Ketika rakan itu sedang tidur nyenyak...
jari-jari tangan kanannya bergerak-gerak.
Biasanya gejala gangguan semasa tidur
sedemikian menunjukkan dalam tangan
tersebut ada jin atau angin bisa jin...dan
mungkin ada laluan keluar masuk jin ke-
dalam badan...
Dengan menggunakan zikir dan pernafasan
saya membuat isyarat pancung ke tangan
tersebut...dan ' ternyata berjaya '...
Tangan dari hujung jari ke pergelangannya
menggelepar seperti ' orang kesakitan '...
namun rakan itu terus tidur nyenyak...
Setelah tangan itu ' tenang '...ia mula ber-
gerak-gerak seperti tadinya...dan saya
' pancung ' lagi.....dan menggelepar lagi...
kemudian bergerak-gerak..dan menggelepar
lagi...
Begitulah berlaku berulang kali sampai ' naik
boring ' pula saya dibuatnya...
' Pancungan ' tersebut dengan izin Tuhan...ter-
nyata tak buat jin tersebut ' serik '...
Saya titikkan air doa pada mulut rakan tadi
kemudian sapu pada tangan tersebut...
Rakan itu bergerak sedikit kemudian nyenyak
semula...kali ini tangannya tidak bergerak-gerak
lagi...dan tidak ada sebarang tindakbalas pada
'pancungan '...
5 Nota
1. Gejala jari-jari tangan atau kaki bergerak-
gerak semasa tidur biasanya menunjukkan
seseorang itu ada gangguan atau didampingi
jin...
..dan kemungkinann besarnya ia adalah jin
saka...
2. Jari atau anggota yang bergerak-gerak itu...
biasanya ada laluan keluar masuk jin...dan ia
adalah sejenis rasukan anggota...
Kadang-kadang kita boleh dapati ada jari-
jari tertentu saja yang bergerak atau aktif...
iaitu tandanya ia menjadi laluan utama...
3. Biasanya jin apabila merasa takut atau ter-
desak...ia akan lari dan bersembunyi pada
bahagian anggota yang ada laluannya...iaitu
pada tangan...atau kaki.
4. Kadang-kadang jin itu akan lari dan diam
pada jari atau hujung jari kaki atau tangan...
Anda boleh merasakan ia seperti semut-semut
...benda halus bergerak...panas atau berat...
dan sebagainya...
5. Ada rakan-rakan yang terlibat dalam operasi
di Lahad Datu memberitahu...ia pernah melihat
mayat pengganas yang sudah mati kaku...tapi
sebelah tangannya masih menggelepar...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan