Rabu, 18 Januari 2012

Angin Bisa (21)...Lumpuh Kerana Sihir...

Sudah hampir dua tahun nenek itu menderita sakit
ganjil...tubuhnya semakin lemah dan berat tanpa
sebarang sebab yang dapat dikesan oleh pihak
hospital...

Sejak akhir-akhir ini...nenek itu mula merasa tubuh-
nya kebas dan kejang...namun puncanya masih
tidak dapat dikesan...

Saya mulakan rukyah manzil...

Sebaik sahaja nenek itu menutup mata...ia merasa
semut-semut merayap dalam segenap tubuhnya...
dan tanpa sempat saya tanya...nenek itu beritahu
ia nampak makhluk-makhluk itu...

Rupanya seperti semut-semut hitam...dan bebera-
pa ekor pula berupa labah-labah hitam yang ber-
sarang dalam kepalanya...

Semut-semut dalam badan turun perlahan-lahan
dan keluar melalui hujung-hujung jari tangan dan
 kaki...

Labah-labah hitam pula keluar melalui lubang
hidung dan telinga...sementara beberapa ekor
pula keluar melalui lubang pada bahagian tepi
kepala kanan dan dahi kanannya...sehingga
pada satu ketika...nenek itu menampar pipi ka-
nannya kerana labah-labah itu merayap turun
melaluinya...

Apabila nenek itu memberitahu labah-labah yang
keluar melalui lubang pada dahinya bertalikan be-
nang...saya syak ianya ada kaitannya dengan
sihir...

Pada ketika itu...nenek itu melihat seorang rakan
sekampungnya menanam sesuatu ke dalam tanah.

Nenek itu cuma dapat melihat satu bungkusan ke-
rtas yang ditanam tapi tak dapat melihat isinya.

Namun semasa dirukyah itu...ia merasa empat ba-
tang jarum tercabut dari kedua lutut dan buku la-
linya...

Setengah jam kemudian saya meminta nenek itu
membuka matanya...dan ternyata nenek itu gem-
bira...ia merasa tubuhnya lebih sihat dan ringan
tak seperti sebelumnya...dengan izin Tuhan...

Saya beritahu nenek itu supaya tak percaya san-
gat denga apa yang dilihatnya tadi...iaitu rakan
sekampungnya...tapi nenek itu menceritakan...
hampir dua tahun lalu rakannya itu memberinya
buah pinang yang telah siap dibelah...

Walaupun  nenek itu merasa tak senang hati...
seperti ada sesuatu yang tak kena...namun pin-
ng itu dimakannya juga dihadapan rakan tadi...

Beberapa hari kemudian ia merasa lehernya san-
gat gatal...seperti ada semut-semut yang mera-
yap di dalamnya serta batuk-batuk...

Nenek itu telah minta buat air doa pada seseora-
ng...gatal-gatal leher serta batuknya sembuh...
tapi timbul pula satu bekas merah di lehernya...

Mula dari hari itu...ia mula merasa kurang sihat
dan ianya terus berlarutan hampir dua tahun la-
manya ...

Wallohu a'lam






4 ulasan:

  1. Assalam'kum,

    Saya sangat tertarik dengan cara perubatan En. Junied, dimana pesakit dapat "merasa/membayangkan/melihat" punca penyakit/sihir.

    1. Bolehkah saya bertanya sekiranya cara perubatan ini ada kaitan dengan amalan tertentu atau tariqat?

    2. Pernahkah En Junied menjalankan perubatan seperti ini di Kuala Lumpur?

    3. Bolehkah dilakukan perubatan "jarak jauh" untuk saya?

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk saya.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth TC...

    1.Bagi pihak saya sekadar tenaga dalam
    dan amalan Ayat Manzil...bagi pihak
    pesakit pula ada angin bisa jin pada
    bahagian otak atau matanya...maka tak
    ada sebarang amalan tariqat...

    2.Sebenarnya saya sekadar pengkaji dan penulis bebas..merawat hanya kebetulan
    atau tak ada pilihan lain...

    Saya sejak dulu asyik memerap di kampung
    saja...jangankan kl...kk pun jarang dan
    dah lama tak pergi...

    Tentang perubatan jarak jauh...rasanya
    lebih baik cari perawat dekat...cuma
    kalau rasanya tak ada...sila bagi ya
    alamat emailnya kalau ada dan tak kebe-
    ratan...

    Sama-sama TC...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam'kum,

      Tidak keberatan sekiranya saya ingin mencuba kaedah rawatan En. Junied melalui kaedah jarak jauh.

      Saya akan "terperincikan" masalah saya dalam email sekiranya En. Junied sudi meluangkan masa membantu saya.

      Email: thriftycorner@gmail.com

      Padam
  3. Wa alaikum salam wbkth TC...

    Saya pula mungkin sekadar berminat nak
    tahu akan perkaranya...kemudian akan
    kata...lebih baik cari perawat dekat.

    Tapi saya akan pertimbangkan dulu seki-
    ranya saya dapat ikhtiarkan sesuatu...
    Insya Allah...

    BalasPadam