Nafsu itu...boleh buat engkau tersungkur
sujud kepadanya...
Tapi nafsu itu...juga boleh membuat engkau
tersungkur sujud kepada Tuhanmu...
Iaitu...
Nafsu itu boleh menguasaimu....sehingga
engkau memperturutkan segala kehendak-
nya semata-mata dan lupa kepadaTuhan-
mu...
..tapi nafsu itu juga boleh buat engkau ter-
sungkur sujud kepada Tuhanmu.....iaitu
apabila engkau tahu bahawa hanya Tuhan
yang berkuasa memberikan kepadamu
berbagai kelebihan dunia yang dituntut
oleh nafsumu...
Adapun tandanya ialah.....engkau tidak
ikhlas dalam beribadah kepada Tuhanmu
dan ibadah itu engkau tinggalkan...apa-
bila engkau telah yakin...bahawa Tuhan
tidak akan memberikan apa yang menjadi
tuntutan nafsumu...
Wallohu a'lam
Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (Surah Fussilat, ayat 31-32).
BalasPadamAssalamu'alaikum warahmatullah Tuan Junied.
BalasPadamMoga2 tuan Junied dan ahli keluarga, serta tuan-tuan guru yang berkongsi ilmu dalam blog ini, serta para pembacanya sentiasa berada dalam limpahan keberkatan dan rahmat Allah swt.
Saya nak tanya, berkenaan cara pernafasan. Saya mohon pencerahan, semasa buat latihan 3 al-Fatihah senafas, tarik nafas sambil kembangkan perut, atau kembangkan dada..? Sebab ada dengar dua cara berikut yang betul untuk cara bernafas.
Dan Alhamdulillah, saya dah dapat faham macam mana hentak dada semasa tahan nafas. Terus terasa ada tenaga yang disalurkan ke tapak tangan..
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamAlhamdulillah...terima kasih atas perkongsiannya
semoga bermanafaat untuk kita semua dunia
Akhirat...Insha Allah...
Adapun kedua-dua cara pernafasan itu betul...
kalau tarik nafas kembang perut namanya per-
nafasan perut...tapi saya tidak amal cara ini.
Saya buat pernafasan dada...iaitu kalau tarik
nafas kembangkan sambil naikkan dada ke-
atas...dada...perut pula mengempis...dan
apabila lepaskan...dada kita turun dan
'kendurkan'...
Masing-masing cara pernafasan ini ada ke-
lebihannya...dan antara bezanya...pernafasan
dada...kekuatan kita didada...pernafasan perut
kekuatan kita diperut...
Tenaga ditangan boleh buat serangan atau
'bedah angin bisa'...tangkap atau tarik angin
bisa juga jin sekadar mana izin Tuhan...
Wallohu a'lam
Alhamdulillah, tsummalhamdulillah..
BalasPadamTerima kasih banyak tuan Junied di atas pencerahan ilmu nya. Jazakallahu khoiyr. Barakallahu fikum..
Alhamdulillah...sama-sama...
BalasPadamjazakallohu khoir...