Sabtu, 4 Ogos 2012

Rahsia Bomoh Handalan ?

Bayangkan...baru saja anda duduk...dan belum 
sempat buka mulut...tiba-tiba bomoh itu kata
...tak payahlah cu bagitau...tok dah tau cu 
akan datang ke sini dengan hajat 'begitu begini'.


...dan semua yang bomoh itu kata benar belaka
tak kah melopong dibuatnya...?


...bagaimana ia boleh terjadi...?


Sebahagian orang kata...jin itu (termasuk jin si 
bomoh) boleh mendengar walau pada suatu 
jarak yang sangat jauh maka jin itu akan beritahu 
pada tuannya......wallohu a'lam...


Sekadar yang saya faham..apabila kita menyebut 
tentang sesuatu tempat yang ada jin...
atau mengenai jin yang menempati suatu tempat


...atau bomoh yang guna jin...atau jin yang 
mendampingi si bomoh...dan sebagainya...


...maka ketika itu perhatian kita pada perkara 
yang berkaitan tersebut akan menghasilkan suatu 
kesan tenaga yang sampai kepada tempat atau 
jin yang kita maksudkan...


Maka jin itu atau jin yang ada pada tempat itu 
akan nampak atau mengesan tenaga tersebut...


...dan tahulah 'ia'...ada manusia yang berkata 
sesuatu yang ada kaitan dengannya...


Lalu sepantas kilat jin itu akan menyusuri kesan 
tenaga tersebut hingga ke puncanya...iaitu kita.


Si jin pun memasang telinga......dan kemudian 
pulang serta memberitahu tuannya...samada 
secara berdepan....berbisik...mendatangkan 
'ilham'...atau sebagainya...


Maka tak hairan kalau bomoh itu tahu...kerana 
'spy mat jinnya' dah buat laporan lengkap....


Ini termasuklah...walau anda tak pernah jumpa 
sibomoh...atau tidak tahu di mana tempatnya
kerana apabila anda maksudkan yang demikian
...tenaga dari anda itu pasti sampai kepadanya.


...iaitu  tenaga  yang  anda hasilkan  itu  akan 
'mencari' sendiri kedudukannya...


Dari satu segi lain....jin itu tidaklah sehandal 
mana...kerana tanpa tenaga yang anda hasil-
kan itu...jin  tersebut  tidak  akan  tahu ada 
manusia  yang  bercakap  mengenainya atau 
mengenai tuannya...


Kesan  tenaga  dari perhatian kita itu adalah 
daripada kekuatan ruh kita sendiri...


Seorang rakan berpengalaman memberikan 
caranya agar jin tidak dapat mendengar apa 
yang  kita ucapkan......iaitu  baca  Fatihah 
sebelum bercakap dan niat doa minta Tuhan
lindungi daripada didengari oleh jin....


Pernah seorang rakan lain memberitahu saya
...sudah ada beberapa orang ahli keluarganya 
yang  mati  walaupun  sudah  mengeluarkan 
perbelanjaan ribuan  ringgit  sebagai  kos 
rawatan dari  xxx...


...tapi...tiba-tiba  rakan  itu terdiam takut...
ia  beritahu  dapat  merasakan  ada  jin  yang 
datang dari xxx dan sedang memasang telinga 
untuk mendengar apa yang ia katakan...


...sedangkan xxx itu  dari tempat jauh...dan 
rakan  itu  sendiri tidak tahu di mana xxx itu 
sedang berada...


Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan