Isnin, 23 Januari 2012

Di Ufuk Timur (26)...Kita Tergesa-gesa...

Mengikut kisahnya...ruh itu memasuki patung tanah
(jasad Nabi Adam AS) melalui hidung...masuk mere-
sap ke seluruh bahagian kepala...kemudian turun ke
leher...dada...ke dua belah tangan dan seterusnya
ke bahagian bawah...

Di mana sahaja ruh itu sampai...maka patung yang ta-
di asalnya patung tanah kosong...mula terbentuk kuli
...daging...otot...urat saraf...tulang dan sebagainya...
sebagaimana tubuh manusia...

Ketika ruh itu sampai pada paras pinggang...iaitu pa-
da bahagian atasnya sudah sempurna sebagai tubuh
manusia...manakala pada bahagian pinggang ke baw-
ah...masih dalam keadaan berupa patung tanah kering
yang keras  kosong...

...tapi tiba-tiba Nabi Allah Adam AS menongkatkan
tangannya nak bangun...

Maka berkatalah para malaikat yang yang seluruhnya
di perlihatkan penciptaan suatu makhluk baharu...ber-
maksud...lihatlah...benar-benar manusia ini suatu mak-
hluk yang bersifat tergesa-gesa...

Inilah sifat kita manusia yang selalu tergesa-gesa...

1.Kita tergesa-gesa melakukan sesuatu sebelum mem-
pertimbangkan secara sewajarnya...

2.Kita tergesa-gesa bertindak mengikut perasaan...se-
mata-mata kerana nak puaskan hati...

3.Kita tergesa-gesa nak senang...sehingga sanggup
menyusahkan orang lain...

4.Kita tergesa-gesa nak kaya...sehingga sanggup ber-
bohong...menipu...khianat dan berlaku aniaya...

5.Ada pula orang yang tergesa-gesa nak mati cepat...
semata-mata kerana nak cepat terlepas daripada sesu-
atu ujian kesusahan dan kesakitan...

...sehingga sanggup mencederakan diri...malah mem-
bunuh dirinya sendiri...

6.Kita tergesa-gesa nak memenuhi kehendak-kehen-
dak nafsu walaupun akhirnya akan mengakibatkan be-
rbagai kemungkinan buruk...penyakit...penyesalan dan
sebagainya...

7.Kita tergesa-gesa nak bersenang lenang dan berlepas
diri dari ketaatan  terhadap perintah Tuhan...kerana nak
bersenang lenang 'tanpa sempadan' dan sebagainya...

8.Kita tergesa-gesa nak cantik...sehingga sanggup mela-
kukan apa sahaja...termasuk perkara-perkara yang mem-
udaratkan diri sendiri...

9.Kita tergesa-gesa memilih kesenangan...kegembiraan...
kebahagiaan hidup di dunia...hingga sanggup memper-
taruhkan atau mengorbankan nasib...malah tak kurang
orang yang rasa...atau kata dah bersedia untuk memasu-
ki neraka di Akhirat...semata-mata untuk mengecapi sege-
nap kenikmatan hidup di dunia yang terbentang di hada-
pan mata...

...berbanding kehidupan di Akhirat yang belum tentu
bila masa akan tibanya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam


11 ulasan:

  1. assalammualaikum..saya mau tanya mengenai pusat perubatan iman therapy lokasi d kota kinabalu ada no telefon untuk dihubungi.

    BalasPadam
  2. wah bro,ana tak pernah dengar pun cerita ni,ana duk uia sekrang ni pun tak dengar lagi cerita ni..ada dalam al-quran or hadith ke kisah tu?langsung tak tahu..al-Quran pun on the way nak khatam :P..hadith hmmm lambat lagilah khatam T_T

    pastu bro sambunglah skit lagi..lepas dah siap kaki nabi Adam tu..nabi Adam buat apa?:)

    BalasPadam
  3. ...sebenarnya ini sekadar antara kisah-
    nya yang saya dapat dari hobi membelek
    sepintas lalu buku-buku agama di mana-
    mana juga...di rumah..di kedai...per-
    pustakaan...rumah saudara atau rakan-
    rakan...

    Dan biasanya cerita begini hanyalah
    dari ulama-ulama sejarah...tapi saya
    yakin dan sekadar mahu mengongsikan-
    nya...

    kisah selanjutnya..apabila roh itu te
    -lah meliputi hingga ke hujung kaki...
    maka Nabi Adam AS dipakaikan dengan
    pakaian Syurga...

    Kemudian dibawakan padanya Buroq (tung-
    ggangan Nabi semasa Isro'Mi'roj)...dan
    dibawa oleh Malaikat Jibril AS menjela-
    jah hingga ke langit ke tujuh...dan
    seluruh malaikat menyaksikan makhluk
    baru ciptaan Tuhan ini...

    ...hinggalah Nabi Adam AS dibawa ke Sy-
    urga...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. woah best betul kalau bayangkan naik buroq tu.oh apa nama buku tu bro?ana pun nak carilah,menarik je :)

    BalasPadam
  5. maaf.. saudara ad nombor yg boleh dihubungi... saya nak ceritakan simptom pelik yg sy alami beberapa hari ini

    BalasPadam
  6. saya ingin tahu samada saya terkena gangguan

    BalasPadam
  7. As salam TK...saya minta maaf banyak-
    banyak..atas sesuatu sebab saya tak
    dapat beri no hp saya ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam