Jumaat, 1 Februari 2013

...Guru Utama Aku...

Iaitu Yang Berbahagia Ustaz Muhammad....

Suatu pagi lebih 12 tahun lalu...si ibu yang
sedang duduk di tengah-tengah ruang tamu 
itu tiba-tiba dirasuki oleh jin 'syeikh'nya...
iaitu jin yang menampilkan kan diri berserban 
jubah dan mengaku Islam.

Ia mula tersengih-sengih tak tentu pasal dan
segera membuat isyarat dengan jarinya meng-
ajak 'perang' pada Mus...saya...kemudian 
pada ustaz...

Saya  faham  benar  perangai syeikh tersebut
yang bukan hanya sekadar bijak berkata-
kata penuh hikmah campur loyar buruk...
malah sudah beberapa kali saya menyaksi-
kan ia perang jurus dengan Mus yang juga 
rakan seperguruan ( tapi sudah ada 7 pergu-
ruannya...)

Kadang-kadang ia berlangsung sampai be-
berapa jam lamanya sebelum jin itu keluar.

Syeikh itu beria-ia benar nak ajak ustaz 'ber-
perang'...tapi saya perhatikan ustaz masih 
duduk diam dikerusi tanpa sebarang tanda
akan menyerang...namun ustaz merenung-
nya dengan pandangan tajam...

Ini kali barulah jin itu jumpa dengan lawan-
nya yang sebenar...

Saya mengalihkan pandangan kepada si ibu...
dan mulanya saya tidak percaya...tapi apabila 
saya perhatikan benar..saya pasti si ibu sudah
pulih sepenuhnya dan mengambil sendiri air 
doa di hadapannya...

...eh...gitu-gitu saja...tiada perang ka ?...
bisik hati saya...

Kempunan nampaknya saya yang sejak awal
tadi lagi menjangkakan akan melihat serangan
jurus-jurus kencang dari ustaz...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan