Ahad, 24 Februari 2013

24 Tanda Saka Orang Mati...

Iaitu apabila seseorang yang ada saka itu
meninggal dunia...kerap berlaku...jin
yang menjadi sakanya akan berpindah
kepada orang lain...

...terutama pada kalangan ahli keluarga 
atau orang yang rapat dengannya..atau 
sesiapa saja boleh jadi pilihan jin tersebut.

Maka antara tanda ia berpindah kepada
anda...iaitu terutamanya sebaik tuannya
itu meninggal dunia...

1. Anda mula mengalami perkara ganjil
seperti melihat...dan mendengar benda
atau suara benda halus ( Jin )...dan men-
galami kejadian-kejadian ganjil...

2. Anda merasa kehadiran si mati dekat
anda atau dalam bilik...atau dalam rumah
anda...

3. Anda mula merasa ada sesuatu yang
yang tidak kelihatan mendampingi atau
mengekori anda...

4 Anda mula merasa pening tanpa
sebab munasabah....dan mungkin pula
mula sakit kepala tanpa sebab muna-
sabah...

5. Anda mula merasa lesu tanpa sebab
munasabah...

6. Anda merasa seperti ada beban berat
pada bahagian tengkuk atau bahu anda...

7. Anda mula bermimpi aneh atau buruk.

8. Anda mula merasa takut tanpa sebab
munasabah...

9. Anda mula mengalami rasukan jin...

10. Anda mula rasa sedih tanpa sebab
munasabah...

11. Anda rindu 'macam nak gila' pada
si mati...sedangkan pada pendapat anda 
ia tak sepatutnya berlaku...

12. Anda sering merasa ingin ke kubur
si mati tanpa sebab munasabah...

13. Anda mula merasa bingung tanpa
sebab munasabah...

14. Anda mula jatuh sakit...terutama
sakitnya sama seperti gejala sakit si 
mati...

15. Anda mula jadi panas baran tanpa
sebab munasabah...

16. Anda mula takut pada orang ramai
atau pada seseorang tanpa sebab 
munasabah...

17. Anda mula merasa benci pada se-
seorang tanpa sebab munasabah...

18. Anda mula rasa ingin menyendiri
pada tempat yang sunyi...atau gelap
atau sebagainya...

19. Anda mula merasa berat untuk solat
...membaca Qur'an...gelisah mendengar
azan...

20. Anda mula merasa ada benda ber-
gerak dalam badan...

21. Anda mula merasa gejala panas 
badan tanpa sebab munasabah...

22. Anda mula tidak dapat tidur...atau
sentiasa gelisah di waktu malam...

23. Anda mula merasa ada 'makhluk
lain' dalam bilik tidur anda...

24. Anda selalu mimpi orang yang mati
tersebut...

...dan sebagainya..

Biasanya jin itu akan mencari badan
baharu sebaik badan tumpang asal-
nya meninggal...

...namun ada juga kejadiannya...jin
mencari keturunan tuannya setelah
berpuluh tahun tuannya meninggal...

Anda yang ada saka asal pastinya
menjadi pilihan utama...kerana
pada anda sudah ada laluan juga 
penempatan...

Wallohu a'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan