Isnin, 24 Jun 2013

Sakit Jantung Biasa Atau Gangguan ?

Jantung sering berdebar-debar...sesak nafas
hingga hilang selera makan juga tidak dapat 
tidur siang malam kerana semput...sentiasa
rasa letih lesu...

...menurut doktor...ia adalah dari sebab ada-
nya sumbatan darah beku pada satu saluran 
darah kejantungnya...

Baru satu malam ditahan dalam wad...diberi
ubat untuk mencairkan sumbatan tersebut
serta bantuan pernafasan ( oksigen ) ternyata
esok paginya pakcik itu lebih sihat...dan
mudah bernafas serta berselera semula...

Wajahnya lebih ceria...dan lebih bertenaga
dari sebelumnya...

Pakcik itu sudah dua tiga minggu terlantar
sakit di rumah tapi ia tidak mahu ke hospital.

Ia berubat dengan bomoh jin...sihatnya cuma
empat hari sebelum sakit semula...dan juga
telah berjumpa seorang ustaz...

Menurut ustaz tersebut...ada 3 ekor jin jenis
terbang mengekori ke mana saja pakcik itu
pergi...dan itulah punca utama gangguannya.

Namun sakit pakcik itu tidak juga sembuh...

Setelah rasa terdesak..barulah ia mahu ke-
hospital dan ternyata...dengan izin Tuhan
cepat sembuhnya...

Saya berpendapat...memang sakit pakcik
itu cuma berkaitan rawatan hospital...
lebih-lebih lagi...doktor ada penjelasan
tentang gejala sakitnya...juga rawatannya
sangat berkesan...

Namun ketika saya berpaling untuk keluar
dari wad...saya sempat melihat jari tengah
tangan kiri pakcik yang ketika itu sedang
tidur lena berehat bergerak seperti terkejut.

Cuma jari tengah itu yang bergerak kuat...
manakala jari-jari lain langsung tidak ter-
gerak sebagaimana biasanya...

Ia adalah 'laluan masuk popular' jin untuk
masuk ke bahagian dada...

Pendapat saya sedikit berubah iaitu pakcik
itu juga perlu rawatan gangguan jin...di-
samping rawatan hospital...

Keputusan 'x-ray' juga menunjukkan jantung
dan hati pakcik itu membengkak...dan
doktor belum pasti akan puncanya...

...namun pada pemeriksaan darah yang di-
katakan boleh mengesan lebih dari seratus
jenis penyakit dalam badan ( klinik swasta 
dengan kos rm250 )  menunjukkan...tidak 
ada sebarang masalah atau sakit pada pakcik
tersebut...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Salam tuan Juined, saya menghidap banyak penyakit secara tiba2 sejak saya berumur 21 tahun sehingga skrng 31tahun. saya begitu yakin masalah saya ini bukan penyakit biasa. Kalau tuan tidak keberatan, saya mau berubat dgn tuan. awonyfx@gmail.com (ranau)

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth awony...

    Saya bukan perawat bertauliah...pun saya tidak
    tau samada saya dapat ikhtiarkan sesuatu
    untuk awony...tapi kalau awony tidak keberatan
    saya berminat untuk tau apa yang awony alami.

    Insha Allah...saya akan hubungi awony pada
    alamat emailnya...

    BalasPadam