" Pakcik...ada hantu dalam badan saya.." IJ budak
lelaki yang berumur lebih kurang 12 tahun itu me-
mberitahu saya...
" Berapa...?" tanya saya...
Dua ratus ekor...dan menurut IJ 'semut-semut' ber-
kerumun memenuhi bahagian perut...dada dan kepala-
nya itu sebenarnya adalah lembaga-lembaga hitam
yang mempunyai rupa aneh...
Tiga minggu lalu...seorang makciknya mengambil
gambar saya...dan menurutnya seorang perawat di
Kota Kinabalu meminta gambar saya untuk diganding-
kan dengan gambar IJ bagi tujuan penyatuan batin...
Saya tak faham maksud penyatuan batin...tapi ia mu-
ngkin ada kena mengena dengan rawatan kerana pera-
wat itu mengatakan gangguan jin pada IJ dah sampai
ke peringkat teruk.
Namun IJ memberitahu...perawat itu tidak ada mela-
kukan sebarang usaha untuk mengeluarkan makhluk-
makhluk itu dari badannya...
Kebetulan masa agak terhad...maka saya cuma meruk-
yahnya denga Fatihah dan Ayat Kursi serta doa-doa
pendek kemudian menggunakan Ayat 1 hingga 11 As
Soffat dan cuba memecahkan jin dalam badannya...
tapi ternyata langsung tak berkesan...
Saya cuba tarik keluar melalui ubun-ubun...kemudi-
an menggunakan tapak tangan menarik makhluk-
makhluk itu keluar melalui liang roma...juga tak
berkesan...
Sebaliknya 'semut-semut' itu dah membuat tiga bari-
san dalam badan...iaitu dari bahagian kiri perut ke-
bahagian dada kiri...dari tengah-tengah perut ke
bahagian tengah-tengah dada...dan dari bahagian ka-
nan perut ke dada kanan...
Saya gunakan kaedah 'cubit dan cabut' di sepanjang
bahagian yang IJ katakan...dan dengan izin Tuhan...
dalam masa beberapa minit 'semut-semut' itu dah
habis dikeluarkan dari badan...
Kemudian dua kali cara yang sama pada dahi untuk
menarik 'semut-semut' yang bertahan dalam kepala-
nya dan Alhamdulillah...IJ memberitahu tak ada
lagi 'semut-semut' dalam kepala dan badannya...
Empat hari kemudian...kebetulan saya bertemu de-
ngannya...dan ia memberitahu...semut-semut dah
masuk semula ke dalam badannya...
Saya tak sempat merawatnya...namun empat hari ke-
mudiannya lagi ketika saya bertemu dengannya...
budak itu memberitahu...semut-semut dah keluar
sejak beberapa hari lalu...
Ia sepertinya jin saka...ia akan datang dan pergi
tanpa sebarang amaran...kerana itulah kita perlu
tetap menjaga amalan walaupun rasa dah sihat...
(Insya Allah...nanti saya akan terangkan mengenai
kaedah 'cubit dan cabut' ini...)
Wallohu a'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan