Setelah merukyah lebih kurang 10 minit...
rakan itu mengesahkan anak remaja per-
puan tuan rumah itu tiada gangguan.
Tapi apabila saya bertanya beberapa soalan
saya yakin...remaja itu sebenarnya ada
gangguan.
Saya tidak 'scan'...tapi saya membuat kesim-
pulan dari gejala yang dialaminya...iaitu ia
sering merasa pening tanpa sebab munasabah
dan ianya tidak ada sebarang masalah kesihatan.
'Scan' biasa disebut 'scan' semasa...iaitu meng-
san kehadiran jin atau angin bisa jin semasa di-
'scan'.
Ada beberapa sebab jin tidak dapat dikesan
ketika 'scan' semasa...iaitu mungkin jin itu
lari...atau bersembunyi dalam badan...atau
'perisainya' kuat...atau mungkin pula masih
sedikit angin bisanya...hingga tak terkesan..
dan sebagainya...
Maka 'scan' gejala adalah penting...malah tanpa
'scan' semasa pun...kita dapat mengenalpasti
adanya gangguan jin dengan hanya berdasarkan
kepada 'scan' gejala.
Untuk tujuan ini...berbagai 'scan' gejala dalam
blog ini...dan lebih-lebih lagi pada blog rahsia
nampak jin samada yang bertajuk tanda-tanda
gangguan atau tanda-tanda ada saka dan se-
bagainya...
Saya harap rakan-rakan pembaca dapat mema-
afaatkan serba sedikit perkongsian di blog-
blog ini...
Satu contoh pentingnya 'scan' gejala adalah pada
seorang pakcik yang mengalami rasukan...
Beberapa orang perawat dengan 'scan' semasa-
nya mengesahkan tiada gangguan...malah dikata-
kan hanya sekadar halusinasi semata-mata...
( walaupun dari cerita anaknya...amat nyata ia
gangguan seperti tubuh lemah jadi kuat...per-
cakapan lemah tak teratur jadi tinggi sangat petah
dan ia bercakap tentang perkara yang tak pernah
ia katakan sebelum ini...dan sebagainya...)
Akhirnya....pakcik itu lebih yakin kepada bomoh
cina...
Nota
1. Perkara lain berkaitan gangguan pada tuan
rumah di atas...mereka selalu nampak bayang
hitam berlari turun tangga...
Seorang anak buah mereka pernah melihat lelaki
berserban jubah dalam rumah itu...maka salah
satu perhatian utama adalah kemungkinan gangg-
guan pada remaja itu ada kaitan dengan jin ilmu
tersebut...kerana biasa terjadi gangguan sedemi-
kian.
2. Bapa remaja tersebut pernah belajar jurus juga
silat kebatinan...maka kemungkinan besar jin ber-
serban jubah itu jin ilmu berkaitan...
Banyak perkara yang kita tidak tahu...lebih-lebih
lagi kerana benda-benda ini adalah di luar jangka-
uan pancaindera kasar kita....
...tapi dari segi perubatan semua perkara ini perlu
kita ambil perhatian akan kemungkinannya...
Wallohu a'lam
As salam tuan,
BalasPadamJika sesorg perawat membuat 'scanning' keatas pesakit, adakah jin yg mganggu perawat itu bole 'pindah' walaupun suda dibuat benteng ayat kursi d
pada pesakit itu?mohon pencerahan dr rakan2 juga
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamBoleh jadi ya...boleh jadi tidak...namun
apabila perawat lebih bersedia...mem-
buat jin itu lemah atau menjauh...
kemungkinannya bertambah kurang.
Atau mungkin pesakit juga mempunyai
perisai sendiri...boleh diganggu jin saka-
nya tapi sukar ditembusi jin luar...
Wallohu a'lam
Assalamu'alaikum warahmatullah Tuan Junied,
BalasPadamMoga-moga tuan sekeluarga dalam limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah swt.
Saya nak tanya, kakak sulong sy sudah berumur dalam 39, tapi masih belum berkahwin. Cuma saya baru tahu, dia ada berhubungan dgn seorag askar, dah lama, dan askar ni suami org. Dan saya paling terkejut bila dapat tahu yang askar ni selalu minta duit daripada kakak saya, mmg selalu tak cukup duit je kakak saya tu, dan selalu pinjam dgn adik beradik yang lain. Saya cuma syak yang kakak saya tu telah dianiaya sebab waktu ayah saya meninggal pun, adik saya ada baca sms dari henfon kakak saya ni, sms dari askar tu minta duit nak belanja kawan dia. Mohon Tuan kalau dapat berikan kaedah yang boleh saya usahakan (ruqyah ke, secara pernafasan ke) untuk menghapuskan gangguan dari askar tu. Saya rasa kasihan sgt dekat kakak saya tu. Jazakallahu khoiyr. Mudah-mudahan Allah swt hapuskan yang batil dan menangkan yang haq. Saya pernah sms askar ni, tapi dia tak balas langsung.
Wa alaikum salam wbkth abufawwaz...
BalasPadamAmiin...semoga kita semua terpelihara dalam
kehidupan dunia akhirat...dalam rahmat kasih
sayang Tuhan...
Saya minta maaf af ya...kalau saya kata memang
orang perempuan ini biasanya kalau sudah suka...
setianya dan kasih sayangnya boleh sampai ke-
suatu tahap yang luar duga bagi kita kaum lelaki.
Apalagi bagi seorang lelaki yang bergelar suami
tentu banyak pengalaman..atau ia tahu bagaimana
hendak memikat hati seseorang lain...
Maka pengorbanan sebesar manapun yang ia
lakukan...tak semestinya kerana terkena sihir
( tapi tak pula mustahil pula kena sihir ).
Agar kita mendapat serba sedikit panduan tin-
dakan seterusnya...lebih baik kakak itu di-
scan terutama pada bahagian kepala dan
dadanya....
Cara paling mudah...letak hujung jari telun-
juk ke ubun-ubunnya dan buat satu set per-
nafasan...kalau ada tindakbalas sekurang-
kurangnya ia rasa pening...atau lebih-lebih
lagi berat...sakit dan sebagainya...maka
tandanya ada angin bisa dan gangguan pada
fikirannya...
Lekap tapak tangan di belakangnya bertentan-
gan dengan jantung dan buat satu set pernafasan
...kalau ia rasa berdebar-debar...maka ada angin
bisa atau gangguan pada perasaannya...
Ini 'scan' paling asas...
Kalau ia sering merasa sakit pada bahagian
bawah perutnya pula...mungkin ia pernah ter-
makan benda sihir...
Gejala sehariannya pula...sering rasa bingung
...sering melamun...sangat pelupa...resah
gelisah tanpa sebab...dan sebagainya....
Rawatannya bagi air doa seperti Manzil atau
yasin yang dibaca ayat sihir 41 kali Sekiranya
ada tanda sihir...
Seperkara lagi...kadang-kadang sekiranya ada
gangguan pun tak juga semestinya disihir...
kadang-kadang ia gangguan yang sedia ada
dalam badan seseorang maka ia menjadi lemah
dalam mengawal perasaannya sendiri...
Kalau rukyah...boleh juga guna manzil...dan
kalau garam bukit...campur pada air doa untuk
minumannya...
Selain itu sertakan juga cara biasa iaitu mungkin
nasihat atau perbincangan (perkongsian) dengan-
nya apa juga yang kakak itu sedang hadapi...
kerana dengan merasa ada sokongan...biasanya
seseorang itu akan dapat berfikir lebih terbuka
dan merasa lebih berlapang dada...Insha Allah.
Wallohu a'lam
Alhamdulillah, tsummalhamdulillah.
PadamJazakallahu khoirol jaza kepada Tuan Junied di atas penerangan dan pertolongan yang diberikan. Moga Allah swt membalasnya dengan segala limpahan rahmat dan kebaikan kepada tuan sekeluarga.
Asalamualaikum tuan junied,
BalasPadamBole bgtau ayat-ayat sihir itu?Mcm mane nak scan klu kt tak sentuh,Ada cara lain ke?
Terima kaseh.
Dekatkan tapak tangan dlm jarak 1 inci dari permukaan kulit pun bole. Insyallah pernah dicuba.
BalasPadamWa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamSatu caranya...baca Ayat kursi pada tapak tangan
dan dekatkan ke kulit atau bahagian yang hendak
di 'scan'...
Atau luruskan jari telunjuk ke arah bahagian yang
hendak di 'scan'...dan baca ayat Seribu Dinar 3
kali...
....mungkin juga bergantung kepada amalan dengan
izin Tuhan...jarak 'sasaran' daripada jari telunjuk
mungkin boleh berkesan dalam jaraksatu dua kaki.
Cara lain...pesakit buat 3 Qul pernafasan...dan dari
tindakbalasnya boleh diketahui kemungkinan bentuk
dan sasaran gangguannya...
Terima kasih atas perkongsian tuan UM...
a'lam