Seorang ibu menceritakan.....baru 4 hari berhenti
'jadual bulanannya'...sudah beberapa kali tiba-tiba
ia merasa ada bayi dalam perutnya...
Terasa sangat tangan menolak...malah kaki bayi
itu menendang dinding perutnya...
Saya meminta ibu itu menutup mata sambil men-
umpukan perhatian ke bahagian dalam perutnya.
Saya membaca Fatihah...Ayat kursi dan zikir
Allah berserta beberapa kali pernafasan...
Hampir seminit kemudian...ibu itu memberitahu
...ia nampak satu benda seperti bola cahaya ber-
warna putih dalam perutnya...
Saya memintanya terus menumpukan perhatian
dan saya membuat beberapa set pernafasan lagi.
Ibu itu memberitahu ada sesuatu dalam bola
putih tersebut...bukan bayi...tapi seekor
kumbang hitam...
Pada dinding perutnya pula ibu itu nampak
satu lapisan cahaya berwarna merah...
Olah kerana tidak ada benda lainnya lagi....saya
mula mencari laluan masuk makhluk tersebut
ke dalam perutnya...
Saya menghalakan tapak tangan ke hujung jari
kakinya dan membuat beberapa set pernafasan.
Ibu itu beritahu ibu jari kaki kirinya terasa
panas...dan apabila saya meletakkan hujung
jari telunjuk kehujung jari tersebut dan membuat
satu pernafasan...ia merasa ada laluan darinya
terus ke bola dalam perutnya tadi...
Saya menarik bola itu keluar dari hujung jari ter-
sebut menggunakan kaedah cubit cabut...tiba-tiba
itu merasa sakit pada lututnya...agaknya benda
itu 'tersangkut' atau cuba bertahan...
Saya menariknya. lagi ...sambil membaca ayat
Afahasibtum...dengan izin Tuhan...sakit itu
hilang...
Apabila saya meminta ibu itu menumpukan
semula perhatian ke perutnya...tidak ada lagi
bola juga kumbang hitam.....tapi masih ada
lapisan warna merah pada dinding perutnya.
Ibu itu juga merasa ada angin kembang kuncup
pada perutnya itu...dan saya cuba menariknya
lagi tapi kali ini melalui tulang belakang yang
bertentangan dengan perut.
Biasa terjadi gangguan pada perut itu asalnya
dari tulang belakang...iaitu jin buat penempatan
padanya......maka paling sesuai ia ditarik keluar
terus dari bahagian tulang tersebut...
Saya bekalkan ibu itu garam bukit rukyah untuk
guna makan secubit juga rendam kaki dan pada
malamnya itu banyak anginnya (angin bisa) keluar.
Saya baru juga mula gunakan garam bukit dan
masih sedang mengkaji keberkesanannya dalam
perubatan gangguan...setakat ini saya dapati ada
kelebihannya berbanding air doa semata-mata....
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan