Jumaat, 10 Februari 2012

Angin Bisa (28)...'Rahsia' Sesak Nafas...

Sudah beberapa minggu Iza mengalami sesak nafas yang
biasanya menyerang ketika ia sedang solat...

Tiba-tiba saja nafasnya terhenti apabila ada sesuatu be-
nda menyumbat pada bahagian leher bawah tenggorok-
nya...malah terasa sangat angin juga tersekat dari mema-
suki hidungnya...

Saya memintanya menutup mata dan menumpukan per-
hatian pada bahagian leher tersebut...dan saya membuat
satu set pernafasan...

Iza beritahu ada satu benda bulat berwarna hitam pada
bahagian leher yang dirasanya tersumbat...

Apabila saya cuba menariknya keluar dengan kaedah
cubit cabut...benda bulat itu segera berpindah ke tengah-
tengah dahinya...

Kemudian benda itu berpindah semula ke bahagian leher
apabila saya cuba menariknya keluar dari dahi...

Setelah dua kali saya bertanya pada Iza samada ia da-
pat merasakan benda itu datang dari mana...ia terus
diam...

Ada kalanya jin pengganggu cuba menghalang daripada
dikesan dengan membuat pesakit menjadi bingung atau
rasa buntu...maka biasanya saya akan abaikan saja
soalan tadi...

Saya cuba menarik benda bulat itu keluar melalui ubun-
ubun...dan dengan izin Tuhan...benda itu dapat di ta-
rik keluar...

Iza ternyata sangat gembira apabila ia dapat menarik
nafas dengan mudah tak seperti sebelumnya...

Tadinya Iza memberitahu...bahagian kulit di bahagian
atas bibirnya terasa panas...menunjukkan jin itu juga
mungkin meletakkan jarinya pada bahagian tersebut
untuk menghalang udara masuk ke dalam hidung....

Maka sekatan nafas itu adalah pada hidung juga lalu-
an udara pada bahagian leher...

Esoknya kebetulan kami bertemu apabila ia mengikut
suaminya ke pejabat...dan ia singgah sebentar ber-
jumpa saya...

Iza beritahu ia tak dapat bertahan menentang panda-
ngan mata saya...ia segera melihat ke arah lain...

Ternyata masih ada gangguan...maka saya meminta-
nya menutup mata dan saya membuat pernafasan
'scan'...

kali ini Iza nampak punca masalahnya...ia melihat se-
orang lelaki sedang duduk tersenyum memandang
ke arahnya...iaitu gangguan ini berkaitan sihir...

Kebetulan beberapa minggu lalu ia ada perselisihan
dengan lelaki tersebut yang juga merupakan orang
sekampungnya...

Ibu lelaki itu terkenal sebagai tukang sihir...dan pern-
ah datang ke rumah seorang jiran sekampungnya
sendiri...menangis minta ampun pada si balu yang
kematian suaminya akibat sakit perut...tapi ibu le-
laki itu mengakui...sebenarnya ia menyihir suaminya
itu...

Puncanya...anak mereka berselisih faham...tapi si-
ibu itu lepaskan geram dengan sihirnya kepada ba-
panya...

Tuhan akan balas perbuatan kamu itu...hanya itu
ucapan si balu...namun setelah bertahun lamanya...
si ibu tadi belum insaf...ia masih lagi menggunakan
sihirnya untuk melepaskan rasa tak puas hati ke-
pada sesiapa juga...termasuk orang yang dibenci
oleh anaknya...

Yang pasti...tanpa rahmat Tuhan...si ibu itu akan
menerima juga padahnya pada suatu saat nanti...

Wallohu a'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan