Sabtu, 18 Februari 2012

Angin Bisa (30)...Kebencian Jin...

Seorang rakan sedang duduk di Restoran India...
tak lama sekumpulan lelaki masuk dan rakan tadi
mengenal seorang darinya pakcik yang mengamal-
kan ilmu sajin...(menyediakan makanan untuk jin).

Sebaik saja saja duduk...tiba-tiba pakcik itu ber-
diri semula dan  menuding jari ke arah rakan tadi
sambil menjerit...kau!!!...matanya merah bersinar
penuh kemarahan...

Cuma setakat itu...sebelum pakcik itu terus rebah
pengsan.

Suasana menjadi gempar seketika...rakan tadi
juga seorang ahli bulan sabit...cepat-cepat datang
...sangkanya serangan sakit jantung...

Tapi apabila ia merasa badan pakcik itu panas...
rakan tadi tahu ada sesuatu yang tak kena...dan
beritahu agar rakan-rakan lain mengangkat pakcik
itu ke kereta...dan tak perlu kepada rawatan...

Sebaik saja sampai dikereta...pakcik itu tersedar
dan bingung...

" kenapa dengan saya tadi ...minuman sudah ke-
na bayar ka?..."

Rakan tadi memberitahu saya...sebenarnya jin da-
lam badan pakcik itu benci dan marah kepadanya.

Pakcik itu sebenarnya kerasukan...tapi rakan itu
ada amalan pendinding...yang dengan izin Tuhan
memberi tindak balas yang cepat memandangkan
jin itu mungkin cuba bertindak agresif...

Selain rakan seperguruan...rakan ini juga mengam-
bil amalan dari Ustaz Amran Kasimin...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan