Ketika saya merukyahnya...ia terlelap...
matanya terbuka tutup dengan cepat...
genggaman tangan kanannya juga ter-
buka tutup...sehingga saya sangkakan
ianya akan kerasukan...
Ketika itu juga ia merasa dirinya sedang
duduk di atas katil dalam bilik di rumah
lama yang sudah lama ia tinggalkan...
...namun ia merasa...dirinya ' bukan
dirinya '...ia mendapati rambutnya
panjang mengurai...dan ia tidak dapat
menahan diri...ia ketawa mengilai...
Dengan izin Tuhan...semua itu cuma
berlaku dalam lelapnya...
Keadaan seperti ini biasanya menunjuk-
kan...bahawa seseorang itu sedang di-
dampingi jin...dan dalam kes ini...jin ter-
sebut adalah 'seekor' jin betina yang
biasanya kita istilahkan sebagai
'pontianak'...
Ada juga berlaku seseorang itu masih
sedar ketika dirukyah...tapi tanpa dapat
dikawal...ia merasa dirinya menggilai
dengan kuat...
Ini juga menunjukkan kehadiran jin dalam
badannya...dan salah satu daripada jenis
rasukan iaitu rasukan perasaan...
Selain itu pernah berlaku seseorang merasa
dirinya seorang perempuan tua...atau suatu
makhluk besar berbulu...
Wallohu a'lam
3 Nota
1. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu
sedang dirukyah...sedang marah...sedang
melamun...dalam mimpi dan sebagainya...
iaitu bergantung kepada jenis dan
kesebatian gangguan...
2. Apabila anda dapat merasakan 'diri anda
orang lain'...ia juga biasanya menunjukan
serba sedikit atau banyak...ada gangguan
jin pada fikiran atau perasaan anda dalam
menjalani hidup sehari-hari...
...iaitu anda akan dipengaruhi oleh perangai
' orang lain ' ( jin ) tersebut...
...dan gejala ' paling popular ' adalah kurang
dapat mengawal perasaan marah...atau rasa
takut tak kena tempat...
3. Marasa diri ' orang lain ' adalah tanda sese-
orang itu didampingi jin...dan biasanya ia ada-
lah jin saka...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan