Tidak mungkin akan ada harimau yang
duduk hanya tiga puluh kaki daripada
pagar hospital Daerah Ranau...
...tapi itulah yang dilihat oleh seorang
jurual wanita pada suatu senja...dan ia
ceritakan ketika singgah di gerai salah
seorang adik saya.
Senja esoknya kami sekeluarga singgah
di gerai dan adik saya ceritakan pada saya
mengenainya.
Jam 7 lebih malam...kami pulang....dan
nampaknya ada 'sesuatu' yang ikut pulang
...pasti makhluk itu dari tadinya 'pasang
telinga'.
Ketika salah seorang ahli keluarga me-
nutup jendela belakang yang menghadap ke
arah kebun pisang...tiba-tiba ia dikejutkan
oleh kehadiran sepasang mata merah me-
nyala dalam kegelapan di luar...
....sedangkan jendela itu hampir 15 kaki
tingginya dari aras tanah...
Tentu saja empunya mata itu 'sejenis
makhluk' yang boleh melayang atas angin.
Tiga hari kemudiannya...salah seorang ahli
keluarga lain mengadu badannya dari paras
pinggang ke atas rasa kurang selesa dan
agak panas...
Apabila saya merukyahnya berserta per-
nafasan....dalam keadaan menutup mata
mata tiba-tiba ia melihat seekor harimau
berbelang hitam sebesar lembu melangkah
masuk ke dalam bilik.
Namun baru separuh badan masuk...
makhluk itu berpusing dan keluar semula.
Satu-satunya laluan masuk dari belakang
rumah adalah kaki lima yang tingginya 15
kaki dari tanah.
Pada kebiasaannya....yang demikian itu
menunjukkan gangguan itu ada kaitan
dengannya....malah mungkin angin bisa
makhluk itulah yang masuk badan ahli
keluarga tadi.
Saya gunakan kaedah rejam jantung be-
berapa kali dan niat sasarkan pada
harimau tersebut...
...dengan izin Tuhan...ia merasa lebih lega
dan pulih...
Nota
1. Harimau biasa tak akan sampai ke tempat
ini kerana hospital daerah kedudukannya
yang jauh dari hutan....juga di kelilngi oleh
kawasan-kawasan kampung...
...tapi yang pernah sampai ke tempat ini ada-
lah ahli-ahli silat kebatinan...kerana di sinilah
letaknya masjid daerah pertama di Ranau
serta menjadi tempat pembukaan gelanggang-
gelanggang yang paling awal .
2. Sebenarnya bukan rahsia lagi...beberapa
orang kalangan keluarga-keluarga tua yang
berpendamping jin harimau..malah ada yang
sudah jadi saka kepada anak cucu mereka...
...manakala...termasuk jin harimau di atas se-
pertinya masih sedang mencari tuan...atau
sedang mencari badan tinggal...
3. Salah seorang perempuan yang mendapat
jin saka harimau sehingga kini dengan umurnya
yang semakin meningkat....ternyata ' dihalang
jodohnya' oleh jin tersebut yang juga jin jantan.
Adakalanya ia mengamuk atau menjerit-jerit
malah mencakar dirinya sendiri...apabila jin
itu datang dan memeperlihatkan dirinya.
4. Sebenarnya bukan suatu kemestian....atau
syarat utama...bahawa jin itu hanya akan men-
cari keturunan tuannya sahaja...malah jin itu
boleh memilih sesiapa juga jadi tuan baharu
atau jadi mangsa rasukannya...
Maka siapa pun kita...walau tidak ada keturun-
an pembela jin...masih berisiko mendapat atau
dirasuki jin saka orang lain secara 'percuma'...
tak payah buang tenaga cari...malah mungkin
tanpa pengetahuan kita sendiri.
Ilmu pendinding dan rawatan bagi gangguan jin
bukanlah ilmu dulu-dulu...atau ilmu zaman
moden...tapi ia adalah ilmu dan keperluan se-
panjang zaman....dan terbukti...
...kini...semakin banyak 'penyakit' yang di luar
jangkauan perubatan dan pengetahuan hospital.
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan