Khamis, 21 Februari 2013

3N...Laluan Jin Pada Rusuk ?

Baru beberapa minit sahaja saya merukyahnya 
berserta pernafasan...Tini beritahu ada cacing
besar di bawah kulitnya...

Cacing itu melintang dari sepanjang bawah 
dada kiri ke bahagian bawah dada kanannya.

Bahagian tersebut kelihatan kembung meman-
jang...

Tentu saja ianya bukan cacing biasa...kerana
Tini baru saja merasa kehadirannya setelah
dirukyah...

...dan rasanya mustahil cacing yang garis pusat
tubuhnya lebih kurang seinci dan panjangnya
hampir sekaki tiba-tiba boleh berada di dalam
tubuh manusia....

Tini beritahu ia merasa ada satu lubang pada
tepi bawah bahagian bawah rusuk kirinya...

Dengan izin Tuhan apabila saya menarik
cacing tersebut keluar melaluinya...bahagian
bawah dada Tini yang bengkak serta merta
menjadi kempis dan normal....

Tini beritahu nafasnya menjadi lapang...

Mungkin kehadiran  cacing yang selari
dengan urat berkaitan pernafasan di bahagian
bawah dada itu tanpa Tini sedari menjadi-
kan nafasnya terasa sempit sebelumnya...

3 Nota

1. Lubang pada rusuk kiri itu adalah lubang
secara rohani...yang boleh menjadi laluan
keluar masuk jin ke dalam badan....

2. Ada pendapat yang mengatakan sunat
melekapkan tapak tangan pada tepi rusuk
kiri semasa solat...( pendapat sebahagian
ulama...)

Dan pada sebuah buku ( saya lupa tajuk-
nya...pada tahun 80 an ) menyebutkan...
pada bahagian rusuk kiri itu ada ruang
kosong yang boleh dimasuki jin...( tapi 
ia tidak ada menyebutkan kehadiran 
sebarang laluan atau lubang padanya...)

( Melekapkan tapak tangan itu pada per-
kiraan saya lebih kurang seperti kita me-
nutup 'lubangnya'...)

Dengan meletak tapak tangan di situ...jin
akan terhalang dari mengganggu atau 
memasukinya semasa kita solat....

3. Saya pernah juga terbaca mengenai
seorang lelaki yang sering terganggu
semasa solatnya...

..kerana ia sering  mendengar suara perem-
puan bercakap dalam rusuk kirinya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan