dari dalam...
Susah nak jumpa jin damping kerana ikhlas
sebaliknya pasti ada 'keuntungan' jin itu di-
sebaliknya.
'
Yang buat orang jadi 'baik' kerana dampingan
jin ialah jin itu mempengaruhinya agar takut..
atau tidak memperdulikan orang lain...suka
mengasingkan diri...tidak suka suasana bising
dan sebagainya...tapi dari satu segi bermaksud
orang itu keracunan angin bisa jin pada fikiran
dan perasaannya.
Malah jin boleh buat muka kita kelihatan ber-
cahaya...alim...menarik rasa kasihan belas...
jujur...baik-baik dan sebagainya.
Saya tidak bermaksud agar bersangka buruk
pada rakan tadi...tapi inilah kenyataannya...
pengaruh jin dengan izin Tuhan boleh menimbul-
kan berbagai pengaruh kepada seseorang manusia
bersifat bersifat positif atau negatif...namun jin itu
sendiri tetap 'racun' bagi kita....wallohu a'lam
2. kita amal ayat Manzil...dalam manzil itu ada
BalasPadamayat Kursi...ayat as Soffat...lau Anzalna...Al
jin...dan sebagainya yang bersifat panas pada
jin...
...jadi kalau ada orang sensitif atau kepanasan
dengan aura kita...sebaliknya rakan itu yang
sebaiknya minta 'scan'.
Berkenaan jin ikut...terutama kalau kita ada
saka yang agak lasak...maka boleh jadi
jin itu kalau dari dulunya dalam badan...bertukar
jadi 'tukang ikut' di luar badan kerana kepanasan.
Maka kalau jin itu yang dikesan...maka ia bukan
dari amalan...tapi sebaliknya termasuk daripada
keberkatan amalan...
Semakin lama amal...jin akan rasa makin panas
maka jarak ikutnya akan bertambah jauh...
Ada kisahnya seseorang ada jin saka harimau...
jin itu masih ikut tapi dari jauh saja...kerana
apabila jin itu cuba mendekat...ia akan kepanasan
malah terbakar.
3. Kalau semakin tenang apabila beramal maka
ia boleh jadi dari dua sebab...iaitu keberkatan
amalan ini menjadikan hati lebih tenang...atau
ada gangguan jin yang menyebabkan susah
hati...tapi kemudiannya gangguan itu terlerai
atau bertambah lemah...
wallohu a'lam
As salam..
BalasPadamSibuk skit di resort singamata. Memang jin bole gerakkan objek kasar. Sama je mcm apungkan keris. Masukkan paku jarum dalam badan bagi kes santau. Tp biasanya dia pinjam tenaga manusia. Tenaga dosa, takut, dengki, yakin, marah. Mana2 pun dia bole pilih bole serap.
Kalo mangsa langsung xda iman lagi la mudah. Kalo jin da kuasai saraf tunjang lagi teruk. Sembelih org, bunuh diri, rasa kena cekik, badan dibengkok2. Mcm2 lagila.
Waulahualam..
Wa alaikum salam wbkth tuan...
PadamSaya pernah minum air sihir...kesannya
seperti ada tangan mencekik leher dari
pagi sampai ke petang...
Memang ia seperti ada tangan yang
mencekik..tapi tidak dapat disentuh.
Terima kasih tuan atas perkongsiannya.
Wallohu a'lam
Salam tuan,
BalasPadam1. Adakah perangai ibubapa boleh mempengaruhi sikap dan kelakuan anaknya?Ada seorang budak suka 'mencuri' dan memang tidak pernah berubah walaupun sudah diberi nasihat dan denda. Insaf hari ini, besok mencuri lagi. Menurut seorg rakan, bapa budak ini memang terkenal dgn sikap suka mencuri waktu muda-muda dulu. Mungkinkah pengaruh jin dalam diri mereka?
2. Seorang saudara tidak mempercayai beliau mempunyai gangguan jin (ilmu/saka/sihir) selain dari Qorin sahaja. Menurut beliau, gangguan ini selain dari Qorin tidak berlaku sekiranya seseorg itu solat,membaca al-quran dan beramal soleh. Mohon pencerahan dari tuan.
3. Beberapa kali rumah itu tidak berpenghuni semenjak ketua keluarganya meninggal dunia. Ahli keluarganya tinggal di kawasan bandar. sesekali balik menjenguk dan bermalam pada musim cuti. Pada masa cuti, Seorang ahli keluarganya dicekik sehingga lebam hitam di leher. Menurutnya, dia ternampak dengan jelas seorang lelaki sasa masuk ke bilik nya tetapi muka tidak kelihatan jelas. Adakah jin itu, jin saka atau jin ilmu? Jika ia jin saka mengapakah ia menampakkan diri kemudian menyerang ahli keluarga penghuni rumah itu? Mohon pencerahan dari tuan dan rakan-rakan lain.
4. Sy memberi anak buah minum air yang di campur garam bukit (sudah dirukyah) kemudian sy makrifatkan gelombang di air itu pula lalu diminum oleh anak buah, namun baru seteguk air diminum, air itu terhenti dikerongkong. Apabila anak buah itu cuba muntahkan air yang terhenti di kerongkongnya tapi air itu tidak keluar, malah air itu berpusar-pusar dalam kerongkongnya sehingga akhirnya masuk ke dalam perut. Tidak sampai satu minit, kelihatan anak buah seperti orang 'mabuk' dengan suaranya juga jelas berubah ketika bercakap dengan saya. Apa pendapat tuan?
Wasalam
Waalaikumsalam..
BalasPadamTak semestinya anak ikut perangai bapa. Tapi kalo salah cara asuhan bole jadi juga. Sbb tu salah satu kriteria memilih pasangan hidup adalah dari keturunan baik2. Tapi mungkin juga sbb jin yg sama ikut bapa dan anak.
Tiada jaminan org alim tidak diganggu jin. Yg dijamin cuma org yg ikhlas dlm beramal soleh. Itu pun hanya jaminan hati bukan jasad. Nabi s.a.w pun pernah diganggu inikan pula umatnya.
Jin saka yg jenis tunggu rumah memang akan serang jika tidak dilayan @ dia xkenal ahli keluarga @ buat benda yg dia tak suka. Jin la katakan..
Jin tu jenis ada ilmu cuba tolak keluar air dikerongkong tp tak berjaya. Bila da sampai ke perut. Mabukla dia terkena air tu. Sama ada jin tu berilmu @ cara rawatan belum mantap sama ada kurang kusyuk, tajwid, niat dan lain2.
As salam tuan Um,
PadamTerima kasih atas ulasan itu.Bagaimana teknik zikir mggunakn getaran suara?
Mana yang lbh afdal zikir/baca dlm hati atau lafaz dgn suara?
Seorg rakan bole bertahan mbaca beratus yat kursi pd waktu mlm.Bila sy cuba,sy hanya dpt 65kali sj utk satu mlm.Apa pendapat tuan?