Rabu, 27 Julai 2011

DUNIA MISTERI (1o)...Kejam Pengaruh Saka...

Pada zaman dahulu...antara ilmu yang
paling banyak dituntut oleh orang-
orang tua kita adalah ilmu perang...
iaitu berkaitan ilmu silat...ilmu
kebal...ilmu penggerun...ilmu gagah
dan sebagainya...

Ilmu ini adalah untuk kegunaan mem-
pertahankan diri...keluarga...
kampung dan negeri daripada ancaman
musuh atau orang yang berniat jahat.

Itu dulu...dan kini dalam keadaan
yang jauh lebih aman dan selamat...
ilmu itu dah jarang diperlukan...
atau digunakan...

Namun bagi mana-mana antara ilmu
tersebut yang menggunakan jin...
maka kebanyakan jin tersebut ma-
sih hidup...dan tak kurang yang
menjadi saka keturunan tanpa ter-
jaga...malah tanpa kebanyakan
kita menyedarinya...

Bagi sebahagian jin tersebut...ia
akan 'memakan' tubuh manusia yang
ditumpanginya dengan berbagai ge-
jala penyakit yang aneh atau
ganjil...

Tapi sebahagiannya pula akan men-
ggunakan tubuh tuannya untuk meme-
nuhi nalurinya iaitu ' Naluri
Perang '...

Antara bawaan pengaruh jin ini pa-
da seseorang yang didampingi atau
jadi kediaman tubuhnya...

1.Anda bersikap ego tak tentu pasal.

2.Anda pantang dicabar...dan mudah
merasa dicabar...dan sebaliknya...
anda mungkin suka mencabar orang
lain...

3.Anda suka merendah-rendahkan kele-
bihan atau ilmu orang lain...

4.Anda selalu merasa resah gelisah
tanpa sebab munasabah...ada-ada
sahaja perkara yang anda fikirkan
...terutamanya perkara yang bukan-
bukan...

5.Anda pemanas dan pemarah tak tentu
pasal...pantang diberi nasihat
atau ditegur...

6.Anda mengalami kesukaran mengawal
perasaan...terutamanya perasaan
marah...

Dan anda mungkin bersedia untuk me-
lakukan apa sahaja...asalkan hati
anda merasa puas...

7.Anda kuat berdendam...

8.Anda bersifat suka melempiaskan
kebencian...kemarahan...atau
dendam dengan kekerasan.

9.Anda suka kepada kekerasan dan
keganasan dan suka menyelesaikan
perselisihan atau permusuhan
dengan kekerasan dan keganasan.

...dan sebagainya...

Kemudian...anda mungkin ada gejala
' istimewa ' iaitu...

10.Apabila anda merasa marah...

a.Anda merasa diri anda menjadi besar
...dan orang di hadapan atau di
sekeliling anda kelihatan kecil...

b.Tiba-tiba anda merasa diri amat ber-
tenaga dan punya keberanian luarbiasa.

c.Atau anda mungkin merasa aliran tenaga
hebat yang meresap dalam diri berupa
haba panas...

d.Anda punya kelebihan dan kepandaian
yang sebelumnya tak ada...

...dan sebagainya...

11.Anda merasa badan berat...atau letih
seperti menanggung beban berat...iaitu
apabila jin saka anda itu punya hobi
duduk atas kepala...tengkuk atau
belakang manusia...

Maka antara kesannya...anda merasa le-
tih seperti baru sahaja membuat kerja
berat...ada yang jadual tidurnya pada
waktu pagi seperti jam 10 pagi...dan
ada yang jadual tidur keletihannya
setiap kali masuk Asar dan sebagainya.

Ada pula yang jelas semasa berjalan...
ia kelihatan seperti sedang menanggung
beban berat...

12.Anda mungkin sentiasa ada idea buruk
atau kejam tentang apa yang anda boleh
buat terhadap orang yang anda benci...

...dan ia adalah sebahagian daripada
hasutan syaitan tersebut...

13.Anda cenderung menyelesaikan sesuatu pe-
rselisihan ( ketidak puasan hati )dengan
cara keras atau ganas...pendek kata...
sikit-sikit nak perang...baru marah sikit
dah nak perang...

Bagaimanapun secara umumnya...kesan itu
akan berbeza antara satu sama lain...ia-
itu bergantung juga kepada sejauh mana
seseorang itu tunduk...atau terpengaruh
dengan gangguan ini...

Malah ada juga kalangannya yang sabar...
tapi apabila seseorang itu sudah mula be-
rtindak mengikut perasaan marahnya...ia
akan membuka seluas-luasnya laluan peng-
aruh jin ini...

...maka ia boleh hilang pertimbangan...
dan hilang segala kebijaksanaannya...

Bagi sebahagian kes...seseorang pada ta-
hap kemuncak kemarahannya...boleh jadi
akan mengalami rasukan penuh..
atau separuh rasukan...dan melakukan se-
suatu samada tanpa sedar atau separuh
sedar...

Ini antara sebabnya..seseorang yang biasa-
nya kelihatan sangat sabar tiba-tiba me-
lakukan sesutu yang di luar jangkaan...
kalau memang dah tak sabar...lebih-lebih
lagilah...

Ada kejadiannya orang bertengkar dalam re-
storan...dan kejadian itu berakhir dengan
salah seorangnya terkejut apabila mendapa-
ti ia sedang memegang sebilah pisau ber-
lumuran darah...

'Rasukan kilat' ( bukan saudara Kilat ya )
pada tahap kemuncak marah boleh berlaku
serta merta...kerana jin itu api...dan
kemarahan juga api...maka luas laluan ma-
suknya...

BAHAYA JIN PEMBUNUH...

Iaitu ada golongan jin saka yang sentiasa
menghasut tuannya untuk berbuat kekerasan
...keganasan...penganiayaan atau malah
pembunuhan...

Jin saka ini antaranya...

1.Jin ilmu perang yang pernah merasa 'sed-
apnya' membunuh...

Iaitu ia pernah digunakan tuannya (mungkin
pada zaman perang atau pada suatu pertaru-
ngan...) untuk membunuh...maka jin itu me-
rasa keseronokannya menumpah darah manusia.

2.Jin Pemujaan...

Iaitu apa juga jenis jin yang pernah diberi
hidangan..atau makanan terutamanya darah...
samada darah binatang...dan lebih-lebih lagi
darah manusia...

Maka ia akan menghasut tuannya membunuh...
mungkin kerana lapar...atau nak rasa darah
manusia...

3.Jin Panas Baran...

Iaitu jin yang bersikap panas baran...tak
kira ia jenis apa...jantan betina...tua
muda...dan tak semestinya daripada jenis
jin ilmu perang...

Ada banyak perkara yang boleh buat jin ini
marah...contohnya...kanak-kanak buat bising
...suara tv atau radio...selisih faham tuan-
nya dengan sesiapa juga...orang yang menen-
tang ajarannya...rasa tak dihormati...apa-
lagi ditipu...kepanasan atau ketidakselesaan
dari sebab amalan terutama ahli keluarga
yang tinggal serumah dengan tuannya...
tuannya sendiri yang tak dengar cakap...
melanggar peraturannya...dan sebagainya...

...malah...kalau ia pada anak...dan anak itu
bertengkar dengan ibu bapa...maka jin ini ju-
ga akan turut panas baran...menghasut si anak
atau sebaliknya...dan ada anak yang pernah
berkata...bilalah orang tua tu nak mampus...
sedangkan orang tua yang dimaksudkan itu ada-
lah orang tuanya sendiri...dan sebagainya.

Kadang-kadang ada jin panas baran ini...apa-
bila ia mendampingi seseorang...dan orang itu
membenci seseorang lain...ia ada bawaan meng-
harap orang yang diibenci itu supaya cepat
mati...

Maka samada ia sekadar 'doa' atau sumpah se-
ranah...atau tuannya itu dipergunakan atau
dihasut membunuh...maka terpulang pada diri
individu tersebut...apa juga boleh jadi.

Ia juga boleh terjadi pada kes bunuh tanpa
niat...iaitu seseorang itu cuma berniat un-
tuk melempiaskan perasaan marah yang memba-
wa tindakan keterlaluan dan menyebabkan
kematian...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. salam tuan junied dan pelawat laman ini, selamat menyambut ramadhan al mubarak muga diberkati allah semuanya

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Kilat...

    Terima kasih...semoga Tuhan permudahkan
    kita semua jalan kepada keredhaanNYA
    di dunia dan Akhirat...Insya Allah...

    BalasPadam