Ketika budak itu menceritakan mimpinya menjadi ikan
duyung..hati saya berbisik...biasalah tu...mimpikan
memang macam-macam...
...tapi apabila ia meneruskan cerita mimpinya...ada se-
orang lelaki datang membawa pisau dan cuba membu-
nuhnya...rasanya ada yang tak kena...
Saya memintanya menutup mata..dan membuat satu
set penafasan 'scan'...budak itu memberitahu ada
4 semut-semut merayap dalam ubun-ubunnya...
Apabila saya meminta ia menumpukan perhatian pada
semut-semut itu...budak itu memberitahu...ia semut
berwarna merah...cuma mukanya putih dan seperti
muka manusia...
Tiga 'perempuan' dan satu 'lelaki'...kemudian ia terba-
yang sebuah batu besar tapi budak itu tak tahu batu
itu di mana...iaitu asal tempat jin tersebut...
Saya menarik nafas...dan membaca Fatihah dalam hati
3 kali semasa menahan nafas...dan sebaik mula mele-
paskan nafas...saya niat bercakap pada 'semut-semut'
tadi menyuruh 'mereka' balik...
Budak itu memberitahu...semut-semut itu dah keluar.
Sebenarnya pada sekitar kampung kami ada tempat-
tempat pembuangan amalan-amalan sebelum Islam...
juga banyak tangkal buangan...maka mungkin itu
antara sebabnya ia ada gangguan sebegini...di mana
antara makhluk-makhluk itu memilih tempat tinggal
mereka sendiri dan membiak padanya...
Kalau setakat jin liar semata-mata...agak jarang gan-
gguannya..kecuali ada sebab-sebab tertentu...
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan