Selasa, 2 Ogos 2011

DUNIA MISTERI (11)...Rahsia Rumah Berhantu...

Selama beberapa tahun tinggal di rumah baru...
sudah dua orang anaknya meninggal dunia...

Akhirnya rumah itu ditinggalkan..dan mereka se-
keluarga kembali semula ke rumah lama...

Yang banyak orang katakan...ada sesuatu pada
rumah tersebut...

Berbelas tahun rumah itu dikosongkan dan terus
terbiar...rumah itu masih berdiri kukuh...walau-
pun catnya dah pudar dan berlumut...

Seorang rakan mengajak seorang lagi rakan yang
berpengalaman...namun rakan berpengalaman itu
cuma sempat berdiri seketika di pintu pagar
rumah tersebut ...sebelum tergesa-gesa mengajak
pergi...

Kisah lainnya...ada rakan-rakan remaja peminat
Siri Seekers...telah meninggalkan alat perakam
semalaman di rumah lama itu...dan ternyata has-
ilnya menakutkan mereka...

Jelas satu suara rakaman memberi amaran...kami
tidak kacau kamu...jangan cuba kacau kami...

Khabarnya untuk keselamatan...rakaman suara itu
telah dibuat laporan ke balai Polis...kerana
mungkin ia juga suara manusia yang datang ke
rumah lama tersebut...

Dari salah seorang ahli keluarga tersebut..juga
kebetulan seorang rakan...menurutnya tak ada se-
barang keanehan semasa ruamh itu baru didirikan
tapi yang menarik perhaian saya...ditepi kawasan
tapak rumah itu ada mata air...

Ketika saya membantu seorang anak buah mengorek
sebuah kolam kecil yang cuma 30 meter jauhnya
dari kediaman saya...saya sangkakan tak akan ada
apa-apa...

...sehinggalah pada suatu petang...apabila anak
buah tersebut hendak pergi ke kolam tadi...ter-
nyata semakin hampir..semakin berat badannya
dirasakan...hinggakan ia terpaksa membatalkan
niatnya...

Selepas itu ada dua atau tiga serangan jin pada
salah seorang ahli keluarga yang dikesannya da-
tang dari mata air tadi...

Alhamdulillah...Tuhan tak izin niat mungkin ba-
las dendam kerana penempatan mereka diganggu...

Yang pastinya...saya dapati mata air tersebut se-
makin kecil airnya walaupun hujan mula turun le-
bat...

Pesan ulama...jangan buat rumah di tempat mata
air kecuali setelah tempat itu dapat 'dirawat'
iaitu tandanya...mata air itu kering sendiri...
bererti 'penduduknya' telah berpindah....

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan