Semasa berjalan kaki pulang dari terawih di-
surau...jam 10 malam tanpa lampu...waktu
malam gelap...
Tiba-tiba budak lelaki yang turut sama mem-
beritahu...ada lembaga putih sedang duduk
di atas dahan kayu ara...kakinya juga putih
panjang...tapi saya tidak tahu maksudnya
samada ia nampak kaki makhluk tu yang
putih panjang atau sekadar pakaiannya yang
panjang berjuntai...
Saya pandang ke atas...saya tidak nampak
benda yang ia katakan tapi saya percaya
budak itu berkata benar...
Ketika kami berada betul-betul di bawah
kayu ara tersebut...sambil terus melangkah...
saya mula mencarut dan mencaci 'secukup
rasa' pada lembaga berpakaian putih tersebut.
Setelah melewati pokok ara itu saya bertanya
pada budak tadi...budak itu beritahu lembaga
itu masih duduk di situ.....tiada nampak
sebarang reaksi gerakan atau lainnya...
Saya sebenarnya sekadar menguji samada
cacian dan celaan boleh buat benda itu ber-
tindak...namun ianya 'jin sabar' agaknya...atau
tiada 'mood' nak 'cari gaduh'...
Sebelum ini di luar bulan puasa seorang budak
lain pernah memberitahu saya perkara yang
sama cuma ketika itu dahan tempat duduknya
lebih rendah...
Tanpa beritahu budak tadi....saya guna per-
nafasan dan gerak pancung...tapi saya tidak
sasarkan pada tubuh lembaga tersebut...hanya
sekadar pada 'dahan' tempat bertenggeknya...
Budak itu beritahu.......ia nampak tiba-tiba
lembaga tersebut jatuh...betul-betul ke atas
jalanraya kemudiannya hilang dari pandangan.
Bagaimanapun secara umumnya...kerana men-
caci...atau kerana sekadar cakap besar.....
anda akhirnya mungkin terpaksa menghadapi
serangan jin...maka sebaiknya anda elakkan...
samada anda nampak atau tidak adanya jin....
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan