Sudah beberapa hari ibu itu sakit-sakit badannya tanpa
sebarang sebab yang jelas...dan lebih-lebih lagi pada
bahagian tengah-tengah dadanya yang sakitnya terasa
berdenyut-denyut terutama pada waktu malam...
Ketika ia masuk ke dalam pejabat...jelas ia sedang me-
nahan kesakitan...
Saya meminta ibu yang juga rakan sekerja itu menutup
matanya...dan menumpukan perhatian ke bahagian ten-
gah dada yang sakit kemudian saya mula merukyahnya.
Baru 3 kali baca Fatihah..ibu itu memberitahu ia terna-
mpak sepohon kayu yang besar tapi ia tak tahu tempat-
nya dimana kerana ia diliputi oleh awan....
Tak lama kemudian...pokok itu bergerak semakin ham-
pir dan ternyata bentuknya berubah seperti seekor ulat
hijau yang besar...
Saya terus merukyahnya dan meminta ibu itu terus me-
merhatikan ulat tadi...tiba-tiba ia brubah bentuk...dan
sangat jelas... ia adalah suatu makhluk lelaki aneh...
badannya berwarna hijau...kulinya licin seperti kulit ka-
tak...dengan kepalanya tirus dan panjang ke atas...
Saya bertanya pada ibu itu kalau ia dapat merasakan
asal usul makhluk tersebut...tapi ia tak dapat merasa-
kannya...cuma ibu itu memberitahu makhluk itu bera-
da di dalam bahagian tengah dadanya yang sakit....
Saya meneruskan rukyah...dan perlahan-lahan makh-
luk itu kelihatan semakin jauh...dan akhirnya hilang...
Apabila ibu itu membuka matanya...ia memegang ba-
hagian dadanya yang sakit tadi sambil menarik nafas-
nya beberapa kali...tak terasa lagi sakitnya...dengan
izin Tuhan...
Esoknya ibu itu memberitahu...apabila ia meminum air
doa itu pada malamnya...tiba-tiba dadanya sakit semu-
la...tapi tak lama kemudian sakit itu hilang...badannya
berpeluh banyak dan sejuk...
Agaknya mungkin makhluk itu cuba masuk dan berta-
han...dan itulah biasanya yang kita hadapi apabila jin
dalam badan sudah keluar...ia mungkin akan cuba ma-
suk semula...
Ibu itu memberitahu ia berpantang makan pisang untuk
sementara kerana ia dapat merasakan dada dan bad-
annya akan sakit kalau memakannya...
Wallohu a'lam
Salam saudara Junied,
BalasPadamSaya ada membaca ayat manzil malam tadi. lepas 3x baca berturut2, badan saya jadi lemah, berat & sangat mengantuk sedangkan sebelum tu ok je. Perut bawah kanan saya juga sakit berdenyut2 kuat dan dada saya rasa berat. Saya terpaksa baring untuk melegakan sakit dada. Kemudian, sakit hilang tapi saya dapat rasa badan sakit2. malam tadi saya tidur, saya kerap terjaga sebab rasa jantung seperti ditusuk, dan rasa kepala saya seperti diketuk. malam tadi juga saya ada mimpi bayi (mungkin sebab saya terlalu fikirkan untuk dapat anak) dan ternampak kakak ipar yg mengandung. saya tergerak nak baca semula ayat manzil lepas rasa lengan kiri lenguh & berat dan boleh rasa pergerakan jin (berdenyut2 dari lengan pergi ke belakang belikat). jantung juga rasa denyutan ganjil selain dari denyutan jantung saya sendiri. saya nak pergi berubat lagi tapi keadaan tak mengizinkan sebab suami saya tiada untuk teman. bila suami saya datang kl, dan nak buat appointment, ustaz tu pula ada urusan. saudara junied boleh ke scan dari jarak jauh?
Wa alaikum salam wbkth Puan...
BalasPadam1. Badan berat dan lemah...angin bisa pada seluruh
badan...atau kalau rasa ada benda berat dibahu atau
di belakang...tandanya ada jin duduk bertenggek...
2. Sangat mengantuk tanda ada angin bisa agak
padat pada bahagian kepala...
3. Perut kanan mungkin ada bendanya tinggal di situ...
4. Dada rasa berat tanda ada angin bisa pada bahagian
dada...
5. Badan sakit itu pada bahagian ada angin-angin bisa
jin...
6. Jantung rasa sakit dicucuk...juga ada denyutan lain
tandanya ada bendanya ( jin ) di situ...
7. Kepala diketuk itu boleh jadi gangguan pada bahagian
otak semasa tidur atau benar-benar dipukul dari luar
oleh jin yang mengganggu...
8. Denyutan dari lengan itu tanda ada laluan dari lengan
ke belikat...
...dan sebagainya...
Jangan lupa ya..buat air Manzil iaitu letak air di depan
semasa membaca Ayat Manzil...kalau boleh biar nafas
sampai ke air semasa membacanya..
Sementara belum dapat jumpa ustaz...puan guna air
tersebut untuk minum...mandi dan renjis 4 penjuru
bilik...pantangkan sementara pisang...telur ayam
juga daging binatang 4 kaki sehingga rasa lebih
sihat..In-shaa Allah...
Keadaan bertambah baik apabila tindakbalas semasa
membaca Ayat Manzil semakin kurang...juga
gangguan terasa semakin kurang....
Wallohu a'lam
Terima kasih saudara..
BalasPadamsaya juga ada bermimpi malam tadi lelaki yg pernah saya kenali memandang tajam ke arah saya sambil menghisap rokok. dan saya bole hidu asap rokok tersebut antara sedar dan tak sedar. saya taknak berprasangka buruk dekat org lain, mungkin ada jin yang menyamar menyerupai dia. gangguan agak kuat datang balik kebelakangan ni. dah 3 malam saya pasang ayat rukyah sebelum tidur (dengar guna earphone) tetapi tak lama selepas tu mesti anak buah saya yang masih bayi menangis secara tiba2 (dia dah tidur ketika itu). jadi saya terpaksa tutup dan dia berhenti menangis selepas itu dan kembali tidur. saya tak tau ianya kebetulan atau ada benda yang pergi mengganggu anak buah saya supaya saya berhenti dengar rukyah. saya pun taknak mengganggu kakak & suami dia yang terpaksa berjaga malam dan runsing bila anak dia mula menangis secara tiba2 dengan kuat. betis kiri saya juga rasa seperti ada benda mengeram dari minggu lepas.
lagi satu saudara, bila kadang2 ada rasa nak muntah masa mula nak solat, dan atas rumah dengar bunyi perabot bising bergerak2, apakah maksudnya itu. bila nak tidur pun, ada bunyi perabot diseret2. tuan rumah atas kata mereka dah tidur, lagipun buat ape seret perabot malam2 kata mereka. baru2 ni juga, saya naik lif dengan kakak saya. kakak saya tutup hidung, tapi saya tertanya kenapa tutup hidung sedangkan saya bau minyak wangi dalam lif tu. kakak saya kata mana ada wangi, bau air sampah adalah. pelik juga, esoknya saya naik lif tu baru saya dapat bau air sampah tersebut. memang busuk, yg peliknya macamana saya bau wangi sangat pada hari sebelumnya. adakah itu bauan 'mereka'?
Tentang makanan tu, patutla saya rasa badan mencucuk2 bila makan daging dan telur. saya juga teringat2 makanan tu walaupun baru selesai makan. lagi satu, bila lenguh2 tangan kiri, saya ada sapukan krim losyen halia yang panas tapi kesan yang saya dapat ialah rasa mencucuk yang kuat dan juga rasa berdenyut2 yang kuat. adakah jin rasa sakit bila saya losyen tu? kalau dulu bila lenguh, saya sapu selalunya akan rasa lega skit tapi ni lagi bertambah sakit.
InsyaAllah saudara,saya akan cuba buat air manzil pula lepas ni. terima kasih atas perkongsian.
Sama-sama miss...
BalasPadam1. Betul pendapat miss...cuma dari segi perubatan...
miss perlu berhati-hati dengan lelaki tersebut...
2. Boleh jadi caranya jin itu supaya miss tutup
rukyah...tapi dari segi lain...bayi itu samada mudah
diganggu atau memang sudah ada gangguannya
dan ia bertindakbalas...
Sebaiknya beri juga bayi itu kalau minum susu
tambahan....campurkan sedikit air Manzil...juga
sapu sedikit muka...serta renjis air Manzil pada
4 penjuru biliknya...dan kalau dapat dirukyah
serba sedikit dan selalu lebih baik...
3. Sapu juga betis tersebut dengan air manzil...
kerana mungkin ada ' bendanya ' di situ...
4. Rasa nak muntah itu positif...ertinya solat
itu menjejaskan pengganggu...In-shaa Allah...
5. Miss boleh dengar kerana miss ada gangguan
tapi ada kemungkinan di atas itu juga ada
gangguannya...iaitu rumah itu ada jin tinggal
sama...
6. Samada miss terbau mereka atau angin bisa
buat miss terbau air sampah itu wangi...
....agaknya bagi jin bau busuk bagi kita itu wangi
bagi mereka...
7. ...dan nampaknya ' mereka ' gemar makanan
itu...
8. Biasanya itu tanda meraka kesakitan...dan ada
kemungkinannya sebelum itu ' kubu ' mereka
masih kuat dan sudah pecah...
...atau losyen tersebut...atau tangan miss ada
' bisa ' dari sebab amalan manzil juga lain-lain
yang menyebabkan jin tersebut kesakitan...
...dan sebagainya...
In-shaa Allah miss...sama-sama...semoga Tuhan
sentiasa mempermudahkan segala urusan kita...
Kalau mampu...buat sunat Taubat...Sunat Hajat...
dan Witir setiap lepas isya...sebelum tidur malam
...sentiasa mohon keampunan untuk diri...ibubapa...
keluarga...dan semua orang Islam...serta mohon
kemudahan atas segala urusan dan kebaikan dunia
akhirat..In-shaa Allah...
Wallohu a'lam