Jumaat, 24 Februari 2012

Angin Bisa (31)...'Hikmah' 'Keris Terbang'...

Suatu petang...di Restoran Sungai Liwagu
bersama Ustaz dan seorang rakan lain...

Ustaz membaca sesuatu...kemudian perla-
han-lahan menarik keris yang panjangnya
hampir sekaki...itu keluar dari sarungnya...

Dengan warna keris serta sarungnya yang
kehitaman cukup jelas menunjukkan ia ad-
alah keris tua...atau keris lama...

Saya teruja dengan bentuk dan ukirannya
....memang 'cantik'...

Keris itu diberi pada rakan tadi oleh guru
ilmu kebatinannya sebelum gurunya itu me-
ninggal dunia beberapa tahun lalu...

Ketika itu...keris tadi diikat kain merah tapi
rakan itu sudah membukanya...

Beberapa malam kemudiannya...rakan itu be-
rmimpi keris itu berpusing atas lantai...lalu
terbang ke udara...

Tiba-tiba keris itu menjunam turun...dan ter-
pacak ke tanah...

Kalau di ikut dari petua ikat kain juga mimpi
rakan tadi...ia menunjukkan keris itu adalah
jenis keris terbang...

...atau dengan istilah 'sainsjin'nya...keris-
yang jin bawa-terbang...

Oleh kerana jinnya tak nampak...maka ia di-
sebut keris-terbang...

Beberapa lama kemudian...ada satu benda se-
perti semut menembusi kulit rakan tadi dan ma-
suk ke dalam rusuk kanannya...

Maka bermulalah satu kepanasan dan kesak-
itan dalam bahagian rusuk tersebut selama
berbulan lamanya...hingga ke tahap rakan itu
rasa berputus asa dan tak lama lagi akan ma-
ti...

Siang malam ia kesakitan...dan ke mana-mana
berubat ternyata tak berkesan...

Itulah yang menyebabkan rakan itu berpindah
kerja ke Ranau...semata-mata nak cari perawat
kesakitannya...

Baru dua tiga hari kami satu tempat kerja...ke-
betulan rakan itu menceritakan hal tersebut
kepada saya...

Kerana melihat ia tak ada pilihan lain...saya
tawarkan diri untuk merawatnya...lagi pun ka-
mi dah jadi rakan sekerja...

Dari rusuk...'semut' itu 'lari' ke belakang...ke-
mudian 'lari' ke dalam perut...tak lama rakan
itu merasa sesuatu mendidih dalam perutnya.

Agak liat 'semut' itu nak ditangkap...maka sa-
ya memberi rakan itu buku Manzil untuk di-
amalkan...

Rawatan itu dengan beberapa rawatan susu-
lan hanya sekadar membuat rakan itu merasa
lebih sihat dan bersemangat dari sebelumnya
namun ada ketikanya semut itu masih datang
hinggalah rakan itu turut mengambil ijazah
dengan Ustaz...

Namun sejak kebelakangan ini...'semut' itu mu-
la mengganas semula...tambahan pula rakan
itu mula meninggalkan amalannya...

Bukan saja rakan itu..malah anak lelakinya ju-
ga mengalami panas badan pada masa-masa
tertentu terutamanya diwaktu malam...menun-
jukkan ada jin yang cuba meresap dalam ba-
dan..

Rakan itu mula merasakan ia ada kaitan den-
gan keris tadi...

Pernah ia tertinggal keris itu di rumah lama-
nya yang ditumpang tinggal oleh seorang
saudara isterinya...ternyata...ketika ditingg-
alkan kosong...jiran-jiran memberitahu
ada benda berkeliaran dalam rumah itu...ju-
ga ketika menjelang waktu tengah malam.

Dalam diam rakan tadi mengambil keris itu
dan tiada lagi gangguan di dalamnya...

Ketika Ustaz mencabut keris itu dari sarung-
nya...rakan itu merasa bulu romanya merem-
ang....

Menurut Ustaz khadamnya adalah seekor
jin kafir bersaiz besar...

Rakan itu menyatakan hasratnya untuk me-
lepaskan terus keris itu...

"Kau mau simpan.." tanya Ustaz kepada sa-
ya...

"...ah..inda la Ustaz..." saya menolak...terbay-
ang dalam fikiran...kalau saya tidak ada pili-
han selain menerima keris itu...esok pasti sa-
ya akan campakkan saja benda itu ke dalam
Sungai  Liwagu...'bikin'  menyemak saja jin-
nya...saya  tak  bersedia  menghadapi risiko
menyimpannya...

...tapi saya tahu Ustaz sekadar bergurau ke-
rana keris itu perlu dibawanya untuk tujuan
rawatan rakan tadi...

Maka keris itu Ustaz bawa balik ke kk...dan
juga akan merawat rakan tadi...

Saya pernah mendengar cerita setempat...ba-
gaimana keris yang diikat kain merah berdiri
dengan sarungnya sekali...atas meja ketika
seseorang mengintai ke dalam rumah melalui
jendela...

Kalau hebat ceritanya...tentu hebat juga bakal
padah menyimpannya...

Sebaik saja sampai rumah petang itu...saya mu-
la sakit kepala...

Memang patut pun..oleh kerana saya mengatur
perjumpaan rakan itu dengan Ustaz..menjadi-
kan saya sasaran serang marah jin keris tersebut.

Peristiwa itu sudah dua minggu berlalu...tapi se-
masa menulis tentang keris  ini kepala saya mula
terasa sakit...

Tiba-tiba...Assalamu alaikum...rakan itu datang.

Nampaknya rakan itu agak terdesak...ia terus sa-
ja menyatakan niatnya nak minta rawat...

Ketika Ustaz membawa keris itu ke kk..pada ma-
sa yang sama...'semut' di badan rakan itu juga hi-
lang...tapi keesokannya...'semut' itu datang balik.

Tentu 'semut' itu 'tak berminat' dengan si Ustaz...

Kemudian benda itu hilang datang..tapi ada perka-
ra baru...rakan itu mula merasakan angin sejuk ma-
suk dari hujung jari-jari kakinya hingga ke paras
bawah lutut...

Ia perkara serius...jin itu sudah mula cuba masuk
merasuk rakan tadi..tapi masih dalam proses cuba
menguasai tubuhnya...

Ia seperti kisah seorang ibu..apabila angin sejuk itu
mula meresapi tubuhnya dari arah kaki...ia mula ke-
rasukan jin jantan berserban jubah...

Nampaknya jin itu sudah memilih tubuh rakan tadi
sebagai rumahnya..yalah..kalau dengan keris tu nak
buat apa...bukannya boleh dimakan...

Tapi kalau penyimpan keris itu mangsa mudah...mu-
ngkin juga jin keris itu akan berpindah tuan...

Ketika rakan itu datang...'semut' itu berdiam pada
bahagian belakangnya....menimbulkan rasa panas
dan sakit...

Dengan izin tuhan...mudah pula kali ini ia ditarik
keluar...saya berjanji akan memberitahu rakan itu
sekiranya Ustaz datang ke Ranau...

Wallohu a'lam




2 ulasan:

  1. Assalam'kum,

    Bercerita mengenai angin sejuk ma-
    suk ke badan, pernah saya alaminya sekembali saya dari Bandung, Indonesia pada awal tahun lalu. Mulanya saya dijankiti selsema semasa hari kedua disana, sehingga saya kembali ke KL pada hari ketiga. Seterusnya itu, selsemanya baik setelah memgambil ubat doktor, tapi seluruh badan saya, nauzubillah........... terasa sejuk masuk ke tulang hingga 4-5 hari. Sehingga saya menangis terasa sakit teramat. Saya berzikir setakat yang mampu.........Saya juga ada bermimpi orang-orang India (yang saya kenal sebagai kenalan office) memgelilingi saya dengan lilin-lilin.........

    Persoalan saya: adalah "sesuatu cuba merasuk atau menguasai diri saya ketika itu?

    Terima kasih En. Junied.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth TC...

    Kemungkinan besarnya ada...dan sebaiknya
    apabila mengalami keadaan demikian...
    minta 'scan' pada mana-mana perawat yang
    diyakini kerana agak dibimbangi kalau ada
    makhluknya yang tinggal dalam badan...

    Bagaimana pun...kemungkinan lainnya kalau
    jin empunya angin bisa tak sanggup masuk
    atau bertahan...maka tiada yang akan masuk
    atau tinggal dalam badan...Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam