Suatu senja di sebuah rumah lama...bersama sekumpulan
4 orang rakan paranormal yang datang dari kk...bersama
seorang rakan...
...dan rakan yang banyak pengalaman itu menjadi peranta-
ranya...
" Wahai jin penghuni rumah ini...masuk kamu ke dalam ba-
dan lelaki ini..." Ketua kumpulan paranormal itu ' membuka
cerita '...
..seminit..dua minit...lima minit..sepuluh minit...tiba-tiba rak-
an yang sedang duduk bersila menutup mata itu berkelaku-
an aneh...
Rakan itu membuka matanya...merah bercahaya...mula sen-
yum yang jelas tak manis...sebaliknya menyeramkan...nyata
rakan itu sedang kerasukan...
" Siapa nama kamu...?" tanya ketua kumpulan yang juga me-
nyedari rasukan tersebut...
" Shamsirnaaa....." dengan panjang dan nada suara separuh
mengilai rakan yang sedang dirasuk itu menjawab sambil per-
lahan-lahan mengangkat kedua tangannya macam pontianak
nak terbang...pandangannya tajam ke arah saya....
"...hiss..." bisik hati saya...seram saya dibuatnya...apalagi da-
lam suasana suram senja yang sepi itu....
"..kami cuma nak berbual dengan kamu..." nasib baik si ke-
tua tadi mencelah...
Rakan yang sedang dirasuk jin itu menurunkan tangannya
dan perlahan-lahan tunduk merenung lantai...
Selepas itu ia tak berkata sesuatu lagi...sebaliknya satu mak-
hluk jin lain pula merasuk...
Rakan itu berkelakuan seperti anjing ( maaf )...ia sentiasa me-
ngerutkan hidungnya sambil menghidu ke sana sini...
Menurut seorang rakan...ia berbadan manusia dan berkepala
anjing...dan seorang rakan lain pernah melihatnya pada suatu
senja...namun ia tak mengganggu...
Berbalik kepada nama tadi...Shamsirnaa...nama seorang bo-
moh wanita yang sudah meninggal dunia sejak puluhan tahun
lalu...dan pernah datang ke rumah lama tersebut...
Ternyata jin pendampingnya telah memilih keluarga tuan rumah
yang pernah dirawat olehnya...dan menjadi jin saka keturunan.
Senarai kepakaran jin tua tersebut...
1.Menghalang orang bersolat...
2.Menghasut dan mengapi-apikan orang yang sedang marah.
3.Menghasut dan menimbulkan pergaduhan antara suami ist-
eri dan terbukti...ia telah menyebabkan beberapa penceraian.
4.Menghasut anak-anak menjadi nakal...
..selain daripada mengganggu fikiran...perasaan...menyakit-
kan bahagian kepala dan dada...menyebabkan keletihan me-
manjang...dan sebagainya...
Ia dikatakan menyerupai tuannya yang sudah meninggal du-
nia...perempuan tua setinggi pintu bilik...rambut putih meng-
gerbang...bermata merah...jin kafir yang agak lasak...
itu rupanya yang pernah dilihat oleh kalangan keluarga yang
dipilihnya....
Semasa hidup...tuannya sering berganti suami...kawin cerai..
samada cerai mati...atau cerai bergaduh laki bini...
Dan ini antara cara mudah nak dapat jin saka ilmu...minta ra-
wat dengan bomoh jin...dan anda mungkin akan dapat kele-
bihan...
Lagi tinggi ilmu jinnya...pasti...bakal lebih parah anda akan di-
kerjakannya...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan