Rabu, 8 Februari 2012

Angin Bisa (27)...Jin Dari Kubur...

Sudah sehari semalam Tini merasa pening dan sakit
kepala...badannya juga rasa letih tanpa sebarang se-
bab munasabah...

Tini juga tak tahu sebabnya...ia sering teringat pada
kawasan perkuburan yang terletak setengah kilome-
ter dari rumahnya...

Apabila saya memintanya menutup mata...saya mula
merukyahnya dengan Fatihah...kemudian membuat
satu set pernafasan...3 Fatihah senafas...

Tini mula merasakan bahang panas keluar dari ubun-
ubunnya...dan ketika itu Tini 'melihat' jalan yang men-
ghala ke rumah sepupunya...tapi ia tak melihat rumah
tersebut...

Sebaliknya ia melihat sebuah batu yang agak besar
di tepi jalan...

Apabila saya meminta Tini menumpukan perhatian ke-
bahagian bawah batu tersebut...ada sebuah lubang di-
situ...tiba-tiba Tini membantah...

" Saya tak mahu masuk ke dalam lubang tu...kerana
saya tidak akan dapat keluar lagi..."

Sebenarnya saya tidak memintanya masuk ke dalam
lubang...tapi Tini beritahu...apabila ia menumpukan
perhatian kepada lubang itu...ia semakin dekat dan
rasa akan masuk ke dalamnya...

Ketika itu...Tini merasakan semut-semut pada tapak
tangan kirinya...maka saya memintanya menumpuk-
an pada bahagian tersebut...

Tini nampak di tengah-tengah tapak tangannya ber-
lubang...dan berpuluh ekor semut hitam bersembunyi
di dalamnya...

Saya yakin semut-semut itu datang dari lubang bawah
batu tadi...maka saya membuat pernafasan 3 Fatihah
senafas...dan membayangkan menyuruh semut-semut
itu pulang ke tempat asalnya...

Kurang 10 saat...tiba-tiba Tini beritahu...semut-semut
itu dah keluar dari tapak tangannya dan masuk ke da-
lam lubang batu tersebut....tapak tangannya juga dah
rasa normal...

" Saya sudah keluar dari lubang tu gd (panggilan sing-
kat nama saya)..."

Saya tak tahu pula tadi Tini dah 'masuk' ke dalam lub-
ang tu...

Tini beritahu...kepalanya walau dah agak ringan..tapi
masih rasa berat...dan sedikit sakit...

Apabila saya meletakkan tapak tangan ke atas bahu
kanan dan kirinya...Tini beritahu ia rasa panas atas
bahagian kulitnya...menunjukkan kesan aura jin...

Maksudnya...pada masa-masa tertentu ada jin datang
dan bertenggek atas bahunya...biasanya ia duduk atas
tengkuk...kakinya diletak atas bahu kanan kiri Tini...

Saya minta Tini menumpukan perhatian untuk mengeta-
hui dari mana jin itu datang...kemudian dalam masa ku-
rang seminit...

Tini memberitahu ia terbayang jelas  kawasan perku-
buran PALIMA...dan ada satu tempat yang menjadi
tumpuannya iaitu berhampiran dengan sebuah kubur
lama (sejak tahun 60 an)....

Semalam seorang rakan memberitahu saya...ia melihat
seekor jin melintas di jalan raya di belakang kediaman-
nya...dari arah kubur ke kawasan penempatan rumah
Tini...maka saya yakin benda itu datang dari sana...

Saya meminta Tini menumpukan perhatian tapi ia agak
ketakutan...maka saya merukyah dan menarik angin
bisa dengan kaedah cubit cabut dari ubun-ubun dan
bahunya...

Seketika bayangan itu hilang...tapi ia terbayang satu
bongkah ais yang sangat besar di hadapannya..namun
bongkah ais itu pecah terbelah dua...dan ketika itu
ia ternampak satu bayangan lembaga hitam tinggi...

Tak lama...semua bayangan itu hilang...dan Tini mera-
sa semakin lega dengan izin Tuhan...dan membuka
matanya...

Apabila saya tanya tentang kubur tersebut...Tini beri-
tahu..ia merasa kepalanya mengembang...menunjuk-
kan masih ada laluan sihir jin kubur tersebut pada
Tini..maka saya tarik lagi angin bisanya dengan kae-
dah cubit cabut...

Tini dah rasa lega tapi ada lagi seperkara...ia merasa
ada gerakan mengejut dari bahagian belakang ke-
ubun-ubunnya...

Saya meletakkan tapak tangan atas kepala dan bela-
kangnya...dan meminta Tini menutup mata...

Tini beritahu ada satu lorong gelap bersambung dari
belakang ke ubun-ubunnya...

Ia adalah lorong laluan jin...maka saya menarik angin
bisa itu dari belakng dan ubun-ubunnya...

Tini beritahu..lorong itu dah hilang....dengan izin Tuhan.

Cuma setakat ini...Tini tak dapat merasakan sebab jin
dari batu dan kubur itu masuk ke dalam badannya...
namun rakan yang melihat jin itu datang dari arah kubur
mengatakan... ia adalah jin kiriman (sihir)...

...tapi seorang lagi rakan mengatakan ia sebenarnya a-
dalah jin saka...dan kebetulan kubur lama itu adalah
kubur moyang Tini...

Wallohu a'lam





4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Junied.
    apa yg dilihat oleh Tini semasa tuan merawatnya, muncul sendirikah? apa maksud menyuruh Tini beri tumpuan? Terima kasih.

    BalasPadam
  2. sekitar 20 tahun leps ketika masih bergelar student, satu ketika umi rasa tak boleh belajar ... bila duduk di kerusi utk kuliah, tak smpai 3 minit umi mula mengantuk dn tak dapat beri tumpuan. Masa tu mata putih umi mula berubah kekuning-kuningan. Umi refer kepada doktor mata, dan dia offer untuk buat pembedhan tapi syukurlh umi tak teruskan. Umi tak rasa perlu dibedah2.

    Kemudian umi minta kawan yg kenal seseorng bergelar kiay temankan umi berjumpanya. Alhamdulillah ada rezeki umi nak berjumpa wpun dengar sellunya susah nak jumpa. Umi disuruh menjabat tangannya (tanpa berlapik pun) dan mengikut dia membaca surah Al-Ikhlas dan dia suruh umi amalkan (tapi umi tak mmpu teruskan amalan ni ...).

    Masa sekolah, cikgu umi selalu kata umi berangan walaupun sebenarnya umi sedng beri tumpuan. Tak tau kenapa fikiran boleh melayang2. Ini terjadi seleps umi pindah sekolah ke sekolah convent.

    Sampai sekarng, kalau umi lelp mata sekejap tak kira masa terutama masa membca manzil, sekejap umi dah melayang entah ke mana. Bila ini terjadi, nanti hujung jari kaki atau tangan akan bergerak sendiri membuatkan umi tersedar semula,dan ada rasa sedikit lesu.

    Apakah ini tanda ada gangguan? Apakah jua bermakna ia sesuatu yang sudah lama?

    Wslm dan terima kasih,

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam Ummi...

    Ia lebih kepada kerana adanya bantuan
    aura...bagaimanapun boleh jadi pula
    sekadar dirukyah saja pun seseorang
    itu boleh melihat punca gangguan...
    yang penting ada jin atau angin bisa
    jin pada otaknya...

    Tumpuan atau niat itu dapat membantu
    untuk melihatnya...

    Pada Ummi...

    Mungkin ada sedikit gangguan pada
    bahagian fikirannya...dan sudah
    lama...dan tidur masa baca Ayat
    Manzil menunjukkan ia agak sedikit
    banyak...

    Buat juga airnya atau ambil air doa
    lain guna mandi serta minum...amal 3
    Qul pernafasan dan mana-mana yang
    termampu ya....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Terima kasih. InsyaAllah ummi siapkan air ketika baca Ayat Manzil dan gunakan ia untuk minum serta mandi.

    Tapi air Manzil ni tak berubah ke auranya jika kita bercakap2 perkara2 yang tak berkenaan? sebab sifat air kan memfotostat apa jua suara yang ada dekatnya ~ sefaham umi. Perlu ke air doa ni disimpan di tempat yang tertutup untuk mengelakkan kata-kata tak berfaedah sampai kepadanya?

    BalasPadam