Sabtu, 22 Mac 2014

Panas Kerana Sihir...

5.20 petang...Tiba-tiba  sahaja  sepupu saya 
Zn merasa dadanya panas membahang.

Tengahari tadi ia terserempak dengan bomoh
yang   pernah   memaksanya   berubat   pada
bomoh   tersebut  beberapa  bulan  lalu...dan
jelas dari  airmukanya...bomoh  itu  kelihatan
marah kepadanya.

Apabila  Zn menutup mata dan menumpukan
perhatian...ia melihat bomoh itu bersama se-
orang lagi bomoh wanita yang juga dikenali-
nya.

Di hadapan mereka ada sebiji buah labu....

Pada tangkainya dicucuk dengan dua batang
jarum...dan  kesannya...Zn  terasa  lehernya
gatal menyebabkan ia batuk tak henti-henti.

Biasanya saya guna kaedah cubit cabut...tapi
kali ini saya gunakan kaedah sentap angin...

Lima kali sentap...kedua-dua batang jarum itu 
lesap dan batuknya mula reda.

Apabila Zn menumpukan perhatian pada buah
labu itu...ia dapat melihat lebih daripada dua
puluh batang jarum dicucuk padanya...

Ini yang menyebabkan dada Zn menjadi panas
membahang...

" boleh  juga  cabut jarum tu..tapi akan makan
masa  yang  lama."  tiba-tiba  Zn memberitahu
saya.

Saya  tidak  pasti samada bomoh itu yang ber-
itahu  Zn  atau  Zn  merasa berputus asa...tapi
seperti  biasa...saya   'tak pakai'  kata-kata se-
begitu...

Kali  ini  saya  buat lima kali sentap angin...dan
dengan  izin Tuhan...semua  batang jarum terse-
but tercabut dari buah itu.

Kemudian saya buat peletup jin sekali berserta
Ayat 1 hingga 10 as Soffat...

Dengan izin Tuhan...buah labu itu terbelah dua
dan tak dapat guna lagi untuk jadi alat sihir.

Apabila  saya lekapkan tangan pada pada be-
lakang Zn...saya dapat merasakan bahagian ter-
sebut panas membahang.

Apabila Zn menumpukan perhatian...ia dapat
melihat bola angin yang penuh dengan batang-
batang jarum berpusar dalam dadanya.

Saya  gunakan  kaedah  sentap angin dan cubit
cabut beberapa kali...Zn beritahu...bola angin
dan jarum itu tidak ada lagi...dan panas dada-
nya semakin berkurang.

Kemudian saya merukyahnya dengan Fatihah
...Ayat Kursi...Al Ikhlas...ayat Seribu Dinar
bererta pernafasan dan zikir.

Panas dadanya hilang...tapi kedua biji mata-
nya pula menjadi panas.

Saya  beri  ia  air  doa...dan  gunakan sentap 
angin dari atas kepalanya...dengan izin Tuhan
panas matanya itu hilang.

Zn  beritahu  kedua-dua bomoh itu memberi
isyarat  amaran  dengan jari akan menyerang 
semula.

Apabila Zn menumpukan perhatian...ia dapat
melihat pendamping bomoh wanita itu berupa 
seorang lelaki tua agak hitam dan bertengkolok.

Tidak pula kelihatan khadam bomoh lelaki itu
yang berupa seorang lelaki tampan berserban
jubah putih.

Saya  menyerang jin itu dengan jala...Zn beri-
tahu...jin   itu   semakin  menjauh...kemudian
pada  kedua-dua   bomoh   tersebut  dengan 
kaedah rejam jantung...dan mereka juga sem-
akin menjauh...

Jam 7 malam...Zn menghantar 'sms'...ia men-
dengar suara mencabarnya bertarung.

Saya memintanya berzikir dan jangan dilayan
suara tersebut...kemudian saya membuat be-
berapa kali serangan rejam jantung.

Harapnya gangguan itu selesai untuk malam
ini...sehingga jam 12 lebih sekarang...tidak
ada lagi 'sms'nya...dengan izin Tuhan...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan