Anak perempuan yang sedang bersekolah
di tingkatan 4 itu mengalami gejala seperti
serangan sawan...tiba-tiba pengsan...mata
terbeliak...tubuh kejang serta sesak nafas.
Tak cukup demikan...apabila anaknya itu
Pl makan nasi...pasti ia akan muntah
semula...
Keadaan ini bermula sejak ia pitam dan
jatuh ditangga rumah mereka...
Pihak hospital Ranau telah menghantar-
nya ke Hospital Besar KK.....namun
semua pemeriksaan tidak mengesan
sebarang masalah...tiada tulang patah...
tiada kecederaan otot...tiada kecede-
raan bahagian kepala..malah bahagian
otaknya juga tidak terjejas.
Kerana itu Pl di hantar balik ke hospital
Daerah Ranau walau ternyata Pl terus
mengalami gejala sawan tersebut.
Sudah lima hari Pl di tahan di wad apa-
bila bapanya menelefon minta rawat
anaknya...
Saya keberatan kerana tiada pengala-
man tentang sawan tapi memandang-
kan pihak hospital tidak dapat men-
gesan sebarang punca atau masalah...
saya berpendapat sekurang-kurang-
nya baik juga saya menjenguk dan
pastikan samada saya dapat ikhtiarkan
sesuatu.
Bagi saya semuanya bermula buntu apa-
bila saya merukyah Pl....tidak nampak
sebarang reaksi kecuali sedikit angin
panas keluar dari ubun-ubunnya...
Tapi apabila Pl beritahu ia merasa
semut-semut dalam kepalanya...saya
memintanya menutup mata dan me-
numpukan perhatian pada semut-
semut tersebut...
Dengan izin Tuhan....Pl beritahu....ia
nampak suatu makhluk yang disifat-
kannya bukan manusia sebaliknya
seperti binatang berbulu hitam yang
berjalan merangkak.
Ia dapat merasakan mahluk itu datang
dari sebuah batu hitam berkilat di suatu
tempat yang jauh.
Saya minta Pl membuka mata apabila
ia mula kelihatan ketakutan.
PI beritahu makhluk itu sedang menun-
ggunya di luar pintu wad yang kebetulan
cuma selang satu katil darinya.
Pl beritahu jantungnya berdebar-debar
...kalau begitu...jin itu sudah masuk ke
dalam dadanya...
Saya minta Pl menutup matanya semula
dan menumpukan perhatian.
Dengan izin Tuhan....Pl beritahu.....ia
nampak benda itu duduk di jantungnya.
Saya minta Pl berbisik dalam hati...pergi
kau saya tidak mahu menerima kau...
sambil niat kata pada makhluk tersebut.
Pl menggangguk dan kelihatan ia sedang
menumpukan perhatian.
Tiba-tiba Pl membuka matanya..."kenapa
dia menangis...? Pl bertanya dengan suara
hiba malah ia sendiri kelihatan sangat sedih.
Benda itu sedih kerana tidak sanggup ber-
pisah dengan Pl...dan perasaan jin itu turut
menguasai perasaan Pl kerana kedudukan-
nya dijantung.
" Tapi asal saja benda itu datang...kamu
sakit...kamu suka macam tu ? " saya ber-
tanya.
Pl menggelengkan kepalanya perlahan-
lahan....dan tanpa diminta...Pl menutup
matanya semula.
Tiba-tiba Pl berbisik perlahan-lahan
" lepaskan saya...lepaskan saya..." be-
berapa kali...airmatanya mula mengalir
dari sudut mata.
Saya meminta Pl membuka mata kerana
khuatir ia tidak dapat mengawal perasaan
dalam wad yang penuh pesakit juga
pelawat itu...
" Dia tidak mau lepaskan saya..." Pl me-
nangis...seolah-olah putus asa.
" bairlah...tidak perlu minta lepas...dia
datang pun bukan kena panggil...kita
halau saja dia..."saya sengaja nak naik-
kan semangat Pl...ia mengangguk...
Tapi kemudianya saya mendapati ada
masalah.....biasanya kalau jin pada
jantung saya gunakan kaedah cubit
cabut dari belakang.
Dalam keadaan Pl yang berbaring
lemah dengan saluran oksigen pada
hidung juga glukos pada lengannya
tentu ia agak sukar untuk bangun...
Beberapa bulan lalu saya dapat idea
kaedah sentap angin tapi masih jarang
saya gunakan...rasanya ini masa yang
sangat sesuai untuk menguji teknik ini.
Dengan cara ini...tidak perlu dekat dan
boleh tarik dari arah mana juga.
Tiga kali sentap...Pl beritahu benda itu
tidak ada lagi dijantungnya...
Pl mula menyapu airmatanya....ter-
nyata rasa sedih tadi juga hilang
dengan izin Tuhan...
Pi duduk perlahan-lahan...tiba-tiba ia
senyum..." terang sudah saya nampak
..." katanya perlahan-lahan.
Rupanya gangguan jin itu menyebab-
kan gangguan pada penglihatannya
dan antara kesan utamanya...Pl akan
sibuk dengan diri saja tanpa memper-
dulikan keadaan seekeliling...
Ini adalah salah satu tipudaya jin ter-
sebut untuk memastikan seseorang itu
terus berada dalam genggamannya.
Ketika saya datang tadi pun..Pl tidak
pedulikan...asyik dengan 'hp'nya saja
sehingga ibunya terpaksa mengambil
dan menyimpannya...
Petang kedua...Pl sudah pindah katil
dan sejak petang kelmarin cuma se-
kali sawannya datang...
Ibunya menceritakan malam tadi tiba-
tiba saja Pl memeluknya kerana ke-
takutan...Pl sudah dapat melihat apa-
bila jin itu datang...
Makhluk itu menindih dadanya ke-
mudian memekik dengan ' suara
binatang '...namun pekikan makhluk
itu dapat Pl rasakan seolah-olah ber-
ada didalam kepalanya.
Pl dapa rasakan jin itu masuk dari
tepi kiri atas kepalanya...dan ketika
itu Pl mengalami sawan dan kejang...
...jin itu akan terus ke jantung..dan
ketika itu ia akan mengalami kesu-
karan bernafas juga keadaan degupan
jantung yang tidak normal...
Apabila Pl menutup mata dan men-
umpukan perhatian...ia nampak jin itu
berupa beruk besar itu sedang ber-
gayut ' macam monyet ' pada jantung-
nya.
Kali ini saya letak telunjuk ke baha-
gian kiri kepala dan hadapkan tapak
tangan kiri ke arah jantung...
Saya baca suroh al Kafirun 3 kali
kemudian satu set pernafasan.....Pl
beritahu jin itu tidak ada lagi pada
jantungnya...
Saluran glukos masih dipasang dan
Pl dipuasakan kerana akan muntah
setiap kali ia makan.
Apabila saya minta Pl tumpukan per-
hatian...ada bola angin dalam uluhati-
nya menandakan jin itu dalam proses
membuat sarang disitu.
Setiap kali ia menelan makanan...te-
rasa angin kembung pada uluhatinya
menolak semula kelua r makanan tadi
menyebabkan ia muntah.
Saya gunakan kaedah cubit cabut dari
tulang belakangnya yang bertentangan
dengan uluhati sehingga Pl tidak terasa
lagi bole angin tersebut.
Lusanya saya datang lagi......saluran
oksigen juga glukos sudah dibuka dan
Pl sudah boleh makan seperti biasa
walaupun perutnya masih agak kurang
selesa...dengan izin Tuhan...
Niat saya untuk menjenguk esok hari-
nya tidak kesampaian...apabila bapa
Pl menelefon anaknya sudah dibenar-
kan pulang pada pagi tersebut.
Dari satu segi saya bersyukur kerana
doktor mendapatinya semakin pulih
namun dari satu segi lain...saya tidak
fikir jin itu akan melepaskannya
dengan sebegitu mudah....kecuali
apabila Tuhan menolongnya walau
dari cara mana juga jalan yang di-
kehendakiNYA...
Wallohu a'lam
Mohon kiranya tuan perkongsikan teknik sentap angin disini. Terima kasih
BalasPadamAs salam saudara...
PadamInsha Allah...saya akan terangkan mengenai
teknik ini dalam tajuk besar pada masa-
masa terdekat ini....
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamAda seorg bapa mengatakan anaknya mmg mgalami sawan sejak masih kecil sehingga remaja dan dewasa.Dia juga mgatakn anaknya sawan bermusim iaitu sawan ketika bulan mgembang.Mereka mjadi perbualan di kg kerana rata2 anaknya dari isteri keduanya mempunyai gejala sawan bermusim.
Lelaki yg mgatakn itu sudah meninggal kira2 20 thn yg lepas(sakit tua) manakala isterinya itu masih hidup sehingga kini dan isterinya ini mpunyai sawan pelik iaitu bila bulan mgembang dia akan membentuk nasi yg sudah dimasak seperi 'orang' setelah selesai mgelupur.
Saya berpendapat terdapat jin ilmu atau saka pada lelaki dan isterinya itu dan diwarisi oleh semua anaknya.Apabila proses menurun berlaku satu tindakbalas dlm bdn yg bertentangan dgn khendak individu itu mybabkn terjadi proses sawan. Dlm kes ini, bapa yg mgatakn ini sememangnya mpunyai ilmu turunan dri indon.Wallahualam.Mohon pendapat tuan.
Wslm
Wa alaikum salam wbkth saudara...
Padam1. Antara tanda-tanda gangguan saka
ialah sakit bermusim...apalagi kalau
pada bulan mengembang...
Biasanya gangguan akan bermula bebe-
rapa hari sebelum 15 haribulan bulan
Islam hingga beberapa hari selepasnya.
Saya berpendapat cahaya bulan yang
sejuk memberi kelebihan pada jin...
malah dikatakan jin akan turut serta
dengan hubungan suami isteri jika ia
pada malam 15 haribulan...
Begitu pula...perlakuan-perlakuan aneh
pada waktu itu maka kemungkinannya
sangat besar ia dari gangguan jin...ter-
utama saka...
2. Tanda saka lain adalah penyakit ganjil
yang merebak atau menurun dalam sesu-
tu keluarga...
3. setakat ini...aktiviti agresif jin dalam
otak saya dapati jadi punca sawan jin
kerana biasa juga berlaku seseorang itu
mengalami rasukan badan tapi fikiran
atau perasaan pesakit tidak terjejas...
...dan sebagainya...
Kebanyakan gangguan saka atau sawan
asalnya adalah dari jin ilmu...
Kadang-kadang ia dipuja pada waktu bulan
mengembang...maka jin itu akan terus
datang pada waktu tersebut walaupun
tuan asalnya udah meninggal dunia.
Dalam hal ini maka keluarga arwah ter-
sebut yang mananggung akibat atau jadi
mangsanya...
Wallohua'lam
As salam..
BalasPadamKalau nak mudah sebelum suruh pesakit cari punca penyakit. Bagi dia sebilah pedang makrifat ditangan. Bacakan ayat qursi dan tiup di tapak tangannya dan bagitau dia yg kita dah mohon pada Allah utk bagi dia pedang. Insyallah dia boleh guna kalau ada makhluk yg tiba2 cuba menyerang waktu itu.
W alaikum salam wbkth tuan...
BalasPadamAlhamdulillah...petua yang sangat berguna dan
rasanya tuan...mungkin kita boleh bagi pada
rakan yang pulang dan khuatir ada serangan
ditengah jalan ?
Wallohu a'lam
Pernah juga sy buat begitu tp akibatnya kurang elok. Rakan yg diberi pedang terus sahaja menebas pontianak yg dilihatnya ditengah jalan waktu pulang ke rumahnya. Akibatnya geng pontianak itu buat serangan balas. Bagusnya bagi pinjam sekejap je waktu sesi rawatan. Hanya utk pertahankan diri waktu rawannya mengembara ke alam jin untuk mengesan punca penyakit.
BalasPadamKalau dia berani bagus lg dia sendiri pancung jin yg menjadi punca penyakit tu. Sebab dia akan lebih yakin kerana dia sendiri lihat punca penyakitnya sudah lenyap. Berbanding hanya kita cakap kita dah musnahkan tapi dia tidak nampak. Maka yakinnya kurang sedikit.
Assalam tuan,
BalasPadamApa pendapat tuan jika rawatan dgn kaedah memindahkn jin ke jasad org lain kmdian jasad org lain itu mgelupur.Adakah ianya dianggap sawan jin jika jasad yg ditumpangkn mgalami sawan pd masa akan dtg?mohon pcerahan juga dr mana2 rakan.
Wslm
Seeloknya jangan diamal kaedah rawatan yg sebegitu. Jangan menyeksa org lain yg tidak ada kena mengena. Perbuatan yg dengan sengaja memasukkan jin dalam badan org lain adalah ditegah dalam islam. Begitu juga kaedah rawatan memindahkan penyakit ke dalam makhluk hidup lain spt katak, ayam dan sebagainya kerana ia suatu bentuk penyeksaan. Sudah semestinya kita akan diazab jika Allah tidak mengampunkannya.
BalasPadamSlm tuan UM,
PadamApa pdpt tuan jika ppindahan jin ke tubuh org lain dpersetujui oleh org tsbt dgn tujuan dakwah.Adakah cara ini betul?
Wslm..
BalasPadamMatlamat tidak pernah menghalalkan cara. Kita tidak dituntut berdakwah kpd makhluk halus. Tapi kalau itu sahaja cara yg diketahui..dan cara lain tak berkesan. Susah mau ckp.
As salam tuan-tuan...
BalasPadamSaya pernah kenal seorang perawat dari Filipina
dan cara perubatannya ialah dengan memindah-
kan penyakit seseorang pada ayam atau kalau
sakitnya lebih teruk...pada kambing.
Pantangnya...binatang itu hendaklah dibiar bebas
dan tidak boleh dimakan lagi...
Biasanya binatang itu akan' jatuh' sakit serta merta
contohnya ada seekor ayan jantan...tubuhnya ber-
ubah menjadi kebiru-biruan...
...malah tak kurang ada yang mati sakit selepas
beberapa hari....atau beberapa minggu...
Memang nyata ia menyeksa malah boleh mem-
bunuh...
Saya berpendapat manusia kalau jadi tempat
pindah juga akan menghadapi risiko sama dan
sengaja memasukkan jin ke dalam diri sama
seperti menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.
Biasanya jin itu samada akan jadi lemah...atau
akhirnya dapat 'memakan' diri orang itu dalam
jangka masa panjang...boleh jadi pula jin itu
balik kepada badan asalnya...dan sebagainya.
Wallohu a'lam