Jumaat, 25 April 2014

Sihir Membunuh ?

Senja itu......tiba-tiba  saja  anak  remaja 
perempuannya Mrlyn meraung kesakitan 
sambil memegang tekaknya.

Kemudian Mrlyn mula batuk-batuk dengan 
teruknya...tekaknya terasa sangat sakit 
seperti ditikam benda tajam.

Saya hadapkan tapak tangan kanan ke
tekaknya lalu merukyahnya dengan Fatihah
...Ayat Kursi...Al Ikhlas...Ayat Tujuh...
3 ayat awal Al An am...Bismillah 5 bererta
pernafasan...

Batuknya  mula  reda...tapi  masih  terasa
kesan sakitnya walaupun sudah minum air
doa.

Apabila ia menutup mata dan menumpukan
perhatian...ia ternampak gambarnya yang
ditembusi kayu  kecil  yang ditajamkam
di hujungnya.

Memang Mrlyn masih terasa seperti ada 
kayu tajam yang menembusi dari tengkuk 
ke tekaknya.

Saya bayangkan ada kayu tersebut pada
tengkuknya...kemudian menggenggam dan
mencabut kayu tersebut sambil membaca
Ayat Kursi dalam hati berserta pernafasan.

Dengan  izin  Tuhan...Mrlyn melihat kayu
itu sudah hilang...kemudian saya musnah-
kan  gambar  yang  dilihatnya  dengan
'peletup jin'.

Namun ia  masih terasa sakit pada leher-
nya iaitu 'luka' bekas tikaman batang
'kayu' tadi .

Saya  tarik  luka  tersebut  dengan  'cubit
cabut' hingga rasa sakitnya hilang dengan
izin Tuhan.

Mrlyn dapat melihat orang yang melaku-
kan  sihir  tersebut  tapi  ia  tidak dapat
mengenalinya...kerana  perempuan  itu
berdiri dengan membelakangkannya

Hati saya masih tertanya-tanya...adakah
ianya jenis sihir bertujuan untuk mem-
bunuh ?

Yang pasti...sihir itu tidak akan berkesan
melainkan atas izin Tuhan...

Nota

Biasanya dalam kes sihir dengan mengguna-
kan alat...saya biasanya akan gunakan
'cubit cabut' dan 'peletup jin'...

Wallohu a'lam

47 ulasan:

  1. As salam tuan,mohon pencerahan teknik 'peletup jin' itu?sama ada melalui gerakan tangan atau hanya makrifaat sahaja?
    Saya pernah berikan garam rukyah dgn seorg sepupu yg telah disihir iaitu mgalami buasir yg teruk tapi pelik.Banyak tmpt beliau berubat termasuk hosp pakar buasir namun tdk sembuh2.Slpas mkn garam,Dengan izin Allah swt sepupu sembuh dlm tempoh singkat,Doktor kebingungan bagaimana garam itu bole bertindak cepat. Manakala saya pula mgalami serangan balas dari jin sihir dgn mgalami sakit d tengkuk tembus ke mulut.Jadi bagaimana kita nak merukyah diri sendiri jika tembus pertahanan diri?
    Wasalam.

    BalasPadam
  2. Salam tuan,
    Baru-baru ini,seorang rakan hampir pengsan selepas bermain bola(waktu mlm.Rakan beritahu slps permainan itu,mata kiri berkerdip2 sendiri dan fikiran serta pandangan semakin smpit dan mgecil.mohon pandangan tuan

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Kedua-dua cara boleh...tapi untuk permulaan
    gunakan tangan dan ma'rifat sekaligus lebih
    baik.

    2. Buat amalan sperti biasa...dan aura kita
    akan bertindakbalas pada gangguan atau
    serangan dengan izin Tuhan...

    ...atau boleh juga ambil wuduk dan duduk
    baca Ayat Manzil....boleh tiup pada air
    guna minum mandi.

    Kadang-kadang sembuhnya berperingkat
    iaitu bukan serta merta tapi kita sekadar
    berdoa dan berusaha...selebihnya serah
    pada Tuhan.

    3. Ia boleh jadi kerana seseorang itu ada
    saka atau angin bisa dalam bahagian kepala-
    nya...atau mendapat serangan...jin masuk
    atau angin bisa masuk ke dalam bahagian
    kepala...

    Namun pada rakan itu sebaiknya minta
    'scan' dan ambil perhatian kemungkinan
    ada jin sakanya....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Salam tuan,
    Ada seorg rakan bertanyakan serangan sihir dlm mimpi.mohon pencerahan dr tuan. Rakan ini mengalami mimpi bertempur dgn manusia berwarna hitam,suda tiga mlm berturut-turut bermimpi yg sama..seperkara lg,bila rakan ini terbgn dari tidur sluruh tubuh bdn rasa panas dan sukar bernafas seketika seolah-olah ada benda d kerongkong.mohon pendapat tuan

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia mimpi bagi kita...tapi dunia sebenar bagi
    jin...ia adalah jin ilmu...samada dikirim atau
    datang sendiri...

    ..tandanya ada jin atau angin bisa dalam
    badannya...dan pula jin penyerang itu
    boleh jadi dari luar atau memang sudah
    duduk dalam badan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. As salam saya ingin berhubung dgn tuan melalui email, harap dapat emailkan alamat emel tuan . Halymma3@gmail.com

    BalasPadam
  7. As salam tuan, mohon pandangan, rasanya rumah yg saya diami sekarang turut dihuni seekor anak jin. Ketika di rumah lama makhluk ini pun turut tinggal di sana. Sy tidak sangka ia mrngikut sy pindah ke rumah baru. Kewujudan nya saya ketahui melalui seorg rakan yg datang ke rumah yg dapat melihat makhluk ini malah makluk ini juga ingin mengikut rakan pulang. Ketika rakan menziarahi sy di rumah baru, beliau mengatakan melihat makluk yg sama di kawasan kediaman sy bermakna dia ikut sy pindah. Seblm diberitahu rakan memang sy sering diganggu bunyi yg anih di dapur . Cuma di rumah baru ini, ia tidak berada di dapur sebaliknya di atas syiliing sebuah bilik. Sy pernah memamggil org membersihkan rumah dgn menggunakan lada hitam, garam dan air rukyah. Sekejap saja ia senyap beberapa minggu krmudian terdengar semula seakan cicak tu di syiling bilik. Sy membuka mp3 surah al bagarah setiap malam sebaik sahaja balik kerja ttpi tidak memberi kesan padanya. Sy sendiri sekian lama masih dlm proses mengubati diri semdiri krn gangguan akibat sihir, insyaallah. Sakit ini dah lama agaknya dh jadi saka. Berubat merata2 letihnya kebanyakan menggunakan dampingan jd last2 lebih baik buat amalan sendiri, alhamdulillah berkurang cuma sakit belum srmbuh sepenuhnya. Masalah juga kalau sy outstation ada aje yg ikut pulang dan cuba buat gangguan. Sy ada amalkan manzil, ayat 7 dan lima dan baru2 ini baru cuba nak lazimkan ayat seribu dimar. Mungkin juga amalan sy belum kuat kerana sy tdak istigamah dek keletihan dan kesibukan kerja. Ikutkan hati dah letih juga asyik terima gangguan tapi mungkin ini jalan nya Allah nak kita sentiasa ingatkan Nya. Terima kasih di atas perkongsian maklumt di blog ini krn amat beri menafaat kpd sy dalam mrmahami penyakit saya ini. Bagaimana sy nak jauhkan anak jin ini terus dari rumah sy? Jika tuan ada pandangan dan nasihat sy amat berbesar hati menerimanya. Terima kasih


    A

    Shui

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth cik halima...

    1. Pertama sekali saya ingin tekankan bahawa
    pagar dengan lada hitam...garam dan air rukyah
    itu serasi...maka kalau nampaknya benda itu
    sudah masuk balik...baiklah minta pagar pada
    perawat yang berkenaan.

    Memang pagar ini sudah jadi lumrahnya walau
    tak semua iaitu...ada 'tarikh luputnya'...
    malah bagi pagar kalau pun kuat sekalipun...
    sebaik-baiknya barukan pagar sekurang-kurang-
    nya setahun sekali

    Pada sudut lain...mungkin pagar itu dari panas
    pada jin itu...akan sampai juga suatu masa ia
    jadi sejuk...maka jin itu datang semula.

    Selain itu buat juga pagar pada bilik juga atas
    syiling yang berkaitan secara lebih khusus.

    2. Anak jin itu mungkin sukakan seseorang...
    maka ia ikut pindah...maka seseorang itu
    kalau boleh dipastikan...maka hendaklah di-
    rawat.

    Kalau tak ada orang lain...maka mungkin
    anda yang jadi sasarannya...maka teruskan
    berubat dan jaga amalan.

    3. Gangguan dan jin ikut pulang adalah lumrah
    bagi diri kita yang ada gangguan...kerana
    mungkin gangguan atau angin bisa jin dalam
    badan kita membentuk suatu daya tarik
    bagi jin...

    ...maka lazimkan baca Ayat Kursi selain setiap
    lepas solat...sebelum tidur...sebaik bangun...
    keluar rumah...setiap kali sampai pada suatu
    tempat..ketika akan meninggalkan tempat itu...
    dan sebelum masuk rumah.

    Amalkan juga 3 Qul pernafasan...pagi petang
    dan sebelum tidur.

    Sebaiknya kalau mampu...sentiasa berwuduk
    ...juga berzikir walau dalam hati kalimah Laa
    ilaaha illalloh...

    Selepas baca Manzil...tiup tapak tangan...
    sapu muka ..ke atasa kepala dan turun hingga
    ke hujung jari kaki.

    Lepas baca Ayat Seribu Dinar...baca Laa haula
    walaa Quwwata illaa billaahil aAliyyil Aziim 11x
    juga tiup tapak tangan dan sapu seleuruh tubuh.

    Jauhkan dari perawat guna dampingan...walau
    apa juga jenis dampingannya...

    SEntiasa minum air doa...boleh buat air Manzil
    sendiri...juga guna mandi dan renjis penjuru
    setiap ruang dalam rumah.

    Saya minta maaf kerana belum beri alamat email-
    nya...kerana nampaknya masih ada masalah
    tentang email tersebut..saya sendiri tak dapat
    masuk lagi.

    Alhamdulillah...sama-sama kita berkongsi peng-
    alaman dan serba sedikit pengetahuan...mudah-
    mudahan bermanafaat pada kita sendiri dan
    rakan-rakan lain...Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. As salam tuan,
    Terima kasih atas maklum balas tuan. Insyallah sy akan amalkan.

    Sy sebenarnya berminat hendak amalkan amalan imantheraphy terutama berkaitan pernafasan kerana penyakit sy ada kaitan dgn pernafasan dan perut.

    Penyakit sy berkaitan perut kerana di situ lah gangguan utama berlaku (pada mulanya sy sangka gastrik) disamping sy sering sesak nafas ,sakit pada bah. hati disamping pada anggota badan lain.

    Ada org brritahu sy jika baca ayat alquran tidak boleh disapu seluruh badan kerana akan menutup laluan jin utk keluar jadi ia akan terkurung dalm badan dan kita akan sakit berpanjangan, betulkah begini? maaf jika soalan ini macm bodoh je..harap tuan beri pencerahan.

    Ada beberapa org yg sy kenali menceritakan masalah penyakit gangguan yg mereka hadapi. Sy tidak berani memberi apa2 nasihat kerana diri sendiripun masih tidak 'lepas' lagi cuma sy menulis atas kertas nama blog tuan, dan memberikan buku ayat manzil, terpulanglah kpd mereka utk mengambil menafaat, ada ramai org yg sakit begini kurang maklumat yg betul dan jelas tentang penyakit mereka.

    Sy fikir jika sy ada email tuan, sekiranya keadaan memerlukan sy mungkin boleh berhubung secara peribadi bagi mendapatkan bantuan nasihat . Bagaimanapun jika tuan berpendapat memadailah melalui media ini, tidak mengapalah. T kasih.



    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth Cik...
    ...sama-sama...

    1. Saya cadangkan ambil dan amal
    amalan IT...Insha Allah...

    2. Tentang sapu badan...saya ber-
    pendapat tiada masalah kerana
    jin atau angin bisa juga boleh keluar
    melalui nafas...atau muntah...atau
    ke tandas...atau hujung-hujung
    jari...malah boleh keluar ikut
    laluan yang yang bayangkan
    dalam fikiran....dan sebagainya.

    Kecuali kalau kita sengaja niatkan
    untuk mengurung jin dalam badan.

    3. Saya galakkan juga...beri nombor
    hp Tuan Guru Utama kami...dan
    dapat nashat...amalan atau rawatan
    secara langsung...

    Tentang email itu...masih tak dapat
    dibuka...tapi mudah-mudahan
    sekurang-kurangnya buat masa
    ini ruang ini masih memadai...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. As salam,

    Terima kasih tuan, semoga Allah merahmati dan memberkati tuan dan keluarga.

    Wassalam.

    BalasPadam
  12. As salam tuan,
    klu kt mampu sesuatu perkara dgn kawalan dan perasaan di dlm mimpi,adakah itu tidur spara bgn? Baru2 ini saya membantu guru mrukyah seorg pesakit,dlm mimpi sya didtgi jin pesakit itu.sy baca ayat kursi dan mbygkn lembing kemudian mrejam ke arah jantung jin itu..dlm masa singkat sy tjaga dan kdgran bunyi degupan kuat jantung
    kmdian hilang..apakah jin itu berada disekeliling sy ketika itu?mohon tuan beri pcerahan..bole kah kt myerang dlm mimpi sedang jasad kaku?
    wasalam

    BalasPadam
  13. W alaikum salam wbkth saudara...

    1. Ia biasanya dalam mimpi...

    Kalau dalam keadaan separa mimpi...biasanya
    kita akan nampak tempat sekeliling...contoh-
    nya bilik kita...

    2. Ia serangan jin pada rawan kita...iaitu mungkin
    jin itu dalam bilik...atau mungkin juga perang
    itu berlaku pada suatu tempat yang sangat
    jauh dari tempat jasad kasar kita...

    3. Kita boleh buat serangan walau jasad kaku
    kerana kita dalam keadaan rawan...sebagaimana
    kita boleh menyerang dalam keadaan jaga...
    iaitu dengan membayangkan kita melakukan
    gerak serangan tanpa bergerak...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Assalam..

    Lama tak menjenguk.
    Puan halima. Jin tu minat kat kamu. biasanya sbb selalu buka pakaian tanpa menyebut nama Allah atau masuk tandas tanpa membaca doa atau mandi tanpa seurat benang atau dia memang sudah lama suka kamu.

    Pagar apa pun ada expired date. Garam & lada hitam biasanya 40 hari shj. Sbb Allah nak kita bergantung pd dia setiap masa bukan bergantung pd pagar yg dibuat oleh ustaz. Malah kelalaian ahli rumah juga boleh meruntuhkan pagar dari dalam.

    Baca ayat Al Quran sapu badan niatlah sekali utk hancurkan angin bisa, buhul, kotoran jin, aura kotor yg ada dlm badan. Insyallah benda2 tu akan keluar dari liang roma mcm wap air atau peluh atau nafas & najis kita. Sambil tu biasakan minum air yg dirukyah sendiri utk cuci saluran darah. Maknanya cuci luar dan dalam.

    Mp3 rukyah hanya halau jin waktu di on kan. Waktu off kan dia dtg balik la. Malah bole jadi makin ganas jika bacaan itu telah menyebabkan dia cedera.

    Kalo teringin nak masuk alam jin. Tidur lps subuh & asar. Terus roh masuk alam jin. Sebab tu antara sebab nabi s.a.w larang tidur waktu tu.

    BalasPadam
  15. Asalam tuam UM,
    Sy pernah mgalami mimpi pelik setelah tdur slpas subuh..klu ia gangguan, sy baru hbis beramal zikir&manzil lpas solat pas tu smbung tdur..muncul pula mimpi pelik..pernah sy tmimpi Rasulullah tapi sy yakin ianya jelmaan jin smata2 krn seribu keraguan..kwsan sgat lqpang mcm lautan tp ada gerbang ditengah2..mungkin inilah alam jin.mohon tuan beri pencerahan
    wallahualam

    BalasPadam
  16. Asalam tuan,
    kira2 8 tahun lalu,seorg pakcik dari klrga tdkt menjadi 'gila'akibat pbuatan sihir(hosp tiada pjelasan).
    Smggu sblm ajal,beliau bjumpa dgn mak sy dan mminta maaf sgala ksalahan..namun tmpoh smggu itu beliau tlh smbuh spenuhnya dri pyakit 'gila' tanpa rawatan rukyah&islam mahupun rawatan moden hospital.
    Kbykan anak-anaknya mdpt didikan agama dan ada yg jd ustaz,namun mereka bgntung penuh dgn rawatan hosp.Allah swt mgkin ingin beri peluang kpd stiap hmbanya supaya bertaubat&berubat..mohon mana2 rakan dpt beri pncerahan..wallahualam

    BalasPadam
  17. Wslm..

    Kalo dlm mimpi tu kita cuma agak..cuma rasa..cuma dengar suara yg bgatau org yg kita lihat tu nabi. Maka itu bukan nabi.

    Kalau nabi s.a.w pasti baginda akan bg salam dan perkenalkan diri.

    Taubat nasuha & sedekah antara ubat paling mujarab sembuhkan penyakit.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  18. Wa alaikum salam wbkth tuan-tuan...

    Alhamdulillah...

    Terima kasih atas pelbagai perkongsian ilmu
    dan pengalamannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  19. As salam tuan2,

    Tuam UM, terima kasih atas pemcerahan tuan, insyaallah sy akan amalkan apa yg tuan nyatakan tu. Sy akui ada kelalaian di pihak sy yg mengundang gangguan ini. Dan ini adalah peringatan Allah utk sy agar tidak leka je.

    Sy sekarang sedang cuba istiqamahkan amalan diri sebaik mungkin. Sepanjang waktu ini harap tuan2 sudi terus beri bantuan pencerahan ats sebarang kekaburan dan kesukaran sy melaluinya. T kasih.

    BalasPadam
  20. Maafkan sy ada typing error - ' Tuan' bukan 'Tuam'.

    BalasPadam
  21. As salam tuan,

    Mohon pencerahan:

    1. Dlm tulisan tuan sebelum ini, ketika membuat air doa, tuan nyatakan agar mendekat bibir ke bekas air sehingga nafas boleh sampai ke air. Jika sy meletakkan shj bekas berisi di hadapan sy kadar jauhnya dari mulut sy dlm 5 ke 6 inci, adakah ayat bacaan sy tidak beri kesan yg baik utk jd air doa?

    2. Dlm keadaan kedatangan uzur wanita, sy tidak boleh membacakan manzil atau yasin atau lain2 ayat alquran , bacaan apa yg sy blh buat utk air doa?

    3. Selepas membaca ayat alquran tiup ke arah tapak tangan, apa yg kita tiupkan adakah kasadkan ayat2 berkenaan ke tapak tangan atau auranya? utk disapukan keseluruh badan. Sy bertanya kerana ketika membuat tiupan fikiran sy kosong spt tidak tahu pula kenapa membuat tiupan ke tapak tangan.

    Harap tuan dapat beri pencerahan. T kasih.

    BalasPadam
  22. Wa alaikum salam wbkth cik...

    1. Insha Allah boleh...cuma apabila ketika
    membaca...nafas kita langsung masuk ke
    air maka ada kelebihannya.

    Cara ini saya galakkan pada orang
    jarang atau kurang yakin ketika membuat
    air doa.

    Bagi perawat yang biasa buat air doa...malah
    jauh tak sampai nafas pun tak apa...tapi
    setakat kajian saya kalau nafas sampai...
    ada kelebihannya.

    Malah bagi perawat...tapi bergantung juga
    kepada cara dan amalan...tak tiup pun
    boleh.

    2. Dalam perkara ini saya dapat beberapa
    pendapat...pertama...baca Bismillah ketika
    akan makan minum contohnya pun tak
    boleh kecuali kita niatkan ia sebagai doa
    kita dan bukan niat membaca Qur'an...

    ....kedua...boleh baca dengan niat doa tapi
    terhad kepada Fatihah dan 3 Qul...

    ...ketiga...boleh baca apa saja apabila sudah
    jadi amalan seharian kita dengan niatkan ia
    ia sebagai doa.

    Silalah bertanya pada orang yang lebih tahu
    ya...

    Setakat ini saya dapati...apabila kita menjaga
    amalan..tapi kemudian berhenti kerana 'cuti'
    biasanya jin akan ambil kesempatan...

    3. Rasulullah SAW amal 3 Qul dan sapu badan
    ketika akan tidur....mak pasti ada hikmahnya
    samada kita tahu atau tidak.

    Secara asas...tiuo saja tanpa fikir apa yang kita
    tiupkan...tapi sambil sapu badan...berdoa dalam
    hati dengan keberkatan surah atau ayat ini...
    mudah-mudahan Tuhan lindungi diri kita...
    keluarga juga harta benda kita....

    Tapi apabila kita bayangkan ada cahaya putih
    yang panas terang menjadi perisai...maka
    ada kelebihan tambahannya...

    ...kerana kita bukan hanya boleh membentuk
    suatu tenaga dengan perbuatan atau ucapan
    saja...tapi dengan membayangkan sesuatu...
    iaitu...kerana kita bukan hanya ada jasad
    kasar..tapi juga ada 'tubuh halus' iaitu ruh
    dan dari sini kita boleh membentuk tenaga
    atau kekuatan yang dapat dilihat oleh mata
    dan didengar oleh telinga kita sendiri.

    Tapi terpulanglah pada seseorang samada ia
    mahu menggunakan tenaga ini....wallohu a'lam.

    Untuk perkara yang mungkin berkaitan...silalah
    cik pereksa pada tajuk-tajuk dibawah dalam
    blog rahsia nampak jin...

    1. 3 Qul...dan petua pernafasan catitan 5.3.2011

    2. Cahaya Manzil pada pandangn jin...09.03.2010

    3. senarai amalan pendinding...26.09.2011

    Insha Allah cik ya...

    Wallohu a'lam



    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam tuan,

      Terima kasih atas pencerahan tuan. Semoga tuan dan keluarga sentiasa dlm rahmat Allah. Sy ingin bertanya:

      1. Dari tulisan tuan seblm ini, pesakit yg masih ada angin bisa di otaknya boleh mrlihat jin gsngguan dgn memejam mata dan tumpu fikiran dgn bamtuan perawat (tuan). Dlm badam sy masih ada angin bisa dan agak kuat. Jika sy melakukan rawatam diri seorg diri. Bolehkan nsmpak makhluk in? Sy bukan seronok nak tenguk ia cuma sakit sy dah terlalu lama dan dari tanda2 ia masih bertahan dlm badan ( pergerakan ulat terasa amat ketara dan menyakitkan bila sy merukyah diri terutama di bahu dan belalang bdn. Sy ingin melakukan tindakan 'membunuh' spt sy baca di blog tuan ttpi tidak kuat yakinnya krn terasa amalan masih lemah..apa srbaiknya tindakan sy?

      2. Dlm usaha mengistiqamah amalan sekarang dan meninggalkan yg melalaikan sy rasa jin yg menumpang tinggal (tanpa izin) di rumah semakin agresif malah asyik dok melalak dlm bilik air sebelah bilik tidur sy dan saya rasa ia mendekat berbanding dulu, logilknya jika sy menguatkan amalan sepatutnya ia akan menjauh krn bukankah ayat manzil tu panas? Bsgaimana pun utk makluman tuan sekarang manzil dibacs dlm keadaan asyik nak terlelap sehingga yg nak didoakan pun trtumpah...

      Jika amalan sy menyakitkan jin dlm badan, bolehkah diketahui oleh jin yg tinggal di luar?

      Pohon pencerahan dan nasihat tuan.

      T ksh.


      Padam
  23. Wa alaikum salam wbkth cik...

    1. Soal nampak...setahu saya kalau buat sendiri
    biasanya tidak nampak...cuma kalau Tuhan izin
    ...tidak ada perkara yang mustahil.

    Malah apabila saya buat pun...bukan semestinya
    pesakit nampak...ada perkara lain yang menjadi
    sebab nampak tidak nampaknya.

    2. Soal bunuh perkara kedua...lagi pula hidup
    mati ini ketentuan Tuhan...

    ...sebaiknya sekarang cik jaga amalan secara
    tetap disamping guna air doa minum...mandi...
    pagar rumah...di samping minta rawat.

    3. Ayat manzil itu kesannya memang panas pada
    jin...dan semakin panas apabila semakin lama
    jadi amalan harian.

    Ada jin pada peeringkat awal ia tahan...tapi ke-
    mudian semakin kurang daya tahan dan semakin
    menjauh.

    Cuma pada peringkat awal...'tunjuk kebal' itu
    permainan biasa 'psikologi jin' agar kita salah
    sangka ...berputus asa dan berhenti...

    BalasPadam
  24. Mengantuk ketika membaca Manzil itu kesan
    biasa angin bisa atau gangguan jin...tandanya
    jin itu merasa terjejas atau akn terjejas dengan
    amalan tersebut...

    Sebaiknya amal juga amalan sebelas sekurang-
    kurang sekali sehari iaitu Fatihah 11x...Ayat
    Kursi 11x...Al Ikhlas 11x...Al Falaq 11x...An
    Naas 11x.

    4. Saya berpendapat jin luar juga tahu...dan
    amalan itu penting sebagai pengisian diri
    kerana kalau takdirnya jin dalam badan
    dapat dibunuh tapi pengisian diri belum
    cukup...boleh jadi jin dari luar pula akan
    masuk ganti...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  25. As salam tuan,

    Terima kasih atas pencerahan tuan.

    Sebenarny sy ada buat rawatan beberapa bulan lalu. Selepas sy sakit 'gastrik' yg mrrupakan kali ke dua, sy turut mengalami gangguan uzur wanita yg teruk dan bepanjangan melebihi 2 bulan tanpa boleh solat dan mrnyebabkan sy stress agak tinggi. Sy dibawa berubat ke kampong dan perawat ini merawat spt cabut dan buang juga (macam imantheraphy?) Sy tidak dengar apa yg beliau baca cuma beliau buatkan pada air mineral (kata b eliau air paip tidak sesuai buat rawatan). Dari apa yg sy faham ketika melihat rawatan, selepas bscakan pd botol air beliau ambil gambar pada badan botol dgn gunakan tel bimbit dan ditunjukkan gambar yg di zoomkan kpd saya dan memberitahu itu gambar jin yg mengganggu sy dan ketika itu jin tiada dlm badan sy. Masyaallah. Secara peribadi sy rasa ia mampu dilakukan oleh anak adam setelah membaca cerita2 dr blog tuan brkaitan roh, rawan, aura dll.. tambahan pula ikut ksjian air bermineral boleh mrmbentuk imej spt dibsyangkan. Hanya Allah lebih tahu. Apa pandangan tuan?

    Selepas berubat dgn beliau, esoknya darah yang berpanjagan lebih 2 bulan terus berhenti, alhamdulillah sy amat bersyukur pd Allah dan betrima kasih dgn prrawat ini. Perawat ini juga mrmbuat air doa jarak jauh krn sy tinggal jauh di kl. Setelah balik kl sakit belum pulih tetapi sy berhenti mrminta prawat ini membuat air doa kerana terasa sy jadi terlalu bergantung kpd beliau. Kerana itu sy sekarang cuba merawat diri sendiri krn rasa nya itu lebih mrmbuatkan sy lebih zikir pada Allah, Adakah tuan berpendapat sy masih perlu mendapat rawatan dari perawat berbanding melakukan seorg diri? Merawat diri sendiri ini sy tawakal je kerana hendak cari perawat yg serasi bukan mudah. Kerana tu sy berhubung dgn tuan, mudah2 an boleh sy dapat bantuan rujukan , insyallah.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth...sama-sama...

      1. Semuanya boleh jadi atas izin Tuhan...
      malah pasti masih banyak perkaranya yang
      boleh dibuat oleh manusia pada jin.

      2. Sebaik-baiknya sekali sekala tu...minta
      rawat juga...pada yang pakar...

      Adapun pertolongan dari sesama manusia
      itu hakikatnya adalah pertolongan Tuhan
      juga yang IA datangkan melalui manusia
      sebagai adatnya kita makhluk yang hidup
      bermasyarakat...

      Manusia juga sekadar berusaha...namun
      yang melepaskan dari segala kesulitan dan
      kesakitan itu adalah Tuhan...maka tidak
      ada salahnya kita terus minta rawat...
      yang penting hati kita sentiasa berharap
      pada Tuhan di samping terus berusaha.

      Seperti yang dikatakan...berterimakasih
      pada manusia...bersyukur pada Tuhan...

      Insha Allah...saya sekadar beri pendapat
      mudah-mudahan kalau rasanya sesuai
      dapat jadi sedikit panduan pada kita ber-
      sama.

      Wallohu a'lam

      Padam
  26. Assalam..saya hendak tahu tafsir mimpi membunuh ahli sihir lalu ahli sihir itu menyumpah saya selepas 10 tahun pada tempat yang sama ,hari yang sama,masa yang sama dia akan membunuh saya lalu mengalirkan air mata hitam dan mati lesap

    BalasPadam
  27. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia sepertinya mimpi dari sebab gangguan...saya
    berpendapat mimpi itu tidak ada erti atau tafsiran-
    nya...terutama apa yang akan berlaku pada masa
    hadapan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  28. As salam tuan,

    Terima kasih atas maklum balas tuan.

    Memang betul apa yg tuan sebutkan hakikat pertolongan manusia adalah dari Allah. Insyaallah saya akan beramal perlahan-lahan apa yg tuan sebutkan sebelum ini, nak buat sekali gus tak daya diri.

    Terima kasih sekali lagi atas segala panduan dan nasihat tuan, harap tuan sudi menjawab lagi di masa depan sekiranya ada kemusykilan yg timbul di pihak sy.

    Semoga tuan dan keluarga dirahmati Allah taala.

    Wassalam.

    BalasPadam
  29. Wa alaikum salam wbkth cik...amiin...

    ...sama...

    Insha Allah...apa-apa juga persoalan saya akan
    cuba huraikan sekadar mana mampu...dengan
    izin Tuhan...kalau saya tak tahu...mungkin
    saya atau kita sama-sama bertanya pada
    orang yang lebih tahu..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  30. As salam tuan,

    Mohon pandangan. Semlm ketika sy masuk ke bilik tidur, telinga tiba2 berdesing diikuti rasa lain macam, meremang di tangan kiri , kepala dan badan rasa semacam dan hati mula berdebar..sy keluar bilik dan bercakap berkali 2 meminta sesuatu yg menganggu ini keluar dr rumah sy. Sy tidak tidur di rumah sy mlm itu. Di rumah saudara yg sy tumpang tidur, sy membaca manzil dan akhirnya sy muntah,baru tterasa lebih lega. Sy ingin tahu adakah ia telah berjaya msk badan? Atau hanya menganggu dr luar? Jika diluar bolehkah angin bisanya msk badan sy? Dua hari sebelum itu sy rinjiskan air manzil kseluruhan dinding bilik tidur sy, tetapi makluk ini masih boleh ada dlm bilik tidur? Ada kah air manzil yg sy buat srndiri tidak berkesan?

    Ini bukan lah pertama kali sy diganggu begini cuma cara dtg nya berbeza suasana, biasanya lepas muntah badan dah rasa ok. Biasanya juga sebelum gangguan dtg sy dah rasa sesuatu diluar kebiasaan terdpt pd rumah beberapa hari seblmnya. Jika ia berlaku lagi apa sebaiknya tindakan sy?

    Sy juga pernah tidur dirumah saudara di bsndar lain beberapa bulan lalu. Sy baca manzil selepas insyak dan ketika membaca terdengar ketukan diluar ditingkap dan sy mengagak ada sesuatu diluar tingksp. Seblm tidur spt biasa sy baca fatihah, kursi dan 3 qul dan sapu seluruh bdn. Pd jam 1 pgi sy terjaga kerana tangan kiri terasa amat kebas diikuti hati berdebar kencang. Sy bangun dan tidur di tempat lain . Sy telah baca apa yg patut sebelum tidur ttpi ia masih boleh gsnggu tidur sy?

    Mohon pandangan dan nasihat. T kasih.
    Eh



    BalasPadam
  31. wa alaikum salam wbkth cik...

    1. Setahu saya...berdesing itu tandanya ada jin
    sampai dan menyasarkan kepada kita.

    2. Muntah boleh jadi kerana ada jin masuk...
    dan boleh jadi kerana hanya angin bisa jin yang
    masuk badan.

    3. Angin bisa jin boleh tiup dari luar bilk...atau
    dari jarak jauh.

    4. Bilik yang dipagar biasanya akan jadi panas
    dengan izin Tuhan...tapi biasanya akan per-
    lahan-lahan menjadi sejuk bergantung kepada
    beberapa perkara...

    Ia mungkin beberapa hari...minggu dan sebagai-
    nya.

    Boleh jadi pula ada jin yang boleh bertahan
    sekejap-sekejap...atau dalam masa tertentu....
    dan ada juga yang boleh bertahan pada sekali
    dua pagar.

    Maka pagar berulang kali sangat sesuai selagi
    kita rasa belum selesai...dan setiap kali pagar
    itu biasanya tempat tersebut akan bertambah
    panas pada jin.

    5. Sebaiknya sentiasa minum dan kalau perlu
    mandi air doa yang kita buat sendiri...dan
    kalau rasanya belum memadai...sebaiknya
    juga tambah amalan...contohnya ayat Kursi
    11 kali pagi petang dan amalan sebelas
    sekurang-kurangnya setiap malam iaitu...
    fatihah 11 kali...Ayat Kursi 11x...Al Ikhlas 11x
    ...Al Falaq 11x..An naas 11 x secara berterusan.

    6. Gejala kebas dan hati berdebar kencang lebih
    kepada tindakbalas makhluk yang ada dalam
    badan...

    Kita juga perlu ingat...apa juga amalan bacaan
    itu lebih merupakan doa kita kepada Tuhan...
    maka setakat mana termakbul...itu terserah
    pada kehendak Tuhan...yang penting jangan
    putus asa...

    Insha Allah cik ya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum..

    Kongsi ckit. Xpasti kalo cik halima tau pasal makrifat. Stakat ni member2 sy yg amatur bila buat makrifat kesannya mcm org da pro. Sbb sekadar bacaan shj tanya ikhtiar lain kadang2 xcukup sbb energi ayat2 yg dibaca akan tersebar tanpa ada titik fokus. Bagus guna konsep kanta pembesar.

    Pasal renjis air kadang2 pun kurang berkesa. kena tuang air kat tapak tangan dan baling ke dinding@ penjuru bilik. Sbb tempat tu makhluk tu suka.  Bezanya mcm baling guna pasir dan baling guna batu kerikil.

    Kalo agak2 kita rasa makhluk tu ada berdekatan. Baca ayat qursi tiup di tangan pastu baling je kat makhluk tu. Kalo tak dia tak terbakar mmg kira beruntung sangat la dia.

    BalasPadam
  33. Slm tuan UM,
    Apa pndpt tuan,klu org masukkan energi/tenaga dlm d bdn org lain..kmdian org tu ada perisai dan jg kberanian mghadapi musuh jin/manusia.Sehingga dihentikn oleh org yg masukkn td baru lah org itu hilang balik 'power'.Adakah ia ada keraguan pggunaan jin?
    wslm

    BalasPadam
  34. Wa alaikum salam wbkth tuan UM..

    Alhamdulillah...pengetahuan dan petua yang
    sangat berguna...dan harapnya pengetahuan
    ini terbuka kepada saya dan semua pembaca
    ya tuan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  35. As salam tuan2,

    Tuan junied, terima kasih atas pencerahan tuan. Disamping cuba istiqamahkan amalan, Sy memang tidak berhenti berdoa utk penyembuhan penyakit, mudah2an akan sampai masanya juga.

    Tuan UM, terima kasih kerana sudi brrkongsi ilmu. Sy tidak tahu tentang makrifat. Blhkah tuan nyatakan caranya, apa konsep kanta pembesar tu?

    Silapnya sy malam tu kerana terlupa langsung nak baca ayatul kursi ketika kejadian. Sy hanya bercakap shja dgn nada tinggi kerana kepala dah rasa lain macam. Hati rasa marah kerana fikir makhluk ni x de kerja lain ke..tapi sy bersyukur kerana tidak nampak..



    BalasPadam
  36. Sama-sama...dan sama-sama juga kita harapkan
    pencerahan dari Tuan UM...Insha Allah....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  37. Maaf sibuk urus kes colek di kunak..

    Makrifat tu kalo bahasa mudahnya teknik bayangan. Apabila kita istiqomah amal sesuatu ilmu lama2 ilmu itu akan capai tahap kita "ilmu yakin". Apabila telah nampak hasilnya akan jadi "ainul yakin". Lama2 nampak @xnampak tetap akan yakin ilmu tu jadi. Pada tahap tu da jadi "haqqul yakin". Last2 'kamal yakin'.

    Teknik makrifat ni adalah waktu kita doa mohon dgn Allah s.w.t bukan setakat bacaan doa sahaja tapi berserta gambaran dalam fikiran tentang apa yg kita mohon. Beserta dgn keyakinan yg kita mohon tu sudah benar2 terjadi.

    Contohnya kita niat dalam hati nak buat bola api di tapak tangan dengan nur ayat qursi. Waktu kita baca ayat qursi kita gambarkan ada bola api di tangan. Lepas habis baca, hembus di tapak tangan dengan betol2 yakin nur ayat itu membentuk bola api.

    Kalo utk tujuan usir jin setan. Sebelum baca tu mohon pd Allah contoh spt Ya Allah jadikanlah bebola api ditapak tanganku ini dgn nur ayatul qursi. Jadikanlah bola api ini sangat panas, sangat berbisa, sangat tajam kepada bangsa jin&syaitan yg cuba mengangguku.

    Sekadar contoh je..boleh dikembangkan kpd mcm2 teknik rawatan, benteng, jurus pembinasa dll. Persoalannya bukan ayat apa yg dibaca. Tapi keyakinan kita kepada Pemilik ayat itu.

    Panjang sgt kalo nak terang. Ni pun da panjang. Tn juneid pun bole terangkan. Sy rasa dia pun da kuasai teknik ni. Waulahualam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam,

      Tuan UM, terima kasih banyak2 di ats pencerahan tuan, maaf kerana telah curi sedikit masa tuan yg sibuk menangani masalah jenayah negara, mudah2an urusan tuan dimudahkan Allah.

      Setakat yg sy fahami dr pencerahan tuan, rasa2nya sy masih perlukan masa lagi utk jadi berani dan yakin praktikkannya. Mudah2an suatu masa nanti bila keadaan memerlukan, insyaallah.

      Seblm terlupa sy ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak tahun 1435h kpd tuan2 semua, semoga kita semua beroleh keberkatan di dlm bulan yg mulia ini dan dlm bulan2 yg lain. T.kasih.

      Padam
  38. Kalo x berani usik benda2 tu sbb takut serangan balas. Bole amal sunnah 3 Qul tiup sapu satu badan macam yg nabi s.a.w ajar. Sbg amalan benteng pendinding diri. Insyallah benda2 tu takut nak dekat n benda2 yg ada dalam badan akan keluar sendiri sbb kepanasan. Cuma yg xkena gangguan cukup buat sekali sebelum tidur. Tapi yg ada gangguan ikhtiarkan buat tiap kali lepas solat beserta makrifat.

    Makrifat ni sebenarnya ikhtiar utk menambah keyakinan&kusyuk waktu berdoa sbb Allah tak terima doa org lalai& tak yakin denganNya waktu kita berdoa.

    Kalo dlm ilmu psikologi ia juga dikenali sbg teknik imaginasi kreatif.

    BalasPadam
  39. As salam,

    Terima kasih atas pencerahan tuan, insyaallah sy akan amalkan apa yg tuan nyatakan itu.

    Mungkin seblm ini ketika berdoa sy tiada tumpuan sepenuhnya menybbkan kurang yakin dan kusyuk, sy akan cuba praktikkan teknik ini sebaik mungkin, insyaallah.

    T kasih.

    BalasPadam
  40. As salam tuan,bagaimana amalan atau doa untuk mgetahui sumber sihir itu datang? Ataupun kt cuma berserah kpd Allah swt dan beramal untuk pyembuhan diri. Sy pernah tbaca kisah Rasullulah disihir kmdian Allah swt mberi ilham kpd baginda Rasullullah sumber sihir itu.(wallahu'alam).

    BalasPadam
  41. Waalaikumsalam..

    Insyallah jika selalu merawat pesakit..akan Allah kurniakan pelbagai ilham. Bukan sekadar sumber penyakit, malah kaedah yg sesuai utk merawat jenis penyakit tertentu juga akan diilhamkan. Ilham itu akan dtg dgn cara visual atau gerak hati.

    Serahkan diri kepada Allah dan selalulah mohon Allah kurniakan ilham. Insyallah apabila selalu memohon akan dikurniakan juga jika tidak memohon. Dia akan bagi apa yg kita perlukan bukan apa yg kita inginkan.

    Waulahualam..

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/sihir wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, menyebabkan pesakit diserang tidak kira masa. Jika tuan tahu di mana tempat rawatan yang berkesan tolong mesej tel.nombor tempat rawatan kepada saya.Lokasi Bersebelahan Tanah Perkuburan Jalan Lemal Pasir Mas Kel.
    Semoga Allah membalas kebaikkan dengan kebaikkan yang banyak.Amin.

    BalasPadam