Adapun antara tanda berputus asa kepada rahmat
(keampunan) Tuhan bagi orang yang berdosa itu
ialah apabila engkau meninggalkan ketaataanmu
kepada Tuhan semata-mata kerana merasa telah
melakukan dosa (kederhakaan) kepada Tuhan....
Si akal kurang berilmu...si nafsu tak terdidik...si
syaitan membisik..maka engkau berkata...buat apa
lagi aku beramal...kerana pasti akan sia-sia saja
Tuhan tak terima..lalu si syaitan bersorak gembira.
Dengan berkekalan yang sedemikian tanpa hidayah
Tuhan...sebesar-besar bahayanya ialah engkau akan
meninggalkan dunia sementara ini dalam keadaan
tercabut imanmu dan engkau akan masuk tinggal
kekal dalam Neraka yang abadi...
Tidakkah engkau mengetahui firmanNYA yang ber-
maksud...Tidak ada orang yang berputus asa dari
rahmat Tuhan kecuali orang kafir.(Huraian maksud
ayat Qur'an)...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan