Ij...remaja lelaki itu menceritakan...ketika
ia masih berkerja di dapur sekolah
menengah itu...
...suatu ketika...tiba-tiba ia merasa 'semut-
semut' yang sangat banyak masuk dan
memenuhi hingga ke pergelangan tangan
kirinya...
Rakannya Fiz dapat mengesan gangguan
tersebut...dan ia berkata "..lebih baik saya
saja ambil benda-benda ni...kerana 'periuk'
saya lebih kuat..." ( iaitu menguasai 'semut-
semut' tersebut ).
Sebaik sahaja Fiz menyapu tangannya...
Ij dapat merasakan semua 'semut-semut' itu
keluar dari tangannya.
Namun ternyata Fiz tersilap langkah....
'semut-semut' itu masuk dan meresapi tubuh-
nya.
Sudah sebulan lebih...kini seluruh tubuhnya
dipenuhi kudis-kudis berair.
Fiz dapat merasakan 'semut-semut' merayap
menyebabkan ia rasa sangat gatal...maka ia
menggaru-garunya hingga tak sedar kulitnya
luka...
Fiz sudah berubat kepada beberapa orang
perawat malah juga dengan bomoh...namun
tak berkesan...
Nota
1. 'Periuk' maksudnya ada 'kepandaian'
pada tapak tangan iaitu ilmu dari sebab ada
dampingan jin ilmu terutama dari jin saka.
2. Seperkara yang menjadi halangan kepada
rawatan Fiz ini kerana ia sangat suka makan
telur ayam.
Jin dalam badan biasanya akan menjadi lebih
kuat apabila badan tumpangnya makan telur
ayam...kerana makanan itu akan memberi
tenaga lebihan kepada jin tersebut.
Ini bukannya soal halal tak halal...tapi lebih
kepada pantang penyakit...dan apabila sudah
sembuh maka ia boleh di makan seperti
biasa.
Maka sebaiknya ia dipantangkan sementara.
3. Ij dan Fiz didampingi jin saka ilmu...se-
baliknya dengan yang demikian...mereka
kerap menjadi sasaran gangguan dan serangan
jin...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan