Ahad, 24 Februari 2013

3N...Laluan Jin Pada Jari...

Apabila saya meluruskan jari telunjuk
ke arah hujung jari tengah tangan kanan 
ibu itu...ia beritahu ada rasa panas serta 
semut-semut pada hujung jarinya...

Saya niat alirkan aura dari jari telunjuk
dan ibu itu memberitahu rasa panas
tadi mula meresap masuk ke dalam 
lengannya...

Kepanasan itu perlahan-lahan  men-
jalar naik ke bahu...dan saya terus
mengawasinya...

Aura dari jari tadi sedang menyusuri
laluan jin dari jari si ibu...dan akhir-
nya ia sampai kepada tempat tujuan
jin tersebut iaitu bahagian dada...

Tiba-tiba si ibu merasakan ada benda
bulat muncul ditengah-tengah dada-
nya...

Benda bulat itu menyumbat pernafasan
si ibu...dan ibu itu mula kelihatan sukar
bernafas...

Ibu itu menarik dan melepas nafasnya
dengan penuh kepayahan...matanya
semakin kecil seperti akan pitam dan
saya pasti...ibu itu akan rebah...

Ia bermaksud ada laluan jin pada 
jari tengah tangan kanan si ibu...dan
ia menuju ke bahagian dadanya...

Saya minta ibu bersandar ke tiang
dan saya gunakan kaedah cubit cabut
menarik jin juga angin bisanya keluar
dari dada melalui hujung jarinya tadi...

Tiga empat kali cabut...pernafasan
si ibu itu mula kelihatan normal...dan
matanya kelihatan segar semula...

Benda bulat tadi juga sudah hilang
dengan izin Tuhan...

3 Nota...

1. Di atas adalah salah satu cara mudah
mengesan laluan dan penempatan jin
dalam badan...

2. Salah satu laluan untuk menarik jin atau 
angin bisanya keluar dari badan adalah 
melalui jalan masuknya...

3. Ada orang yang boleh mengeluarkan
jin dari badan hanya dalam masa beberapa 
saat atau minit...dengan izin Tuhan...

...tapi cabaran sebenar dalam rawatan ini
adalah untuk menghalang jin itu masuk
semula...terutama kalau masih ada sisa
angin bisanya dalam badan...

Kerana itu sakit yang berulang adalah
perkara biasa iaitu apabila jin itu atau
'gengnya' dapat masuk semula ke dalam
badan...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan