Khamis, 7 Julai 2011

RISIKO MERAWAT...Makhluk Aneh Dalam Perut...

Ketika bangun subuh...perut terasa sakit...

Sebelumnya saya tak merasa sebarang keganj-
ilan atau ketidakselesaan...tiba-tiba sahaja
perut dah terasa sakit...

Bukan sekadar sakit...tapi ada benda aneh...
bentuknya terasa seperti lidah ( jenis siput
tak bercengkerang berbentuk seperti lidah )
bersaiz raksasa...

Makhluk aneh itu cukup besar dan ia melintang
dari bahagian kanan bawah perut ke bahagian
rusuk kiri...maka sakitnya tertumpu kepada ke-
pada kedua-dua bahagian tersebut...

Namun ia terasa menghimpit di tengah-tengah
perut...membuat saya terasa senak dan mual...

Untuk beberapa ketika saya cuma dapat membong-
kokkan badan sambil menekan bahagian perut
yang sakit...

Saya baru sahaja membuat rawatan jarak jauh
pada seorang rakan pada malam tadi...nampaknya
faktor tak pernah bertemu...juga jauh di sebe-
rang laut tak manjadi halangan kepada serangan
balas yang sangat-sangat di luar dugaan saya
sendiri...

Selepas solat Subuh...makhluk itu masih melin-
tang dan menghimpit dalam perut...

Ia pengalaman baru bagi saya...dan saya tak ada
sebarang idea bagaimana nak keluarkan mahkluk
sebesar itu dari perut...

Oleh kerana saya pasti ia gangguan jin...maka sa-
ya membaca Ayat Manzil...dan Alhamdulillah...
selesai sahaja...tak lama kemudian makhluk itu
tak terasa lagi kehadirannya...seolah-olah hilang
begitu sahaja...

NAK JADI PERAWAT...

Kalau anda ingin menjadi seorang perawat...sama-
ada secara sambilan atau pun sepenuh masa...anda
sangat-sangat tak memadai sekadar tahu merawat...

Sebaliknya anda perlu mengambil kira akan kemung-
kinan sebarang serangan balas...

Antaranya serangan balas itu boleh jadi dari...

1.Jin yang mengganggu pesakit...

2.Kalau sakitnya itu berkaitan sihir pula...anda
berkemungkinan akan menghadapi serangan daripada
tukang sihir secara langsung...

3. Kalau anda ada saka...maka tak mustahil saka
itu akan mengambil kesempatan terutamanya kalau
anda menjadi lemah dari sebab terkena serangan
balas...

Itu sebabnya ada perawat yang sakit...sedangkan
serangan balas itu tak lah parah sangat...seba-
liknya saka anda yang masuk badan itu yang mem-
buat anda parah...

4. Lebih buruk lagi kalau ilmu yang anda gunakan
itu bergantung kepada jin...maka makin besar ke-
mungkinan makan tuannya...

Bukan semua jin ilmu atau jin saka itu akan cu-
ba melindungi tuannya...malah kebanyakannya se-
kadar menunggu peluang anda menjadi lemah kerana
tua atau sakit...

Tapi kalau dah lemah kerana terkena ssrangan balas
...nampaknya makhluk-makhluk itu tak perlulah me-
nunggu lama...dan pasti peluang itu tak akan di-
biarkan terlepas begitu sahaja...

Maka kalau tak maut...sakit menderita sampai mati
jawabnya...kecuali kalau Tuhan sengaja nak menolo-
ng anda...

( Sebahagian jin saka atau ilmu pula biasanya ak-
an cabut lari apabila tuannya diserang...tapi tak
pula kurang yang berbahagi kawasan dengan jin pen-
yerang yang pastinya akan membuat anda lebih me-
rana lagi ).

5.Anda juga berkemungkinan menghadapi serangan
dari mana-mana jin yang berniat buruk terhadap
anda samada kerana anda melakukan sesuatu yang
tak disukainya..

...atau mungkin menyakitinya tanpa anda sedari
atau membalas dendam kerana sesuatu sebab...

...atau tak ada alasan langsung...hanya sekadar
meluat atau saja-saja nak menganiaya anda...

SASARAN SERANGAN BALAS...

Bukan hanya anda...tapi ahli keluarga anda ter-
utamanya...atau orang-orang berhampiran anda...
dan sebagainya boleh jadi sasaran serangan bal-
as...

Jin ini 'sebengap' mana pun ia...biasanya tak
akan sengaja mencari nahas kalau ia dah tahu
bakal sasarannya boleh membinasakannya...

Tapi dendam kesumat tetap akan dilempiaskannya
kalau ia nampak sebarang peluang...termasuk
mungkin 'sasaran baik' yang ia nampak itu ada-
lah bayi anda sendiri...

Maka amalan pendinding diri...keluarga dan or-
ang persekitaran sangat penting...atau anda se-
ngaja membahayakan keluarga dan orang lain se-
lain daripada diri anda sendiri...

Merawat diri atau orang lain...biasanya bererti
anda berurusan dengan makhluk-makhluk ghoib...
walau ia juga adalah makhluk Tuhan seperti kita
...namun anda perlu tahu risikonya...dan berse-
dia menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan anda
sendiri....

Sediakan payung...sebelum hujan...

Wallohu a'lam















































































sakit...














































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































dua-
dua bahagian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan