Isnin, 25 Februari 2013

...JIN ISLAM YANG ' BAIK '...

1. Jin  itu  suruh  tuan  dan  keluarganya  jaga 
solat dan selalu membaca Qur'an tapi...

...jin itu menghalang mereka dengan meracuni 
makanan minuman dalam rumah dengan bisa-
nya agar mereka rasa berat ( letih lesu ) untuk
solat dan baca Qur'an...

2. Jin itu melarang mereka amalkan Ayat Kursi
kerana ayat itu panas boleh menyebabkan
sakit...lebih baik belajar mentera orang tua-tua
yang lebih mujarab...

3.Jin itu menyakiti tuan juga keluarganya...
kemudian ia memberitahu ia adalah sihir dari
jiran...

..mula-mula jiran depan rumah...kemudian be-
lakang rumah...kemudian kanan dan kiri rumah
maka tuan rumah dan keluarga sentiasa ber-
sangka buruk pada jiran sekeliling...

4. Jin itu menyakiti mereka lalu memberitahu
ia ulah penunggu itu dan ini...

..kemudian menyuruh sembelih binatang...dan
semangat binatang yang mati itu akan bawa
pergi bala juga segala gangguan...( bukan ajaran
Islam dan binatang jadi bangkai kerana tidak
di sembelih kerana Allah...)

5. Jin itu beritahu...jin adalah makhluk jahat...
dan ia sendiri bukan jin...

6. Jin itu mengajar tuan serta keluarganya su-
paya selalu meminta tolong kepada Allah...

...dan ia adalah pengantara yang menyampai-
kan niat tersebut...

7. Jin itu mengajarkan...ia juga berkuasa...dan
kadang-kadang ia menempatkan diri sebagai
Tuhan...boleh memanjang dan memendekkan
umur orang....

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

15 ulasan:

  1. Assalamualaikum..

    jin islam ke jin kafir ke, asalkan nak bersahabat dgn manusia tu maknanya dia mmg jahat. berdamping dgn jin kafir neraka lah balasannya. berdamping dgn jin islam maka habis segala pahala amalan kita diambilnya.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth SIRNA PURNAMA...

    Saya bersetuju dengan SP...

    Saya sudah mengkajinya...dan saya suka
    membuat kesimpulan...jin yang mendampingi
    manusia itu...biasanya samada jin kafir...atau
    jin Munafik saja...

    Terima kasih atas perkongsiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam tuan. Adakah jin yg merasuk/mendamping manusia tapi mengaku Islam, yang sebenarnya memang bukan Islam hanya tipu daya sahaja? Bolehkah pagar org yg jauh dgn ayat kursi dan bagaimana? terimaksih, salam.- hisham

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth saudara....

    1. Ia biasanya jin munafik atau jin kafir...dan pengakuan
    Islam itu biasanya adalah tipudaya agar kita sangka ia
    baik dan redha menerimanya...maka kita mudah diperdaya
    dan dipergunakannya...

    Ada juga sedikit kes...ia jin fasik...tapi biasanya ia akan
    jadi munafik dan menyesatkan...

    2. Bergantung kepada amalan...dan sekurang-kurangnya
    baca Ayat Kursi sebelum berdoa memohonkan perlindungan
    untuknya...

    Dan lebih baik lagi...amalan ayat Kursi jadi amalan biasa
    dan sehari-hari...

    Dan lebih baik lagi...memohon keampunan pada diri dan
    ibubapa kemudian guru serta sekelian orang Islam...
    kemudian memohon perlindungan untuk diri...sekelian
    orang Islam dan khususnya pada yang kita inginkan.

    Jadikan amalan doa ini amalan seharian...In-shaa Allah
    doa kita akan lebih besar pengaruhnya...iaitu kita selalu
    bardoa...untuk diri....ibubapa...dan sekelian saudara
    seagama...( doa lebih berkat...In-shaa Allah...)

    ...dan lebih baik pula ia juga jadi amalan biasa orang
    yang kita maksudkan...

    ( Doa adalah sebaik-baik senjata orang Mukmin...kerana
    doa boleh mengubah takdir setakat mana izin Tuhan dan sangat bermanafaat untuk perkara-perkara yang akan
    berlaku...In-shaa Allah).

    Saya masih ingat...ketika umur belasan saya jadikan
    ayat Kursi amalan tetap lepas solat...keluar rumah...
    sebelum tidur dan ketika akan pergi kemana-mana...

    Suatu ketika atas sesuatu urusan saya masuk ke-
    kawasan rumah jiran kaya yang ada 2 ekor anjing
    dari Eropah setinggi pinggang...tiba-tiba salah se-
    ekor darinya tiba-tiba 'meragam'...

    Saya sedang mengangkat sesuatu barang dengan
    kedua belah tangan...dan tidak dapat berbuat apa-apa
    ketika anjing tersebut menerkam...namun ada
    sesuatu menghalangnya...iaitu pasangan anjing
    itu sendiri...

    Sebaik saja anjing itu mula menerkam...serta merta
    pasangan anjing tersebut menerpanya menolak ketepi.

    Ia belaku beberapa kali...sehingga anjing tersebut ter-
    henti...dan telintas pada hati saya...ia berkat amalan
    ayat Kursi...Wallohu a'lam...

    Dan tentunya lebih banyak cara lain...tapi ini adalah
    cara paling asas dan In-shaa Allah semoga Tuhan
    sentiasa melindungi kita semua...

    Apabila Tuhan berkehendak melindungi dan membantu
    kita...maka pertolongan itu akan dari mana juga...

    Wallohu a'lam


    BalasPadam
  5. org biasa / baru nak belajar boleh ke nak join belajar di IT? ader aper2 syarat?

    BalasPadam
  6. Salam abra76...

    Blog ini adalah terbuka untuk sesiapa juga yang
    mahu memanafaatkannya...samada ia ahli
    IT atau lain-lain...atau baca sekadar nak tahu...
    Insya Allah...

    Saya sekadar ahli biasa IT dan menulis secara
    bebas juga persendirian...dan Alhamdulillah
    saya memanafaatkan serba sedikit kelebihan
    yang ada pada amalan IT...

    Kalau nak ambil ijazah IT...silalah buka blognya
    ya...boleh hubungi Guru Utama Yb ( Yang
    Berbahagia ) Ustaz Abdullah Muhammad...

    Terima kasih atas perhatiannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Salam Tuan, masih terlalu banyak blog2 yang dipaparkan di internet menyakinkan orang(pembaca) bahawa kepenggunaan JIN ini masih lagi perlu untuk mengatasi permasalahan yang sukar dengan alasan Nabi Sulaiman dan Iskandar Zulkarnain pun menggunakan JIN pada masa dahulu SEDANGKAN Allah SWT sudah melarang umat manusia bersahabat dan meminta bantuan dengan mahluk itu dalam kalamNya. Apa pandangan Tuan?

    BalasPadam
  8. Bagi saya, saya hanya merujuk kepada Al-Quran,Hadis dan Sunnah Nabi sahaja jika terdapat persoalan, namun ada sesetengah individu menolak 3 perkara ini kerana mengatakan ilmu dan rahsia Allah SWT terlalu luas. Betul lah kata-kata imam Shafiee.."saya mampu berbicara dengan 10 orang yang beriman namun kalah dengan 1 orang yang tidak berilmu.
    Satu persoalan saya di sini tuan, benarkah wujud satu golongan/makhluk sebelum ciptaan Jin dan Manusia yang disebut AL-HIN?

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Nabi Allah Sulaiman as itu seorang Rasul...dan
    Iskandar Zulkarnain yang diceritakan itu...yang
    diceritakan kisahnya dalam Qur'an dan hadis
    sekurang-kurangnya pun...kalau bukan seorang
    nabi atau rasul...ia seorang Wali Allah...sehingga
    ia disebut dalam Qur'an dan hadis....

    ...dan yang pasti mereka terjaga secara khusus
    dari Allah...dan mereka ada pengetahuan...
    atau kelebihan khusus...atau kekuatan khusus
    sehingga jin tidak dapat memudarat dan
    memperdayakan mereka...

    ...dan kita yang serba lemah dan keliru...apa pula kelayakannya ?

    DAN BAHAWASANYA ADA BEBERAPA ORANG
    LAKI-LAKI DI ANTARA MANUSIA MEMINTA
    PERLINDUNGAN KEPADA JIN...MAKA JIN ITU
    TIDAK MENAMBAH BAGI MEREKA SELAIN DOSA
    DAN KESALAHAN...AL JIN AYAT 6.

    Saya pernah terbaca buku mengenai makhluk-
    makhluk sebelum jin dan manusia...iaitu terutama-
    nya sebaik sahaja bumi ini boleh menampung
    dan sesuai untuk sesuatu hidupan selain dari
    tumbuh-tumbuhan...

    Setakat yang saya fahami...memang ianya ada
    cuma saya tidak ingat tentang nama atau
    panggilan kepada makhluk-makhluk tersebut...

    Ada yang berfungsi meratakan tumbuh-tumbuhan
    atas muka bumi...dan ada yang khusus untuk
    beribadah kepada Allah semata-mata...dan
    sebagainya...

    ...dan setakat yang saya fahami...setelah adanya
    jin...makhluk-makhluk tersebut sudah 'pupus'
    atau mati...( selain dari binatang )

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. Asalamualikum wtb tuan,

    1. Bagaimana menghalau Jin yang mengaku islam, yang sudah tinggal lama di rumah sendiri?
    2. Jin jenis apakah yang sukar "lari" dari rumah dan seringkali menampakkan diri terutamanya bila ada ahli keluarga bergambar?

    Terima Kasih Tuan.

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    1.Renjis 4 penjuru tiap ruang rumah dengan air
    manzil atau Yasin 'berbisa'...

    ...dan dari penjuru ke penjuru...baca ayat Kursi
    satu kali...

    Kalau masih ada tambah renjisan air serta cara
    diatas kerana setiap tambahan Insha Allah akan
    menjadikan tempat itu semakin panas bagi jin...

    Sentiasa amal Yasin berbisa atau manzil...setiap
    hari...dan sebaiknya juga Tahajjud secara tetap.

    2. Ia sudah jadi jin saka...ia jin ilmu...biasanya
    jin munafik...dan pastikan kalau tahu laluan masuk
    nya maka renjis air pada laluan tersebut...

    ...dan 'scan' dan kalau perlu rawat orang yang sering
    nampak...atau sering didampingi dalam gambar...

    Kalau guna kaedah tenaga dalam...maka jin itu
    boleh diserang secara langsung...Insha Allah...

    Jadikan air doa minuman biasa ahli dalam rumah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Secara umumnya...

    ...apabila jin keluar masuk atau tinggal dalam
    rumah...penting pastikan tiada tangkal...
    patung...benda-benda antik atau lama yang
    diragui dan sebagainya tinggal dalam rumah...

    Kemudian jangan dipasang muzik-muzik tidak
    halal...dan elakkan perkara-perkara atau
    perbuatan yang melalaikan...disamping...pasti-
    kan anda tidak amal atau simpan benda ber-
    jin...

    Pasang rakaman rukyah setiap malam atau lebih
    baik sekali sekala pada siangnya juga...kecuali
    kalau anda dapati jin itu ada jadual masuk atau
    sampai dalam rumah...maka pastikan rakaman
    juga dipasang pada masa tersebut...

    Antara juga yang perlu dielakkan adalah patung
    selain patung permainan budak kerana apa
    juga jenis patung yang dilayan 'mulia' biasa-
    nya juga akan menarik jin masuk ke dalam
    rumah...walau ia sekadar patung hadiah...

    Setiap kali menutup jendela atau pintu dalam
    atau pintu utama...pastikan sentiasa baca
    Bismillah...

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya..
    Pasir mas.

    BalasPadam