Rabu, 18 Januari 2012

'SCAN' (05)...' suluh Bantu '...

Iaitu bagaimana anda boleh membantu kejelasan
pandangan ghoib seseorang  ' pesakit '...

Apabila anda meminta seseorang ' pesakit '
' melihat ' atau menumpukan kepada sesuatu...

...pada masa yang sama anda boleh  membantu-
nya'...

Contohnya anda meminta ia  ' melihat ' semut-
semut yang bergerak dalam badannya...maka...

1. Tutup mata anda...

2. Tarik nafas perlahan-lahan...tahan selama bo-
leh dan lepas perlahan-lahan...

Ketika anda mula menarik nafas...tumpukan per-
hatian anda kepada satu titik di tengah-tengah
dahi anda...dan anda hendaklah terus menumpu-
kan perhatian atau ' pandangan ' anda itu sehin-
gga selesai anda melepaskan nafas...

Bayangkan dari mula...pada titik tengah itu..anda
sedang memandang kepada semut-semut yang
bergerak dalam badan pesakit...

Maka ia akan dapat membantu kejelasan peng-
lihatan pesakit seolah-olah anda menyuluh te-
mpat yang gelap atau samar-samar hingga ia
menjadi jelas pada penglihatan ' pesakit  '...

Kalau masih samar atau tak nampak...maka an-
da boleh mengulanginya beberapa kali sehing-
ga samada ia nampak atau anda berpuas hati...
ia tak akan nampak...

Untuk membantu anda pada kemahiran ini...
antara latihan terbaiknya...anda duduk pada
satu tempat...dan lihat benda di hadapan anda
contohnya sebiji bola berwarna merah...

Ingat saiz...bentuk dan warnanya...kemudian
tutup mata anda tapi bayangkan anda masih
melihatnya...sebiji bola berwarna merah...

'Letak '  bola itu betul-betul pada titik tengah
tadi...dan anda boleh lihat apa saja benda
lainnya...

Kemudian anda juga boleh duduk dalam se-
buah bilik...perhatikan benda yang ada dalam
bilik...seperti almari ...lampu...kain...dan seba-
gainya...ingat kedudukan...warna dan sebara-
ng corak jika ada...

...kemudian tutup mata anda...dan bayangkan
anda masih melihat semuanya...dengan corak
...warna dan kedudukannya...

Ianya sekadar latihan untuk menajamkan lagi
daya bayang...tapi setakat yang saya faham
asalkan saja kita boleh menumpukan perhati-
an atau ' pandangan ' pada titik tengah tadi...
anda sudah boleh membantu...

Contoh lainnya kalau anda meminta  ' pesakit '
melihat asal usulnya sesuatu...seperti jin ya-
ng mengganggu...maka bayangkan...seolah-
olah anda sedang memerhatikan asal usul
makhluk tersebut...

Saya ingatkan lagi antara syaratnya...pertama
ada angin bisa jin pada otak  ( atau mata ' pe-
sakit ')...jiga anda seorang ahli tenaga dalam.
( jika ahli lainnya...mungkin ada juga yang
boleh...Wallohu a'lam )

Nota...

Saya minta maaf pada pembaca yang bukan
' ahlinya '...kerana mungkin perkara ini anda
kurang faham...tapi harapnya biarlah sekadar
sebagai pengetahuan semata-mata...atau
anda ingin lebih...terpulang pada peluang
dan ikhtiar anda...

Saya sekadar menerangkan caranya...tapi te-
ntang boleh tidaknya anda lakukan...maka
ia terserah pada persediaan diri masing-ma-
sing...

Wallohu a'lam







Tiada ulasan:

Catat Ulasan