Khamis, 22 Mac 2012

Di Ufuk Timur (45)...Kehebatan Doa...

Seorang  rakan  bertanya...kalau  segalanya yang akan
berlaku  itu sudah Tuhan tentukan...maka untuk apa la-
gi kita berdoa...

Jawabku...kerana segala ketentuan itu masih boleh ber-
ubah dan diubah dengan doa...

Menurut riwayatnya...segala perkara yang akan berlaku
itu telah tercatat di langit ke tujuh ( dalam Luh Mahfuz )
maka selagi setiap catatan itu belum dikeluarkan dan di-
perintah Tuhan kepada malaikat untuk melaksanakan-
nya...maka selagi itu ia masih boleh berubah dan diubah
dengan ketentuan Tuhan...

Tapi apabila Tuhan telah perintahkan malaikat untuk me-
laksanakannya....maka  tak  akan  ada sesiapa lagi yang
akan mampu mengubahnya...

Itu  yang  disebutkan...berdoalah kamu...kerana doa itu
bermanafaat untuk perkara-perkara yang akan berlaku.

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Assalam'kum

    Subhanallah. Kata-kata ingatan dan nasihat yang saudara catatkan selama seminggu ini sungguh memberi kesan kepada diri saya. Insyallah.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth TF...

    Alhamdulillah...ia sebenarnya peringatan
    untuk diri...tapi saya berharap agar ra-
    kan pembaca di mana juga dapat manafaat
    darinya...Insya Allah..

    BalasPadam